Monday, 24 October 2011

risiko

Dalam tidak sedar, aku mulai sedar yang setiap kejadian yang dilalui oleh aku adalah risiko yang aku terpaksa terima denga hati terbuka atau pun tidak. Kesedaran terhadap perkara ini aku rasa semalam bila aku terbangun jam 2 pagi kerana anjing yang menyalak tanpa henti. 

Aku yang punya sikap kurang berani mula untuk berfikir dua risiko yang mungkiun aku hadapi. Risiko pertama ialah ada makhluk halus yang sedang berligar-ligar dan risiko kedua ialah ada orang yang mahu pecah rumah dan kata kerja baginya ialah mencuri. Imaginasi aku selalu jadi begini. Asal ada bunyi anjing, ia sinonim dengan hantu dan pencuri. Mngkin ada yang berimaginasi seperti aku?  
Dan, kalau ada yang sama seperti aku, sudah tentu tahu betapa gelisah dan takutnya aku. Kesan hujan yang sejuk tidak beri apa-apa kesan untuk aku malah, aku buka selimut kerana bahang panas ketakutan aku mengawal segalanya. Apa lagi yang aku fikirkan kalau bukan perkara dua risiko ini. Kalau ia hantu, ada risiko aku pengsan kerana terkejut atau sesak nafas. Dan risiko satu lagi ialah, pencuri ambil barang dan duit. Tapi yang aku paling takuti ialah pencuri yang mengugut untuk membunuh dan kalau masih bernyawa, syukurlah.

2 comments:

  1. oh,itu tanda tida lama lagi mau ada isi da tu kak.. (pandai2).. he he he..

    ReplyDelete
  2. aki:amin klu ada isi mcm yg kau bilang ki. tp, aku hairan, apa kaitan terbgn malam dgn ada isi ki;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...