Tuesday, 4 October 2011

Ada cinta

Google
Kerap sekali aku berharap untuk adanya seseorang yang akan menyambut kepulangan aku ke rumah selepas penat bekerja. Tapi sekerap itu jugalah aku hampa. Tiada siapa yang menyambut apatah lagi menyapa. Kehidupan kejiranan di sini pun selalu buat aku seperti tiada apa-apa. Alangkah gembiranya kalau keadaan  di sini seperti di kampung, ada saja yang akan bersuara untuk beramah mesra dan sebearnya ada pengakuan yang aku perlu katakan: Aku penat dan lelah untuk bersendiri. Termenung dan ada kalanya senyum dan ketawa secara paksa rela. Tanpa paksa rela, akan cepatlah muka aku berkedut menjadi tua lebih-lebih lagi tahun depan, umur aku menginjak ke tangga 3.

Aku selalu berangan bila aku sampai di rumah, ada makanan dihidangkan seperti yang mama selalu hidangkan. Ada adik yang akan buat aku sekejap ketawa dan marah atau aku paling suka bila dia boleh seterikakan baju aku bila-bila masa. Ada kucing bernama 'boy' yang memang selalu bikin aku muntah dan membebel bila mana ia buang air besar / kecil secara merata-rata di dalam rumah. Ada air sungai untuk aku rasai bila panas seperti menusuk tulang sum-sum. Ada batas sawah untuk aku jejaki dan berlari. Ada kawan untuk aku bergosip hingga ke 3 pagi.  Tapi, malangnya, setiap perkataan 'ada' itu tiada di sini. Dan ada yang paling besar tapi tiada termasuklah si DIA. 

Bila kalian sudah berkahwin suatu hari nanti, akan ada perbezaan rasa bila dia ada dan tiada. Ada dia: Cinta. Tiada dia: lagi cinta. Rindu. Mungkin.

2 comments:

  1. oh oh oh.. perkataan tiada itu suda selalu sinonim dengan si Aki.. ha ha ha.. tapi,itu selalu membuatkan kita bahagia dan merasa nikmatnya bila ADA itu ada.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  2. aki:betul tu ki..ko pun PJJ jg kan...klu sdh ADA, terus bahagia selamanya dirasa.hihi

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...