Wednesday, 19 October 2011

Persiapan

[Google]


2 Hari berturut-turut, ada tabiat aku yang berubah. Keinginan untuk berkemas datang tiba-tiba. Semalam, aku selongkar habis kertas-kertas yang sepatutnya sudah jadi sampah tapi masih ada di dalam laci dan fail di tempat kerja aku. Bila ada orang tanya, kenapa aku tiba-tiba mengemas, aku dengan selamba menjawab: nak pindah dah kan bulan depan, pasal tu mengemas. Amin, masinlah aku supaya aku dapat pindah ke tempat suami.

Kemudian, di rumah pula tadi, aku bungkus semua tudung ekpress aku yang sudah lama tidak dipakai tu masuk di dalam kotak. Sayang. Kalau dihitung-hitung, banyaknya pelaburan aku di dalam sesi meningkatkan keyakinan diri dalam berhias. Bukan sudah tidak berminat tapi, daripada ia bergantung tidak dipakai dan mungkin si dia pun sudah lali tengok tudung-tudung aku yang bergantung, adalah lebih baik aku simpan saja di dalam kotak. Mungkin, beberapa bulan dari sekarang, bila aku sudah sarat mengandung dan tidak sempat lagi untuk melilit selendang, aku bolehlah sarungkan tudung ini semula. Ya, otak harus bijak. Berfikir segala kemungkinan yang akan berlaku.





Selesai memborong di dalam kotak, aku susun pula selendang / shawl aku yang tunggang langgang tidak tersusun. Figura sebelah kanan itu menampakkan itulah hasil bila sudah berkemas. Ada shawl yang terpaksa digantung berlapis-lapis kerana kegilaan membeli shawl masih belum berkurangan. Aku rasa sebal dengan rasa begini. 10 bulan dalam tahun ini, tabung masih lagi berbunyi bila dimasukkan duit. Belum cukup dan rasanya tidak akan cukup kalau kegilaan ini masih diteruskan.



Belum cukup namanya pakai selendang kalau tidak ada inner. Aku kira-kira, ada lagi inner yang aku belum pakai dan yang aku pakai sekali lepas tu simpan. Bila aku fikir-fikir, aku rasa, aku perlu ada anjakan paradigma. Usaha untuk celik mata dengan sikap wasatiah dalam berbelanja. Kalau baby sudah besar, belanja bulanan pun akan bertambah juga. Kemudian, aku ingat lagi cerita hidup yang lepas, kali terakhir aku  beli inner syria pada bulan Mac yang lepas dan terbaru adalah semalam iaitu inner lace warna ungu. Itu pun berharga RM 3.30. Okaylah, aku boleh ponteng makan tengahari di sekolah dengan menggantikannya makan tengahari di rumah. 



Akhir kalam, selepas aku mengemas semua benda keperluan dan kehendak wanita ini, ia mengingatkan aku betapa banyaknya keperluan bila bergelar wanita.  Berlapis-lapis intinya tapi itulah uniknya wanita. Aku selalu berusaha untuk menghargai diri sendiri kerana WANITA, DIRIMU BEGITU BERHARGA.


~ SELAMAT MALAM UNTUK SEMUA. MOGA MIMPI YANG INDAH-INDAH.~

2 comments:

  1. jelesnya si Aki kakak banyak perhiasan.. he he he.. ^_^.v.. si Aki lama sudah nda membeli belah untuk diri sendiri.. hahahah.. sebab?? nah.. http://akiborneo.blogspot.com/2011/10/bila-si-aki-yang-tiada-duit-bersuara.html

    ReplyDelete
  2. duiba ki..x apa ba.kita sama2 berjimat cermat ah.lama2 byk tu duit kita;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...