Sunday, 11 September 2011

Set siang Safi Rania


Entri kesan safi rania gold yang aku post 24 Ogos lalu masih lagi jadi entri popular setiap minggu. Bila aku check Nuffnang dan stat, pembaca masih ramai yang cari info tentang produk ni. Aku suka dengan kesedaran  orang-orang yang selalu mencari info dahulu sebelum menggunakan sesuatu produk. Sama juga dengan aku. 
Inilah set siang safi rania

Sebelum beli, aku akan buat kajian dulu. Banding tarakan yang testimoni orang lain tentang produk tu. Dan kalau hati sudah terpaut, aku ikut kata hati untuk beli. Dan, hari ni, aku beli lagi produk safi rania ni. Pembersih muka dan serum yang aku beli tu sudah habis. Kali ni, aku beli yang set siang. Kira murah lagi daripada beli satu-satu. Untuk set siang ni, ada serum, toner dan pembersih muka.  Harga set ni RM 47.90.


 Untuk yang masih cari info fungsi produk safi rani ni, di sini aku kongsikan:

Fungsi Serum safi rania:

  • Menyerap dpantas untuk menganjalkan kulit
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Sesuai digunakan setiap hari
Fungsi Penyegar safi rania
  • Membersih dengan formula tanpa alkohol
  • Mengecilkan liang roma
  •  Menyegarkan wajah sepanjang hari
Fungsi pembersih wajah
  • Membersih kotoran dan debu dengan berkesan
  • Mampu menanggalkan solekan di wajah
  • Gunakan pada waktu siang
Fungsi gel pembersih
  • Dengan formulasi lembut berasaskan gel
  • Imbangan PH untuk lembapan berpanjangan
  • Membersih tanpa mengikis lembapan semulajadi kulit
Fungsi skrub
  • Menanggalkan sisa kotoran dan sel kulit mati
  • Menyihat dan mengembalikan keserian wajah
  • Sesuai digunakan 2-3 kali seminggu
Fungsi krim pelembab siang SPF 20PA++
  • Melindungi daripada sinaran UVA dan UVB
  • Mengekalkan lembapan
  • Menganjal serta mencerahkan kulit
Fungsi Krim pelembab malam
  • Menghidrat kulit secara intensif
  • Mengekalkan lembapan
  • Menganjalkan kulit wajah
Fungsi Krim kecantikan
  • Mengurangkan tanda penuaan
  • Mengekalkan lembapan
  • Gunakan sebagai asas solekan.

Secara konklusinya,  semua serum, krim malam dan krim malam safi rania ni mudah menyerap pada kulit. Sebelum ni, krim lain yang aku guna kadang-kadang terpaksa tunggu dulu 5 minit atau aku kipaskan muka. Tapi, sejak pakai safi rania ni, aku tidak perlu lagi kipas segala. Mudah menyerap dan muka rasa licin selalu. Toner dia pula memang dapat menyerap daki yang masih tertinggal pada muka walaupun selepas cuci muka. Scrub dia pun dapat segarkan kulit dan kesan-kesan jerawat pun cepat pudar sebab ia berfungsi untuk hilangkan sel kulit mati.

Selamat mencuba untuk semua ^_^

5 comments:

  1. OK Kak,nanti si Aki try ok?/ ^_^.v.. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. dah lama nak cuba brand ni..hmm tapi keberatan pulak nak tinggalkan produk lama saya ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Alammak.. ambe sudah terpaut dgn produk ni sbb bace entry awok! nanti2 ambe nok cube pakai. tq eh.

    ReplyDelete
  4. salam misya...td awk de tinggal komen pasal SRG...boleh tak awak tinggalkan acct Fb awak...rasa mcm ada benda lagi nak tanya awk pasal SRG

    ReplyDelete
  5. nk ty,untk hlangkn bkas jrawat,blh pkai yg kt atas 2 juge ke

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...