Tuesday, 11 October 2011

Matematik


Meneliti dengan mata hati


Tiada kata yang dapat aku ucap pabila pagi tadi di atas meja aku ada buku yang begitu asing dan aku yakin itu bukan milik aku. Aku baca. Tindakan aku: Seakan aku mahu meraung dan hati rasa seperti mahu pecah beribu-ribu. Selama ini aku mengelak. Berharap untuk tidak diberikan sesuatu yang bukan saja aku tidak suka tapi sesuatu yang boleh buat aku rasa aku lah orang paling tidak bernasib baik. Sudah berkali-kali aku kata: aku tidak suka dan seumur hidup aku ini, seboleh-bolehnya aku akan mengelak dari berhadapan dengan benda ini

Tapi, aku lupa. Tuhan sudah bagi amaran awal-awal. Jangan membenci sesuatu dengan berlebih-lebihan kerana mungkin itu akan jadi kesukaan kamu satu hari nanti dan jangan terlalu menyukai sesuatu kerana mungkin itu akan jadi kebencian kamu suatu hari nanti. 

Kemudian, Tuhan pertemukan jodoh aku dengan si dia yang cenderungnya di situ. Kecerdikannya diuji dan rezekinya berprofesi pun di situ. Aku terima saja dengan hati terbuka. Aku kira-kira, aku suka lagi bila dia hebat dalam bab itu kerana aku masih mengharapkan anak yang cerdik dengan angka dan tidak bebal seperti aku.

Hari ini dengan tarikh yang cantik 11/ 10/ 2011, aku diarahkan untuk memegang status seperti si dia. Reaksi aku: aku tidak sudi. Aku tidak reti. Semuanya kerana, bila aku nampak angka, minda aku berpinar. Seperti ada dinding yang menghalang aku untuk berfikir selogikanya. Tapi, aku tiada alasan konkrit untuk menolak. Aku kena bersiapsiaga untuk menerima arahan bila-bila masa. Yes, bos.

Konklusinya dari semua cerita di atas, aku bercerita tentang nombor dan aku tidak suka matematik. Aku alah. Aku suka membaca. Kecintaan aku pada buku. Tapi, si dia suka nombor, suka matematik dan dia juga pendidik matematik. Betapa, beza kami seperti langsat dan durian. Dalam gelisah, aku senyum. Aku teringat pesanan Tuhan di dalam perenggan di atas. Aku sudah terkena cuma aku masih tidak cinta tapi cinta aku pada dia.

p/s sayang, tolong isterimu ini  periksa kertas 2 matematik nanti ya. ^_^

4 comments:

  1. whoa.. he he he.. I Love it kak.. wey,nombor pun boleh baca ba kak.. he he he...

    ReplyDelete
  2. Heheh,hati2 soalan budak2 yg bijak math kak.kantoi kang. . Hihihi.insyaallah boleh bah ko tu kak.ai belagu kang sap pan aku lagu SMk Arshad dulu2 tu kak.yan sigok tu,Yakin boleh?bukan ko ka tu kak yg semangat betul bila nyanyi lagu tu,pekong2 suda wat kelong amun nyanyi lagu tu.yakin boleh! Hahaha

    ReplyDelete
  3. aki:huwaaaaa...i suka ba..susah mo bt;D

    arina: mataiii,,nia pekerap moto ngenda numbur dik;D

    ReplyDelete
  4. heheh..klu aku..bahagia tinguk maths..serius, bila aku selesaikan maths, aku rasa aku sudah dewasa dan matang. hahahahah! itu perasaan peribadi aku ja la..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...