Monday, 10 October 2011

Resepi kasih sayang

Sebenarnya, hajat di hati aku adalah untuk membeli ikan tapi hati bukan main gembira bila ternampak ketam segar dilonggokan RM15 sekilo. Sudah lama aku menginginkan makanan laut ini. Kecintaan sedari kecil mengingatkan aku akan cerita mama: dia mengidam makan ketam ni tapi malangnya sehingga aku lahir, dia tidak sempat pun menjamahnya dan kesannya air liur aku meleleh-leleh pabila aku sudah semakin comel dan mungil

Dan, aku sedari, kesannya mungkin kekal hingga sekarang kerana aku terus menjadikan menu seperti di bawah sebagai pilihan utama kalau sudah musim sang ketam menjadi-jadi.

Figura-figura di bawah adalah menu yang aku masakkan untuk suami. Bukan mudah untuk mengasah bakat memasak yang keberhasilannya adalah SEDAP kerana aku adalah golongan orang yang perlu diajar berulang-ulang supaya aku faham. Jadi, bila dalam aspek begini, aku main agak-agak saja. Kononnya, aku menyandarkan memasak dengan perasaan sayang untuk si dia. Memulakan langkah dengan basmallah dan berniat untuk memberikan kekenyangan dan kegembiraan di hati si dia. 

Ya, aku rasa itu sangat perlu untuk terus berkenalan dengan dia. Selama mana bersama, selama itulah perkenalan terus berlansung.

Oh, aku baru teringat seperti kata seorang kawan: Salah satu resepi kenapa hubungan orang tua terdahulu ada yang kekal bahagia hingga ke akhir hayat kerana mereka memasak dengan air tangan sendiri.

Guna lesung batu untuk menumbuk bahan-bahan masakan bukannya guna mesin pengisar seperti lewat ini. Mereka guna rencah sendiri bukannya secukup rasa Maggie. Cantiknya, aku cemburu dengan resepi cinta begini. Aku mahu mencuba untuk terus pakai lesung batu tapi ada kalanya, mata aku berair-air dan mukus di dalam hidung aku berkumpul dengan banyaknya jika aku menumbuk bawang merah maka, aku ambil langkah mudah, kisar saja. Di situ aku gagal.

Apapun resepinya untuk terus mengekalkan kasih sayang, aku selalu yakin bahawa sekalipun aku tidaklah mahir sangat dalam memasak tetapi dengan memasak sesuatu yang menjadi kegemaran si dia akan mampu menyumbang  pahala untuk aku sebagai isteri yang sah untuk dia. Memetik kata-kata: Cara terbaik untuk memikat hati seorang lelaki ialah dengan mengenyangkan perutnya.

Kenyang perut senang hati. Itulah aku rasa kunci untuk kata-kata ini.








5 comments:

  1. wah.. sedapnya kak.. meleleh air liur si Aki.. ni makanan peberet ni kalau pigi KB.. ha ha ha..

    ReplyDelete
  2. Ai tarik liur sap aku memandang masakan ko ni kak.semua posisi kuling ada.tapi aku paling suka tengok,gambar ke-3 yakin jak mata ketam tu posing sana.cumil bana sap,hihihi.mesti sedap ni,emm nyaam2

    ReplyDelete
  3. alamak,sedap hingga menjilat bibir!!huhu..miss u kak misya..

    ReplyDelete
  4. aki:muahahhaa..nnti klu ko blk kb, suru tu sumandak masak ah;D

    elih:ehem....;D

    ina: Hahahaa.tu la ba, mo jg konon tgk kamera tu ketam.sdh kena masak pun mau juga bergmbr.muahahah

    azean: hahahaa..nnti ko masak ah.;D miss u too dik;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...