Tuesday, 4 October 2011

Pindah


Berkali-kali aku telah lalui fasa menangis hingga mata bengkak dan lansung kelihatan seperti orang yang sedang tenat. Setiap kali menangis, hati menjadi seperti runtuhnya bangunan WTC yang lalu atau mungkin seperti jatuhnya daun kering di atas tanah dan kadang-kadang melayang tidak tahu ke mana. Kosongnya jiwa, peritnya hati. Rasa mahu lari, tapi, tidak tahu ke mana. Itu pengalaman tangisan dalam hidup yang lazimnya menjadi senjata terbaik wanita. Mungkin juga ya. mungkin juga tidak, terpulang kepada alasan kenapa dia menangis tapi, bila aku perhatikan sekarang, air mata sudah tiada erti lagi pada mereka yang berhati kebal. 

Maksud aku, bila seorang wanita memaksudkan betapa dia sedih dengan menangis tapi, orang yang mahu diminta tolong, hanya melihat sepi, dia faham penderitaan orang lain tapi dia hanya memandang sepi. Tanpa berbuat apa-apa. Cerita berpura-pura menangis, aku tidak mahu sentuh kerana aku hanya mahu bercerita tentang ya, dia menangis kerana hatinya betul-betul terluka atau memerlukannya.

Jauh di sudut hati aku, aku selalu berdoa semoga sentiasa ada naluri kemanusiaan di dalam hati setiap insan walau sejahat manapun dia dan walau sekejam manapun dia. Aku tahu, adanya insan yang degil untuk memahami kesusahan orang lain walaupun dia pernah merasainya kesusahan tersebut. Aturan hidup yang aku kena terima dengan hati terbuka dan dada yang lapang.

Besar harapan aku supaya orang yang bertanggungjawab luluskan permohonan pindah aku ke tempat suami akan berjaya. Kalau pun ada yang cuba mengatakan sebaliknya berkecil hati pun tiada guna kerananya jadi, aku buat seperti tiada apa padahal ia membengkak di dalam hati. 

Aku sudah berusaha untuk memastikan nama aku tersenarai dengan yang lain untuk pindah hujung tahun ini.  Aku tunggu rezeki aku. Kalau Tuhan bagi aku rezeki untuk tinggal bersama suami, adalah rezeki aku tu untuk pindah. Harapan aku, moga saja pembaca blog ini pun dapat juga mendoakan supaya permohonan pindah aku diluluskan. Amin. Moga doa kalian menjadi penawar untuk setiap rasa pahit yang ada. Terima kasih. 

~ Mudah-mudahan kalian murah rezeki dan dibahagia hidup di dunia dan di akhirat~


5 comments:

  1. diyang kuna,berai bana sap aku tengok muka ko meme' tu kak,akan lapat pan moto tu sudah lah sepet.hehe.mulut aku pun meme' juga tengok,nasib baik gambar di bawah tu ceria,ai berbunga kembali pan riak wajah ku memandangnya.hehe.insyaallah sama2 kita berdoa kak,supaya kakak dpt berkhidmat disamping suami tercinta.amin~

    ReplyDelete
  2. ko konpom dapat pindah tu awal tahun depan kak.. jangan ko susah.. He he he.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  3. arina: huwaaaa..aku pan angkan nangis no to..ba tq na..mudah2an ko teko pindah..;D

    aki: amin ki....mudah2an kena kasi lulus;D

    ReplyDelete
  4. insya ALLAH kak... dapt jugak tuh nnt.. teruskan memohon..teruskan bersabar..:)

    ReplyDelete
  5. Amin...harap permohonan akan diluluskan :) kalau sy ni mungkin 5 tahun lagi baru dapat pindah...huhu

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...