Wednesday, 5 October 2011

Perpisahan

Google


Taip padam taip padam, begitulah cara aku mahu menaip entri ini. Bila emosi agak tidak tentu ditambah lagi dengan bunyi perut lapar, apa saja yang dilakukan pasti kurang menjadi. Aku mahu abaikan dulu rasa yang keliru dan perut yang mahu diisi ini. Biar aku dahulukan entri begini. Entri khas untuk Kak ti, seorang kawan tapi umpama seorang kakak untuk aku. Mungkin semasa dia membaca entri ini, dia sudah ada di Kedah  dan sedang duduk bersimpuh makan laksa penang dengan abang mat dan anak-anak.

Mengenali dia dari tahun lepas, terlalu singkat untuk aku. Dengan kredibilitinya yang selalu cepat, ringkas dan tepat memang menampakkan betapa dia selalu sibuk dengan kerja yang tiada noktahnya. Sebenarnya aku hanya berkesempatan untuk memahami dia dalam tahun ini dan ia berlaku dengan amat pantas.  Cuma, seberapa pantas pun perkenalan ini berlaku, aku bersyukur dengan pertemuan ini. Kebaikan demi kebaikan yang   Kati ti  buat untuk aku moga-moga dibalas dengan seribu satu keberkatan dari Tuhan. 

Kalau ada sumur di ladang, bolehlah menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Insyallah, ada kesempatan. kita jumpa lagi. Berakhir sudah kisah perantauan kak Ti sekeluarga di bumi Kenyalang selama 16 tahun. Setiap kenangan yang tercipta tidak kira manis atau pahit, ia akan jadi catatan paling berharga dalam meneruskan kelansungan hidup. Mudah-mudahan perjalanan hidup kak Ti sekeluarga selalu dipermudahkan Allah SWT.

Kak ti, maafkan kalau ada silap silap saya. Mana tahu, tanpa sedar, saya pernah buat kakak kecil hati, kan. Halalkan makan minum saya juga kak. Terima kasih untuk semua petua-petua kak Ti. Kak Ti tinggalkan saya dengan satu resepi cheese cake yang  paling senang untuk saya buat,  paling sedap dan selalu membuatkan buah hati pengarang jantung saya tersenyum puas hati bila mana saya hidangkan kek itu setiap kali dia datang. Syukran jazilan, ya kak siti.^_^

Pastinya, im gonna miss u & sayang Kak ti selalu. ^_^

p/s lepas ni, tidak ada lagi suara yang akan berbunyi macam ni: Mis, boleh sit in kelas ini, ini, ini? Mis, boleh tolong keja ini, ini, ini. (Sedih tau)

Kata Madam Susila, selepas ini yang ada, sayang, boleh masuk kelas ini, ini, ini, ini...? hehehehe.

3 comments:

  1. Ya sa di sarawak...di kuching juga ni hehe, nak kuar makan jap lagi...sa tinggal area matang jaya :) kalau terjumpa jgn lupa tegur arr...

    ReplyDelete
  2. amboi.mkn laksa penan.ganasss.

    ReplyDelete
  3. sy dpt rasa tu ksdhn perpisahan kak, kwn sy pun bru pndh pi sandakan. o ya, hr tu mau try resepi cheese cake kak misya, tp tdk tjumpa pula tu entry...

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...