Thursday, 1 September 2011

Nota: 2 Syawal dengan kembar 2


Bukan main sibuk lagi aku dan keluarga mentua layan tetamu yang datang beraya. Ramainya tetamu sebab kalau datang bukannya sebuah kereta tapi sampai 4 buah kereta sekali. Dan, adengan kelam-kabut pun selalu terjadi. Aku akan ambil alih berada di belakang tabir. Tukang cuci.

Bila mentua minta aku untuk hidang makanan untuk tetamu, oh, terus muka merah padam. Malu pa. Minta ampunlah aku lagi dengan mentua lepas ni sebelum balik kampung. 

Rasanya, dalam hati tetamu yang datang tu, mesti mahu tengok menantu baru, kan? tapi menantu bertuah ni bertugas di dapur. Jadi, aku minta maaflah kerana itu. Tapi, ada masanya suami akan tarik tangan aku untuk jumpa mana-mana keluarganya yang sudah jadi keluarga aku tapi belum sempat jumpa aku sebelum ini. Yang buat aku suka tu, bila mereka kata:

'eh, muka samalah suami isteri,'
'kalau muka sama, orang tua-tua kata, perkahwinan akan kekal bahagia selalu'.
Amin. Amin dan amin.

Dari luar aku senyum, dalam hati aku sangat gembira. Moga setiap kata-kata baik yang mereka ucap sepanjang syawal ini akan jadi kenyataan.

Tapi, tidak kurang juga yang bertanya:

'sudah ada isi ke belum?'
Soalan cepu emas permata berlian yang aku paling takut dulu tapi aku sudah boleh hadapi dengan tenang.

aku jawab:
'belum lagi, insyAllah, akan ada nanti'

Mereka jawab lagi:
'Amin. Ada tu nanti. '

Aku suka dengan jawapan positif begini. Bila dikelilingi oleh orang-orang positif begini, aku terhibur. Dan perkara yang buat aku bertambah suka bila mentua cakap begini:

'kalau susah jaga anak nanti, biar tinggal sini, mama yang jaga'.

Wah. mama sudah buat tawaran untuk jaga bakal cucu dia.

Maka, aku dan suami tersenyum. 

kalau dapat anak kembar nanti pun, kami okay juga ^_^
gambar terpaksa diwarnakan biru 
Menjadi seorang isteri dan meraihkan aidilfitri tahun pertama adalah kemerdekaan yang sangat membahagiakan.

p/s entri yang dibuat semalam tapi di publish hari ini.

3 comments:

  1. ho ho ho.. amin untuk anak kembar.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  2. hihi..tq ki..hrp2 dimaklumkan..^_^

    ReplyDelete
  3. hai kak misya,

    ya, sy pun slalu tu jd org blkg tabir wpun belum jd menantu lg hehe. sy doakan smoga kakak cpat-cpat dpt baby, klau bleh kmbar lg, amin.... (:

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...