Friday, 7 October 2011

sempurna



sumber: Dr cinta punya blog

Kesempurnaan selalu diinginkan oleh ramai orang. Sana sini, orang akan bercerita tentang kesempurnaan kecantikan, kesihatan, kekayaan, kecerdikan dan banyak lagi cerita kesempurnaan yang jadi kata hubung dalam sesuatu kisah. Rentetan dari kemahuan untuk selalu sempurna, senanglah untuk seseorang memerhati dan menilai setiap inci yang dilakukan oleh orang lain. Asal tidak sempurna, dibaiki dan dibaiki sehingga memuaskan hati. Itu cara paling halus untuk menyempurnakan sesuatu kejadian. 

Adakalanya, kesempurnaan tidak akan dapat dicapai kalau asyik menuding jari kepada si anu atau si polan yang gagal untuk bekerjasama. Sukarnya untuk sama-sama berusaha membentuk kesempurnaan kerana salah satunya ialah tidak mahu menerima pendapat orang lain dan duanya ialah tidak mahu mengalah pada seseorang / sesuatu. Hei, kalau terus-terusan begitu, sampai bila pun kata sepakat tidak aka dapat dicapai. Kalau pun, ia sempurna di mata kasar orang lain tapi pada pandangan orang yang berada di sebalik tabir, ada banyak kecacatan yang sedang dan telah berlaku. Tapi, siapa yang akan mahu bercakap kalau sudah terang lagi bersuluh, kau cakap, kau nahas. Siap kau.

Persediaan untuk menerima setiap perubahan perlu ada di dalam diri seperti aku. Ya, aku pun manusia biasa. Kadang-kadang membebel juga bila tiba-tiba apa yang jadi tidak seperti yang diharapkan. Untuk puaskan hati semua pihak, terima saja apa yang diberi. Protes hanya pada telinga Si dia yang belum pernah jemu mendengar bebelan aku tentang aneka cerita selama keberadaan aku di muka bumi ini. Kalau protes pada orang lain, kelak dikata cepat melatah dan ayat lazimnya ialah ' eh, dia tu pemalas dan tak bagi kerjasama lansung '.

Konklusinya, aku berusaha untuk mendapatkan kesempurnaan dalam hidup walaupun aku sedar, tiada apa yang akan sempurna selagi aku berada di atas muka bumi ini. Tapi, aku berfikir-fikir, adalah bagus untuk aku tidak mendapat sesuatu yang sangat sempurna kerana aku bimbang kalau-kalau aku lupa diri bila sudah menjadi terlalu sempurna nanti.

Menerima tanpa syarat asas untuk bahagia

2 comments:

  1. Tak ada yang sempurna didunia ini melainkan Allah..

    ReplyDelete
  2. hai kak misya

    kdg-kdg ketidaksempurnaan diri mnybbkn sy jd perfectionist, dan ianya sgt menyakitkan... (:

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...