Sunday, 2 October 2011

Merah jambu dan turquise


Sebenarnya, idea aku agak terbantut sewaktu menaip entri ini. Suami yang terbangun dari tidur dengan mata yang merah hairan tengok aku menghadap laptop dengan jiwa kosong. Dia tanya kenapa dan aku jawab alasannya: aku sudah ada tajuk untuk entri ini iaitu merah jambu dan turquise cuma aku masih tiada idea untuk menghuraikan warna yang ada pada gambar ini. Dia tengok aku. Aku tengok dia. Dia bagi idea. Dan sekarang aku menaip idea tersebut.

Ada orang kata, warna merah jambu dan turquise adalah warna kontra yang mana ia tidak sesuai untuk digabungkan. Sama seperti warna merah dan hijau yang jadi tema warna sanding aku masa di sebelah lelaki dulu. Kata mereka: warna itu terlalu ceria untuk digabungkan. Tapi, aku berdegil. Mahu juga. Aku ikut saja kata hati dan kata minda yang kononnya percaya diri tanpa mengira kalau ada yang kata merosakkan warna. Hmmm... bermain dengan warna adalah kecintaan aku untuk mengubah citarasa.

                                              

Aku pakai apa saja pakaian yang ada di dalam simpanan aku. Kadang-kadang ia akan berulang-ulang sehingga aku rasa aku sudah jemu untuk memakainya.  Dan, seperti yang aku katakan tadi, aku suka bermain dengan warna. Ia memberi satu rasa, eh, kalau gabung warna ini dengan ini, apa jadi? okey, mari kita cuba, pakai dan lihat.



Kemudian, bila gambar ini diambil, ya  aku suka kombinasi ini.





Kadang-kadang, bila berjalan-jalan mencari barang, ada alasan kenapa gambar ini diambil. Alasan: kombinasi warna.

Sebelum ini, aku pernah memakai kombinasi warna begini. Merah jambu, putih,, hijau, biru dan ungu. 

Sebenarnya, aku cuba untuk lari sedikit dari warna hijau dan putih yang selalu aku sarung ke badan, letak di kereta, botol air, aksesori dan peralatan peribadi. Mana tidaknya, kalau beli berus gigi pun, aku pilih warna hijau atau putih. Sekarang, gabung dengan warna lain bolehlah ubah selera. 

Bagi aku, biarpun ia kontra, ia tetap cantik di mata. 





Warna di dalam office centre maxis. Hijau. Dan baju suami juga warna hijau. ^_^

4 comments:

  1. tula kan kak misya,org slalu takut bermain dgn wrna sbb takut salah match.but i love to make a variety combination of colors...terus kn sis...hehe..

    ReplyDelete
  2. tau la bah line tu maxis eja mau jg d support pakai tshirt..eh eh perhutanan pun tshirt ijau jg tau ah ah ah... btw misya ok bah tu kombinasi warna i loike

    ReplyDelete
  3. yan: sama kita yan.suka benda2 ni.hihihi..belum cuba belum tau bah;D

    aima:hahaha...ya, sama ni ma.ketawa2 ba aku masa ambil gmabar ni.aku suru dia keja di maxis hari tu.muahhaa.naaa..klu gitu, ada jg la kwn c eja tu ma.hihih;D orait. lps ni, blh la ko try tu kaler ma;D

    ReplyDelete
  4. waa... akak berani la match2 kaler... santek plak.. aku cam nda yakin jak bermain2 ngn kaler ni..huhuhu~

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...