Sunday, 18 September 2011

Nikmat

Senang itu nikmat. Sakit itu nikmat. Ujian itu pun satu nikmat. Tidak kira, nikmat apa yang kita dapat, dahuluinya dengan syukur. Sehebat manapun kita, kita tetap manusia biasa yang tidak cukup sempurna. Segah manapun nama kita dan kekayaan yang kita ada, kita tetap dikapankan  di dalam satu liang lahad yang gelap gelita tanpa pelita. Ya, padahal di rumah kita ada lampu yang harganya mahal dan tidak mampu dibeli oleh mereka yang berpendapatan ala kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bertuahnya badan.

Sejak akhir-akhir ini, aku selalu mengenang setiap nikmat yang aku ada. Sakit, senang dan ujian datang 3 dalam satu. Rententan itu, aku selalu percaya, selepas kesusahan akan datang kesenangan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Keyakinan dalam diri selalu ada yang aku masih punya peluang untuk buka mata hari ini dan esok kerana DIA. Dan, aku masih terus tegar di sini kerana inilah aturan hidup aku yang tertulis di dalam Loh Mahfuz dan sesungguhnya, aku senang dengan kirana plot hidup begini.


Tears may drop, but you’re there to WIPE it away




Menikmati ragam manusia (Regatta Sarawak 2011)

Manusia, lain orang, lain hatinya


Pilihan untuk terus berkasih sayang

Memenuhi keperluan dan kehendak
Apapun cabarannya, utamakan logik akal


Lima: Itu dia

25: itu aku dan nombor 5 itu simbolik untuk kita

5 comments:

  1. nikmat kita syukuri...alhamdulillah..moga bahagia dan tenang hidup kita di dunia dan akhirat kelak..Amin.. salam kenai, deqlis...

    ReplyDelete
  2. wah comel jg tu jersey..kami punya no 9!!

    ReplyDelete
  3. Relax kak.. Tunjukkan ketabahan kakak.. si Aki tau,si Kakak juga paling manang!! ^_^.v..

    ReplyDelete
  4. Bila mana Allah ingin memberi yang terbaik, akan didatangkan terlebih dahulu ujian, namun, jika kita tewas dgn ujian tersebut, itulah tandanya musibah.. ^_^

    ReplyDelete
  5. deqlis; alhamdulillah, berusahautk terus bahagia

    aima: hihii...tq ma.;D msti jersey kamu pun comel jg;D

    aki:i hope i do!

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...