Monday, 19 September 2011

Senyum

Senyum. 

Aku cuba untuk membuat entri dengan jiwa yang gembira. Aku juga berharap pembaca membaca entri ini dengan rasa yang tenang tanpa rasa sebu. Kerana, kala ini, aku sudah boleh menarik nafas lega. Usai sudah satu tanggungjawab untuk adakan aktiviti di sekolah . Mahu semput sebenarnya aku dalam usaha memastikan aktiviti ini berjalan lancar. Ada juga kekurangannya, ada juga silapnya. Tapi, itu masih boleh diterima logik akal. Pengajaran untuk aku di masa akan datang. 

Cuma, perkara yang paling buat, aku kecewa bila ada nama hanya pada kertas tanpa membuat kerja. Mujurlah, ada juga yang sudi menolong walaupun itu bukan tugasan untuk dia. Moga saja dia selalu dimurahkan rezeki selalu. Biarlah si labu dengan labinya. Sekurang-kurangnya aktiviti bermula dan berakhir seperti yang dirancang. Aku senyum lagi. Melupakan segala kepenatan siang tadi dan hari sebelumnya. Mengingat plot sehari yang lepas. Bukan bermadu kasih tapi mengisi masa yang ada dengan berkasih sayang. Terima kasih. 






                                         Aku sedang belajar untuk memakai warna tanah.
Menu makan tengahari dengan suami tersayang dan sepupu tercinta


Pencarian selendang sepanjang 2 meter 
Makanan yang dipesan tidak habis dimakan, tolonglah tapau. Sayang kalau ditinggalkan. Sayang bayar.
Tiada lagi warna garang

Mengenang kata si dia: sayang, kenapa selendang ni tebal macam kain langsir?
aku: ketawa dan buat mimik muka.

8 comments:

  1. Warna tanah? Bukan warna merah ka tu kak? Ka mata saya yang lari alignment sudah ni? Hehe. Tapi ngam bah tu warna sama kakak. ^^

    ReplyDelete
  2. FM:Hhahaha.warna coklat ba tu tp, mcm ada jg warna merah tp sebenarnya dia warna coklat;D

    ReplyDelete
  3. ya aku pn ada pashmina tebal tp aku malas mo pakai bekusut sendiri aku kepanasan

    ReplyDelete
  4. aima: ok pula ni pashmina aku ma.x panas cuma, mo kena pki banyak pin sbb besar kan.hihi

    ReplyDelete
  5. senyum la,kerana senyuman mu sgt berharga..hehe..

    ReplyDelete
  6. HE HE HE.. :-).. kakak juga la terbaik kalau bab2 fesyen.. part paling kiut,tudung macam kain langsir.. :-p.. Ho ho ho.. Warna tanah?? Macam warna merah hati2 ja tu Kak.. :-p

    ReplyDelete
  7. azean:ehem..ehem..senyumlah ni konon dik;D

    akI: Gaya plg santai tu dik.lagnsir pun langsir. tp, aku like tu tudung sangat2.sngt kena urus;D naaa, 2 org sdh ckp warna merah.aku nmpk klu real warna bata ni..hihi..

    ReplyDelete
  8. kalu nda silap d wisma satok ba tuh kan...

    uwaaaa... rindu mo lepak2 d sna..:)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...