Sunday, 2 October 2011

inner lace


Ada satu lagi kesukaan buat masa sekarang. Inner muncung beralih dengan inner lace. Selera srikandi  seperti aku yang selalu berubah-ubah. Sama seperti tulisan tangan aku yang turut berubah ikut selera hati aku. Sekejap lurus, sekejap gemuk, sekejap kurus, sekejap tempang dan sekejap berbelit-belit.

Orang kata, orang macam tu tidak punya pendirian yang teguh. Entahlah, aku pun kurang pasti. Cuma yang aku pasti, ada masanya aku boleh ambil keputusan drastik dengan tiba-tiba dan ada masanya aku akan berfikir dengan lama untuk membuat keputusan dalam hidup. 

Bahaya juga bila punya sikap seperti aku tapi, bagi aku, aku selalu buat sesuatu mengikut gerak hati aku. Kalau hati rasa ringan dengan keputusan tu, ambil tapi kalau masa tu hati rasa berat, aku batalkan saja niat. Kata adik aku, Angah, kata hati tidak akan pernah tipu kita. Itu kata dia sewaktu dia memberi kata semangat ketika aku patah hati dahulu.

Berbalik kepada inner lace yang menjadi pendahuluan entri ini, bagi aku, bila pakai inner lace ni, ada rasa ringan di kepala. Sebab ia tidak setebal skaf yang biasa. Aku suka pada corak yang ada pada lace ini sebenarnya. Ia tenggelam tapi seolah-olah timbul. Menarik di mata, mengena di hati. 









6 comments:

  1. uih sama topik kita inner lace..ha ha

    ReplyDelete
  2. inner lace santek kalu pkai tudung bawal stye dian pelangi..:) cuba akak try..

    ReplyDelete
  3. cantik menarik,tertarik oh kak.. he he he.. ^_^.v.. oh ya,macam mana dengan nasihat si Aki tu ari.. Berkesan?? :-p

    ReplyDelete
  4. hahaha.....lucu pula aku ma...cuma cara pakai tu jak yg berlainan.dimensi ko bawal, aku shawl.hihi

    elnino: mmm..next time la try ah;D

    aki: tq ki;D ya, berkesan ki;D tq ah.terus ingat2 sdh ni;D

    ReplyDelete
  5. kalau saya pakai confirm nmpk pelik. hehe

    ReplyDelete
  6. hana: hihi..blum cuba blum tau hana..mana tau hana nmpk lg cantik lps pakai;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...