Thursday, 20 October 2011

Tanggapan pertama

[facebook]


Aku suka memerhati dan menilai sesuatu dari pandangan pertama aku. Sewaktu temuduga, aku diingatkan berkali-kali oleh keluarga dan kawan-kawan yang selalu prihatin dengan penampilan aku supaya berpakaian kemas, senyum selalu dan berkeyakinan apabila bercakap. Selepas tu, penemuduga boleh buat tanggapan pertama yang baik untuk aku. First impression: orang kata.

Tanggapan pertama begini terus berlanjutan bila aku sudah berprofesi.  Aku pernah mengatakan kepada mereka yang aku agak bebal dalam kira-kira. Tapi, tujuan aku untuk berkata begitu adalah untuk memberikan motivasi kepada mereka bahawa kalau bebal dan tidak suka pun asal berusaha pasti boleh berjaya. Aku sebutkan satu persatu kegagalan aku masa belajar dan selepas berusaha atasinya, akhirnya aku berada di tempat aku sekarang. 

Ironinya, aku lupa yang mereka juga ada tanggapan pertama. Pabila aku mengambil alih tugas untuk membimbing mereka dalam kira-kira, aku belajar dahulu dengan si dia cara-cara untuk menyelesaiakan masalah kira-kira tersebut. Kemudian, di kelas, aku mula membimbing mereka. Menerangkan dan menunjukkan langkah. Janggalnya, mereka diam dan bila aku selesai membuat penerangan, seorang dari mereka berkata: cikgu, cikgu kata: cikgu tak pandai math, tapi, yang ni cikgu buat, pandai pun. Lalu, ada tepukan gemuruh dari mereka.

Cikgu dah pandai math. Itu siulan mereka.

Aku terkedu. Aku kata: memanglah cikgu tak pandai tapi cikgu belajar dengan suami cikgu.

Mereka tepuk tangan lagi. 

Aku senyum tidak terkata.

Sehabis kelas, aku keluar dan berfikir: Rupanya bila tanggapan pertama itu sudah begitu, orang akan tetap anggap seseorang itu begitu kecualilah selepas satu pembuktian untuk menukar tanggapan pertama itu menjadi lebih baik.

~ Untuk si dia: sayang, terima kasih untuk tuisyen tidak berbayar itu ~

Ini lanjutan entri matematik.

3 comments:

  1. ha ha ha.. memang la macam tu.. ^_^.v.. tapi itu yang buat diorang tambah semangat.. bagus juga strategi kakak tu tau.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  2. hai kak misya,

    lucu tu murid-murid, lurus n comel ja (: first impression kdg-kdg blh buat kita berjaya atau gagal dlm satu situasi...

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...