Wednesday, 16 November 2011

Emosi

Agak lama aku tidak dihurung emosi ketika memandu. Cuma sebentar tadi, di awal pagi, hati aku jadi sangat sensitif bagai tiada lagi yang positif di dalam diri aku. Sebenar-benarnya, akan ada masa tanpa sedar di mana aku akan kelihatan sangat berbeza. Ya, sudah ada misalan seperti yang tadi, pabila aku rasa aku sudah cukup gaya di dalam tatarias dan kemudian tiba-tiba saja, ada yang merosak seni tangan aku sendiri. Titis yang turun laju diiring oleh lagu Maher Zain, InsyAllah: adalah penyebab paling primer untuk perosak hasil seni aku. Hati-hati aku sapu dan biar ia tinggal tiada apa-apa. Ia adalah emosi yang sampai sekarang aku masih tidak sedar-sedar bila masa ia akan datang. Rahsia emosi yang kadang-kadang sangat seni untuk manusia kebanyakkan. Aneh dan itu istimewanya sebagai manusia. Aku pejam mata dan kembali berhalusinasi, aku sudah tidak emosi-emosi lagi.

6 comments:

  1. napa sedih2...aritu hepi2 ja...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Izan, zan,sedih tau bila ingat yg impian utk duduk sebumbung tghn hdpn x menjadi.

    ReplyDelete
  3. paham2...huhuhu ujian utk ko tu....sabar ek..ada hikmah semua tu..

    ReplyDelete
  4. maksabal la ko kak. jangan kasi rusak mood pagi2. ;)

    ReplyDelete
  5. hai kak misya,

    air mata anugerah wanita, kdg-kdg merosakkan maskara di mata. kak, jgn sedih-sedih. insyaallah ada rezeki utk kakak tggl dgn suami nnt. sy doakan (:

    ReplyDelete
  6. izan< tq kawan. aku tahu kau sangat faham;D

    vidadarisakura: huwaaaa..seboleh2nya aku usaha dik supaya tegar kuat tapi ngak bisa dong.;D


    hanjila, hahahaha..kau boleh bayangkan dik mascara hitam mengalir di pipi;D amin.tq banyak2 dik;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...