Tuesday, 18 October 2011

Jiran





Aku tinggal di tempat perumahan kejiranan yang pelbagai bangsa. Sebelah kiri, jiran aku adalah Makcik Cina dan sebelah kanan pula Makcik Melayu. Depan dan belakang rumah aku pun Makcik cina. Sederet di sebelah kanan aku adalah orang Semenanjung.

Sebenarnya, aku  kurang bergaul dengan jiran-jiran aku ni. Yalah, aku adalah penghuni yang balik kerja, masuk rumah dan esok kerja lagi. Maka, aku kurang bergaul mesra dengan jiran-jiran. Dalam semua jiran yang ada, jiran yang agak mesra adalah jiran aku, makcik yang tinggal di sebelah kanan rumah aku. Anak-anak dia kalau terserempak dengan aku di luar rumah, mereka akan tegur dan sekurang-kurangnya pun mereka akan senyum dan anggukkan kepala. 

Yang makcik sebelah kiri pula agak kurang mesra. Aku senyum semanis mungkin pun, dia buat macam tidak nampak kelibat aku. Jenuh juga aku senyum dan bermanis muka dan selepas banyak kali percubaan aku jadi hilang kuasa untuk terus membina hubungan. Jadinya, bila terjumpa di luar pagar, dia pandang kosong, aku pun pandang kosong juga. Tapi, dalam pandang-pandang kosong macam tu, aku kurang suka bila mereka dengan sesuka hatinya parking kereta depan pagar rumah aku tanpa ada rasa bersalah. Kemudian si dia pesan, biarkan saja. Walau dalam hati kurang suka, tapi, tidak apalah. Hormat saja jiran begitu. Sekurang-kurangnya aku ada kawan di sini biarpun hanya dengan sebelah rumah. Bukan begitu?

Dalam pada itu, jiran di depan rumah aku tu mulanya agak menakutkan. Bukan apa, pakcik tu selalu duduk di depan rumah dia dan beri aku perasaan yang kurang enak untuk buka tingkap dan pintu rumah. Jadinya, aku akan tutup pintu dan tingkap selalu. Tapi, lama-lama, aku buat macam biasa dan pakcik tu anguk-angguk juga kepala bila nampak aku. Si dia pula selalu usik aku dia kata: tu, pakcik sayang tengah angkat baju sambil pakai payung. hahaha. Tapi, betul. Pakcik tu pakai payung kalau masa tu cuaca panas ^_^

Dan, perkara yang buat aku kagum dengan keluarga pakcik tu ialah, jam 9 malam, lampu rumah mereka sudah tutup dan aku rasa, masa tu mereka sudah dalam mimpi. Kemudian, mereka akan bangun seawal jam 4 pagi untuk bersiapsiaga sebab anak dia pun ada yang baru sekolah rendah. Jam 6.30 pagi, isteri dia sudah pun selesai jemur baju. Aku tengok diri sendiri, jauh panggang dari api. Bangun selalu lambat. Jemur baju selalu petang.

Berikutan dengan kekaguman aku dengan pakcik ini, aku sudah mula belajar untuk tidur jam 10.30 dan paling lewat jam 11 malam. Itu pesan si dia juga dengan aku. Ini pun untuk elak punch card aku merah memanjang. Jadi, aku kena cepat-cepat habiskan cerita ini supaya aku boleh bersiap sedia untuk tidur.

Selamat malam semua.^_^


3 comments:

  1. kak ko kena masak kuih banyak2 lepas tu bagi2 jiran ko. lama2 paling senyum suda dia tu sama ko.hehe

    ReplyDelete
  2. Oh ~ Nasib bek sya komen sekarang time petang.. boleh reserve malam tuk tido.. keh keh keh..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...