Saturday, 26 November 2011

Rencana lahir

[Google]


Hembus-hembus nafas dari udara yang Tuhan anugerahkan untuk aku telah melancarkan setiap sudut perjalanan sistem badan bagi meneruskan kelangsungan hidup selagi keberadaan aku adalah pada lingkungan koordinat atas muka bumi ini.

Ada juga ketikanya, aku sujud penuh syukur pada kurniaan ini dan ada juga masanya aku khilaf kerana terlupa untuk meluah rasa syukur aku tidak kira dengan perbuatan atau dengan perkataan. Seperti yang aku pernah tahu, manusia selalu mudah untuk melupa sesuatu  perihal walaupun pada akarnya, perkara itu adalah tiang untuk terus berdiri teguh.

Kata Luqman Hakim:"Hai anakku! Tewaskanlah kemarahanmu dengan sifat sopan-santunmu, keterburuan dirimu dengan sifat tenangmu, hawa nafsumu dengan ketaqwaanmu, keraguanmu dengan keyakinanmu, kebatilanmu dengan kebenaranmu dan kebakhilanmu dengan kebaikanmu(pemurah). Jadilah engaku orang yang tenang sabar di dalam kesempitan, yang gembira di dalam kebencian, yang bersyukur di dalam kemewahan, yang khusyuk di dalam solat dan yang bersegera bersedekah"(sumber: nurilliyin)


Lewat umur sebegini, aku pernah marah dengan penuh rasa hingga menjadi igauan aku setiap malam. Aku pernah sakit kecewa yang perit hingga jadikan aku berhati batu dan memutuskan untuk tidak pernah memberi kesempatan lagi pada arjuna yang sangat menyebalkan perasaan. Aku pernah gagal berkali-kali untuk capai kejayaan terutamanya dalam pelajaran dan kerjaya aku. Ia membuat aku hampir-hampir putus pengharapan untuk capai impian aku sehinggalah keajaiban itu datang dan merealitikan semuanya.

Alhamdulillah, hidup selama 29 tahun ini, aku masih meneruskan tuntutan perjalanan hari-hari aku dengan penuh semangat. Sehingga ini, genap umurku 29 tahun, suami, keluarga dan kawan-kawan selalu menjadikan hidup aku indah-indah. Perihal sedih dan terguris itu tetap ada tapi, itu aku letakkan di belakang tabir cerita aku. Perihal itulah yang hiasi senyum aku dengan penuh manis. Aku adalah antara orang terpilih yang selalu diuji. Syukur.

Dan untuk ke sekian kalinnya, aku sedang merencana banyak perkara untuk cerita yang seterusnya. Moga-moga saja dengan pertambahan umur, rezeki aku juga dipermurahkan, urusan aku dipermudahkan, umur aku dipanjangkan dan kasih sayang untuk aku diperbanyakkan. Selamat hari lahir untuk diriku. Esok adalah hari Awal Muharam dan sudah tentu tahun baru begini, aku mengharapkan perbahasan soal hidup seterusnya adalah lebih baik dan paling baik adalah baik-baik saja.

2 comments:

  1. birthday sis eh?

    semoga kita semua sntiasa berubah ke arah kebaikan dan bahagia selalu..;-0)

    ReplyDelete
  2. semoga allah meredai dan memberkati mu..SELAMAT HARI LAHIR KAK..doaku moga ALLAH panjangkan umur mu,murahkan rezekimu,permudahkan setiap urusanmu,brbahagia disamping family tercinta,dan yang paling penting semoga ALLAH mengurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah kpd kamu..amin~semoga menjadi isteri dan ibu mithali..:-D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...