Monday, 14 November 2011

keajaiban



Bermula hari ini, aku cuba untuk senyum semanis yang aku dapat dayakan. Bukan mudah bagi aku berlakon seperti ini, watak yang merubah diri aku yang sebenar. Ya, memang itu namanya lakonan jadi sudah tentu ia hanya satu tampalan yang tidak konkrit pada diri aku. Sebal rasanya dengan watak ini. Benci tapi sebenci manapun aku, ia tetap tidak akan mampu mengubah plot cerita buku aku buat masa sekarang. Cuma, mungkin pabila ada keajaiban, watak dan plot cerita itu akan menjadikan aku kembali seperti diri aku yang sediakala pada masa akan datang. Entah esok atau lusa, aku masih menghitung hari itu. Aku tunggu datangnya dengan sepenuh rasa walaupun separuh jiwaku sudah tiada lagi di sini. Gentar tiada rasa lagi di dalam diri aku. Yang ada hanya jasad aku yang percaya dan yakin, aturan ini sudah cukup cantik pada hamba serba daif seperti diri aku.

3 comments:

  1. kadangkala jelek dengan HAMISAH yang celupar suatu masa dlu.. tapi sekarang, keceluparanmu tu la yang di rindu...Jangan takut untuk jadi diri sendiri k..;)

    ReplyDelete
  2. Sweet: hahahaha. ya, aku tahu akan keceluparan ku itu dan sudah pasti bila kau tiada, kamu akan rindu aku. sekarang, ada masanya aku tercelupar juga tapi tidaklah secelupar bila bersama kamu semua.hahahaa. Dayang, aku rindu kau;D

    ReplyDelete
  3. sweet: eh salah. bila aku tiada. kamu akan rindu aku.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...