Friday, 11 November 2011

Lapan bulan

[Google]


Teringat bab pertama dalam buku hidup aku tentang dia, semua yang berlaku tanpa aku sedar dan tanpa ada sedikit pun yang aku harapkan. Ia, boleh aku anggap sebagai satu keajaiban yang sudah lama aku tunggu. Bertahun aku menunggu bagai pungguk rindukan bulan. Dia tampilkan diri cuma, bukannya terus-terusan jadi milik aku.  Ada likunya, ada halangannya. Dalam diam, ada cinta yang tidak terucap dan baru aku sedar, rasa itu sudah bertahun di sana. 

Malam-malam aku, aku selalu bermohon moga-moga saja Tuhan kirimkan aku akan dia yang aku harapkan untuk menjaga aku sebaik-baik penjagaan seperti yang diamanahkan bila selepas saja tangan dijabat deras oleh kadi. Maksud aku jelas dan terang.  Kemudian, aku kaitkan ia di dalam bab ke-dua, selepas kata-kata itu terungkap dan ia menjadi bagai satu sakti yang menyembuh semua luka. Membalut setiap perih dan mengisi  kosongnya jiwa.  Aku senyum. Aku gembira. Aku bahagia. 

Sehingga ke hari ini, lapan bulan berlalu, bab ke-tiga di dalam buku cerita hidup aku, aku bersyukur dan aku tarbiahkan hati untuk terus memohon rahmat supaya legasi cerita aku yang seterusnya akan terus diberkati. Cinta, satu-satu kita jalani. Doa adalah senjata kita. Aku mahu kamu lebih tahu, aku cinta kamu. Sungguh.

5 comments:

  1. u'd already got the great among the great person, i means ur hubby..hehe..

    anyway sis, prays me for having someone whom i really meant to be with..=)

    ReplyDelete
  2. sungguh..hehe semoga kekal bahagia hingga anak cucu

    ReplyDelete
  3. semoga kekal bahagia hendakNYA..:)

    ReplyDelete
  4. azean, sis doakan ko punya jodoh yg kuat dgn buah hati hinggalah lafaz kadi it disambut sah.tq very much dik:-)

    Budak penjara, haha. Terima kasih Dan keladi.eh, aku bukan budak penjara :-)

    Elnino, main dik. Itu do a aku setiap masa:-)

    ReplyDelete
  5. elnini, mnta maaf dik, main Sama dgn amin:-)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...