Tuesday, 11 October 2011

Tutorial shawl

Kepelbagaian jenis selendang / shawl dan tudung pada masa sekarang memang selalu membikin hati berkobar-kobar untuk memiliki salah satu daripada yang terbaru. Aku suka menyaksikan kemajuan dalam aspek begini. Berhijab dengan pelbagai cara lilitan dan yang pasti bukan hanya statik dengan gaya yang lama tapi sudah agak maju ke hadapan. Tahniah untuk para srikandi yang semakin cantik berhijab. 

Oh, itu hanya kata-kata metafora aku sebelum aku berkongsi tutorial shawl ini. Aku membuat eksperimen di depan cermin. Aku rasa, bila melilit, aku tidak boleh terlalu setia kepada contoh yang aku nampak di dalam majalah atau yang aku tonton di dalam u-tube. 

Adakalanya, tangan aku bergerak sesuka hati aku dan ia akan berhenti bila minda aku berkata: okay, ini sesuai. Bukan mudah untuk melilit selendang bila punya bentuk muka seperti aku. Tembam. Jadi, aku suka-suka lilit. Yang penting, asasnya, ada inner neck, inner biasa dan jarum peniti. Inner neck aku perlu supaya aku boleh lilit sesuka hati aku tanpa takut ada rambut atau leher ternampak bayangnya. Jarum peniti aku perlu banyak sebab bila aku bereksprimen, aku perlukan jarum. Try and error.

Jadi, di sini, aku kongsikan lagi satu lagi tutorial shawl yang aku eksperimenkan sendiri. Try and error dengan pelbagai cara dan aku buat ketika aku sedang bosan sendiri.^_^


Ini hasil dari tutorial ini.

1) Mula-mula letak shawl di atas kepala dengan cara terbalik. Ia terbalik sebab aku gunakan bahagian dalam untuk dipinkan.


2) Pastikan satu panjang dan satu lagi pendek.

3) ambi bahagian pendek yang sebelah dalam tu dan pinkan di atas inner neck.

4) Kemudian, tarik ke sebelah kiri pula dan pinkan juga.

5) Okay, inilah hasil yang dipin tadi tu.

6) Ambil pula bahagian yang panjang tadi.

7) Letakkan di bawah bahagian yang pendek tadi dan bawa ke atas kepala.

8) Untuk keselamatan, pinkan lapisan shawl di atas kepala pada langkah pertama tadi.  Barulah letak bahagian panjang di langkah 7 tadi di atas kepala dengan menutup bahagian yang sudah dipinkan tu.

Macamnilah hasilnya;D ( Tangan tu punya bergaya. hahaha)

Ni gambar sebelah sisi
 Kemudian, bila rasa mahu ada sentuhan seperti Hana Tajima, boleh ikut cara ini:

Pinkan bahagian tepi dagu shawl yang ada di atas kepala tu.

Lepas tu, bahagian hujung tu bawa kebelakang kepala dan pinkan.

Bolehlah  betulkan sesuka hati kamu sehingga kamu rasa selesa.

 Eh, ini pun boleh pakai juga. Pin sebelah saja dan ia akan kelihatan seperti figura di bawah:


 Tapi, kalau kamu tidak berpuas hati, mahu juga kelihatan seperti Hana Tajima tu, kamu tarik bahagian shawl yang sebelah lagi tu dan pinkan di belakang kepala. Keadaan shawl di belakang ada segi tiga.

Ehem.. Inilah hasilnya selepas aku pin sana sini. ^_^



Selamat mencuba. Kalau tidak faham, silakan bertanya di bahagian komen.

5 comments:

  1. Aku suka.tapi buat masa ni susah betul aku mau tudung lilit2 gitu kak.ai tarik2 alesya pan kang a.hihi

    ReplyDelete
  2. paham kak.. nanti si Aki cuba.. :-p.. ho ho ho..

    ReplyDelete
  3. santek.. mo tryla...menjadi ka nda nnt..hihi

    ReplyDelete
  4. ina: ba tunggu dlu si comel tu besar siki baru ko lilit2;D

    aki:hahahaha..aku tunggu masa kita parti nnti;D

    aima: duiba, susah btul mo mo mengambar belakang ni.nnti tunggu eja blk ah;D

    elnino: tq.ba, nnt try;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...