Monday, 5 September 2011

Srikandi tabah

Seperti buang tabiat 3 hari senyap tanpa idea untuk entri. Otak beku bila tiada bahan untuk dikongsikan. Ada cerita tapi tidak berkesempatan mengolah ayat. Kepulangan ke Kuching agak menyedihkan. Berat hati tinggalkan keluarga dan jauh lagi dengan suami selepas seminggu bersama-sama. Tapi, mahu dibikin apa, tiada apa. Pahit macamana sekalipun, terpaksa juga terima. Ya, ini superwoman. Srikandi yang selalu tabah. Padahal. Kosong saja.

Kembali bekerja, cari rezeki untuk sara hidup. Hidup sendiri itu membosankan. Kalaulah boleh cuti lagi, mungkin masih lagi boleh berendam mandi sungai di kampung. Angan-angan tinggal begitu saja. Tiada apa juga.

Esok, ada Bengkel PRS peringkat negeri. Aku hadir walau dalam hati membebel sebab tidak dapat penginapan. Terpaksa ulang alik 3 hari mengharung sesaknya jalan raya. Mungkin itu aku masih boleh tahan. Cuma, yang buat aku rasa tidak selesa bila balik lewat malam sebab program akan mula jam 8 pagi hingga 10 malam.

 Maka, aku sedar, betapa aku akan basi di sana. Sabarlah hati.

Dalam kehidupan, ada pelbagai ragam dan masalah. Itu bukan kebetulan. Tapi, memang itu aturannya. Sukar macamana pun hidup, tenang saja. Hadapi dengan senyuman. Roda hidup ada masanya di atas. Masa itu, bahagia. Tapi, bila roda di bawa. Itu detik sukar dalam hidup. 

Apapun ia, hidup kena terus. Mana tahu masih sempat syawal tahun hadapan. Kalau sempat, itu sudah bagus.  Mahu membaiki kesilapan. Membetulkan kesalahan. Menghilangkan dendam. Membersihkan hati. Bogelkan rasa dari prasangka buruk dan mentarbiah jiwa supaya tidak pernah marah.

Mencuba dan mencuba.


cintai sungai kita

Indah

Aku cari pemandangan ini di sini tapi, aku hanya menjumpainya di sana. Tiada di sini

p/s Gambar semasa mandi sungai di Melangkap, Kota Belud.



2 comments:

  1. wah.. cantik pula kalau di ulu oh kan.. slalu pigi di empangan ja.. men terjun2 ja.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. adui..lama nya x bknjng d sni..miss u so much kak misya!!!


    anyway, sy suka entry ni..bsabar la ati..he..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...