Wednesday, 23 November 2011

Salam untuk kawan maya



[Google]

Dalam meneruskan penceritaan pengalaman dalam fasa-fasa kehidupan, aku berterima kasih kepada kawan-kawan maya yang selalu ada memberi respon di setiap cerita hidup aku. Terima kasih yang tidak dapat aku ungkap dengan kata kerana kalian selalu bertindak sebagai pemberi motivasi untuk terus meninggalkan jejak kehidupan di blog ini. 

Kamu tahu, seboleh-bolehnya aku berharap aku dapat kembali menjejak kamu setiap kali kamu singgah dalam blog ini dan aku berharap juga yang aku dapat menjadi pengikut di dalam blog kamu. Tapi, kadang-kadang pabila akses celcom ini menjadi tidak efektif iaitu lambat putarannya, aku selalu  terlambat untuk menjejak kamu semula. Ada juga masanya aku marah pada akses ini kerana, ia menyukarkan aku untuk bersosialisasi bersama-sama kamu. Padahal aku juga mahu memberi respon pada cerita kamu dan sekurang-kurangnya aku dan kamu dapat terus-terusan menjadi kawan maya yang selalu ada tidak kira ketika kamu gembira atau bersedih.

Kesinambungan itu, untuk semua kawan maya aku, maafkan aku, kalau aku masih belum punya peluang untuk menjadi salah seorang pembaca cerita kamu. Permulaan cuti ini, aku agak lewat untuk membuka bungasepet kerana aku sedang cuba menggunakan setiap masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya. Maksud aku, kualiti masa aku bersama-sama si dia dan keluarga. Dan, untuk kamu, aku selalu doakan kamu selalu berbahagia, bergembira dan punya rezeki melimpah ruah. Moga-moga Tuhan selalu memberkati hidup kalian semua. 

Sayang kamu semua.

5 comments:

  1. pakailah digi. hehe. lajuuu. kaa teda lain d kuching sana ? ekeke.

    oh. sebenarnya ada butang dashboard sama follow d sebelah kiri tu. tapi sekarang sa sudah kasi enable tu butang followers di atas =) cekidaut ! =)

    ReplyDelete
  2. wah.. cuti ba pula sudah si Kakak.. :-p.. He he he..

    ReplyDelete
  3. its ok la jane..i will always waiting for ur new posts...hehe....

    ReplyDelete
  4. eh xpe..x ksah pon..de mase nnti bw la..hehe

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...