Tuesday, 25 October 2011

Kalut

[google]


Aku ambil kata sifat: Kalut. Itu adalah singkatan untuk emosi yang ada dua hari ini. Kadang-kadang, aku tidak faham kenapa mesti begitu. Apa yang aku maksudkan begitu ialah: itu bukan tugasan aku tapi, ia diberikan kepada aku. Aku cuba menerima tanpa ada tanda soal tapi, bila aku fikir-fikir, aku tidak perlulah hipokrit, di depan menerima dengan senyuman sebaliknya di belakang, aku  bersoal jawab dengan rasa hati yang paling sebal dan menyakitkan. 

Baiknya, bila bersoal-jawab, akan ada orang prihatin, menolong untuk memudahkan setiap permasalahan dan yang tidak baiknya kalau orang berkata: terima sajalah, jangan banyak soal. Ada masanya, aku kecil hati. Yang tahu, hanya si dia dan sudah tentu Tuhan, Pencipta aku yang paling agung. 

Mahu aku suarakan, ada banyak perkara yang aku telah terima begitu sahaja walaupun di dalam hati, serasanya aku mahu berlari ke laut, menangisku. Seperti kata Dian sastrowardoyo. Entah betul, entah tidak ejaan nama artis anggun ini. Maafkan aku kalau salah.

Jadi, bila giliran aku untuk bertanya kenapa aku dan aku, sekurang-kurangnya aku bertanya  dan bukannya terus meletakkan nama pada  sesuatu perkara malah terus-terusan bilang, itu tugasan aku tanpa ada sikap sedikit profesional untuk berurusan secara tulus?. Di situ dan sekarang aku kalut. Maka, aku biarkan saja. Itu lebih baik dari membuat semua orang kalut terhadap aku. Pesimis.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...