Saturday, 10 September 2011

Tips memilih warna bedak

 Dalam seharian, selagi namanya perempuan, aku pasti akan ada sekurang-kurangnya satu bedak compact di dalam simpanan masing-masing. Perempuan dengan bedak umpama sungai dan tebing. Umpama semut dengan gula. Umpama sang belangkas. Akan selalu ada.

Pemilihan bedak ikut warna kulit penting itu penting. Bukan main hentam keromo saja. Di sini aku kongsikan cara memilih warna bedak dengan warna kulit. Harap dapat membantu kamu untuk pilih bedak yang sesuai dengan warna kulit. Tidak cantiklah kalau tiba-tiba muka bertukar warna kelabu sebab pakai bedak warna putih padahal muka hitam manis. Mahu putih kononnya. Tapi, untuk cantik, tidak semestinya muka putih melepak. Yang sedang-sedang saja pun cantik. Tengok muka Jeniffer lopez. Tetap cantik walau hitam manis.

Warna kulit                   Warna bedak

  • Kuning langsat: Pilih warna soft beige untuk menampakkan kulit lembut dan bedak yang ada serakan kuning pun boleh digunakan. 
  • Putih kuning:  Warna kulit macam ni ada sikit kemerah-merahan. Jadi, kamu boleh pilih bedak yang berasaskan warna cerah misalnya yang ada serakan merah jambu.
  • Putih merah: Kulit ini pun sesuai dengan warna bedak yang ada serakan merah jambu.
  • Kuning pucat: Gunakan warna ivory untuk kembalikan keserian pada muka kamu.
  • Hitam manis:  Gunalah warna coklat lembut. Ia sesuai untuk kulit yang gelap.
Selepas maybelline, aku pakai pixy tapi sekarang, aku pakai ZA. Adalah dalam 2 bulan aku pakai. Sehari aku tempek sekali saja dan ia tahan sampai ke petang. Aku rasa ia sesuai dengan muka aku sebab ia tidak berminyak.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...