Sunday, 30 October 2011

Egois



Mulanya, aku mahu bersikap menerima tanpa syarat seperti yang aku lakukan sebelum ini. Kemudian, lama-lama selepas aku fikir masak-masak, aku tidak perlulah mempraktikkan sikap sebegitu untuk semua perkara. Aku perlu adun dan banding tarakan setiap keberhasilan yang akan aku dapat dalam membuat setiap keputusan. 

Aku pernah belajar bahawa: membuat keputusan perlukan pemikiran yang telus dan hati yang tulus supaya tiada penyesalan yang akan aku jalani pada masa depanku. Jadi, aku  harus jujur dengan diri sendiri. Bukan kerana aku pentingkan egois aku. Tapi, siapa lagi yang akan ambil peduli kalau bukan diri aku sendiri? 

Sekurang-kurangnya, aku tahu pro dan kontra setiap apa yang aku putuskan. Klise sebegitukah kalau aku kata: aku tetap tidak egois? Ah! ruang dan waktu yang aku ada sudah cukup untuk aku buat keputusan. Kononnya, terbaik untuk aku walau ada orang lain melabel aku sebaliknya. Peduli apa aku. Sinis benar ayat aku itu tadi. Ia monolog di dalam hati untuk membuat hati senang. Ya, kalau bukan aku sendiri yang harus menghargai diri sendiri, siapa lagi yang aku harapkan?. Tiada jawapan.

p/s aku gembira, Bahasa Melayu menjadi topik panas di dalam berita. Tibalah masanya untuk menjadikan bahasa ini unggul seperti dahulu.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...