Monday, 10 October 2011

Tutorial tudung 3 segi bunga ros

Aku mahu meminimumkan penulisan untuk hari ini. Menunaikan permintaan kawan-kawan dan anak-anak manis aku yang mahukan aku buat demo untuk lilitan tudung / shawl.  Ringkasnya, motif entri ini adalah untuk membuat demontrasi cara melilit tudung rose tiga segi tu. Aku belum pandai untuk memuatkannya di dalam bentuk video sebab aku belum punya akaun di dalam u-tube. Jadi, aku ambil perkara senang saja. Kelak, kalau ada si dia, boleh lah aku minta dia ambilkan video atau tangkap gambar aku semasa aku membuat demonstrasi. 


Selalunya, tudung 3 segi yang ada bunga ros tu, ramai yang akan pakai dengan meletakkan bunga ros tu di hadapan. Aku pun selalu pakai begitu sebelum ni. Tapi, untuk kali ini, aku ajarkan cara pakai tudung 3 segi tu tanpa meletakkan bunga ros tu di depan dada tetapi di belakang macam pakai tudung  3  segi yang biasa.



Beginilah cara yang aku maksudkan.

1) Mula-mula, letakkan tudung seperti biasa di kepala, sebelah panjang dan sebelah lagi pendek.

2) Kemudian, ambil bahagian yang pendek tadi tu dan pinkan guna jarum peniti atau broach kecil di atas skaf berdekatan dengan telinga . ( di bahagian dalam )

3) Bentukan tudung yang panjang tadi dan lipatkan ikut bentuk muka kamu kemudian, pinkan guna jarum peniti.

4) Selepas itu, bawa pula bahagian yang panjang tadi di atas kepala sebelah kanan sambil membetulkan kedudukan di bahagian hadapan.
5) Dan, kamu pinkan ia di sebelah kanan atau kamu boleh letak riben / bunga sesuka hati kamu.  
6) okey, inilah hasilnya. senang kan?

7) Ini imej bahagian belakang. Bunga ros tu terletak di belakang .
8) Ini pula imej di sebelah kanan.
Itu saja. Ringkas. Selamat mencuba.^_^

3 comments:

  1. Yang ini aku mahu try la kak,x juga berapa byk lilit melilit.hehe

    ReplyDelete
  2. hahaa. ba ok dik. slmt mencuba;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...