Thursday, 10 November 2011

Jangan menangis

[ Google ]

Selama pengharapan ini aku tetapkan di bawa minda bawah sedar, aku membuat pengakuan yang walau harapan aku adalah setingggi-tinggi  gunung tapi, aku juga masih ada kawalan bahawa aku izin saja semuanya jadi. Apapun yang jadi, jadilah, aku tidak peduli. Aku mahu tersenyum di sebalik rasa perit dan galau ini. seperti tiada apa. Cukuplah untuk air mata menjadi saksi hati yang rapuh. Asal saja dia yang menenangkan hati, aku redha untuk kepentingan penerusan hidup yang seterusnya. 

Pabila angan tidak menjadi nyata, bukan bermakna doa itu tidak dimakbulkan tapi itu hanyalah satu episod penangguhan untuk keberhasilan yang lebih indah pada masa akan datang. Tidak semestinya, bila harapan itu jadi retak tiada lagi yang boleh aku sandarkan. Aku masih boleh terus berharap pada DIA dan yakin ada sesuatu untuk aku di sini atau pun di sana. 

Ujian itu terlalu sakit tapi aku sedar, ada cerita baik-baik di sebelah cerita buku hidup aku. Aku sudah laluinya dulu. Ketika aku putus harapan, DIA datang menghulur keajaiban. Dan untuk kali ini juga, aku serahkan semuanya pada DIA. Senyum. Pahit tapi aku  tidak pernah tidak percaya yang ada aturan paling baik untuk aku selepas ini.

Untuk dia,
Kamu adalah sumber kekuatan untuk aku terus berdiri dengan kaki sendiri. Kamu, anugerah Tuhan yang paling aku sayang. Kita jalani saja hidup walaupun sebegini kita diuji.  Jangan menangis. Siapa tahu, ini adalah sumber jaminan untuk menambah keberkatan hidup kita sehingga hembusan nafas kita yang terakhir. Titik.


6 comments:

  1. Aku sedihla... perluka aku kahwin sebagai jaminan utk 'permohonan pindah' diluluskan...??

    ReplyDelete
  2. sweet: aku faham. tapi kau tidak perlu kahwin semata-mata utk berpindah sebab aku yg sudah kahwin ni pun masih gagal juga pindah sedangkan aku memang guna alasan ikut suami.

    ReplyDelete
  3. menangislah jika ia melegakan. :)

    ReplyDelete
  4. Dalam maksudnya. tapi sangat relevan. terima kasih. aku like sini yaa, bunga. =))

    ReplyDelete
  5. Mr roco,aku sedan Cuba tapi kadang-kadang tidak berjaya.

    Hana, ya, aku sudah but begitu.

    Fiona, jiwa Yang relevant ketika menulis tapi masih belum berapa kuat.tq foina.:-)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...