Friday, 2 September 2011

Nota Syawal: Merah jambu di aidilfitri


Perkongsian hidup bermakna berkongsi segala-galanya sebagai suami isteri. Jadi, bila tiba hari raya pun, kami akan berkongsi juga tidak kiralah sama ada beli barang, bagi duit raya dan bahagi-bahagi masa untuk bersama-sama kedua-dua keluarga belah aku dan suami.  kami cuba berlaku adil. Dia anak tunggal lelaki, aku anak sulung perempuan. Kalau kami tiada semasa raya, memang sunyilah rumah. Betul. Itulah hakikat.

Sebab tu lah, selepas beraya di rumah mentua, kami balik kampung aku lagi di Kota Belud (KB). Tersentuh juga hati bila tinggalkan keluarga suami. Masa tu macam arnab. Cepat sangat berlari. 2 bulan lagi barulah kami jumpa. Status perantau yang masih tegar aku dan suami pegang. Entah, bilalah status ni akan berakhir. Aku pun tidak pasti cuma, yang aku yakin satu hari nanti, tiadalah lagi status ni.

Dijadikan cerita, kami balik guna speed boat dari Labuan ke Menumbok. Sejam menunggu kereta sewa dari Menumbok ke KK tu memang buat aku bosan. Adalah satu bonus kalau kamu punya suami yang suka buat lawak jadi, hari-hari kamu tidaklah bosan sangat macam tunggu kereta tu bertolak ke destinasi. 

Dan, kamu akan rasa kurang tekanan bila suami boleh ambil gambar kamu biarpun dia sudah bosan sebab asyik ambil gambar kamu. Macam aku ni.  Sekurang-kurangnya kurang jugala muncung mulut aku tunggu turn untuk bertolak.

Terminal Labuan
inilah jadinya kalau sudah boring. Mahunya suami ketawa tengok gaya aku macam ni.  Dia kata, buruk betul gaya tu. 

im rock!  peace no bored ^_^
Berjam-jam perjalanan, kami sampai juga di rumah KB. Since, kami sampai jam 6 petang, mama pula buat open house hari tu jadi, kami sampai dengan keadaan rumah yang penuh dengan makanan. Alhamdulillah. Aku dapat juga tunaikan hajat mama untuk buat open house walaupun aku dan suami lewat sampai di rumah. 
Satu rasa lega yang tidak terhingga bila dapat tunaikan hajat wanita yang besarkan aku di dalam perutnya. Ia seperti rasa yang sangat bahagia di aidilfitri. Sangat. 

Seriang hati bila memakai merah jambu di aidilfitri. ^_^



No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...