Sunday, 11 December 2011

aku tidak pernah lupa asalku.

Aku tidak pernah melupa asalku. Aku ingat batas yang selalu aku jejak. Aku menyukai sejuknya air sungai yang sehingga membuat kecutnya jari jemariku. Waktu kecil, sang pipit adalah musuhku. Kami saling kejar-mengejar tapi, aku sering saja tewas dan ia selalu saja menang. Ia juga seperti mentertawakan aku pabila ada waktunya kaki aku tergelincir dari batas dan wajahku tersembam mencium tanah. Suara aku jadi  lelaki dan aku benci pabila ada pertukaran sebegitu. Aku ketuk-ketuk tin bekas biskut yang tergantung selepas saja aku bangun. Si pipit terkejut, mungkin memaki dalam hati kerana aku terus mencari gaduh. Aku pula  menyergah dengan sekuat hati, puas kerana berjaya untuk kali itu. Si pipit dan kawan-kawannya terbang pergi mengalah pulang ke sarang. Aku senyum-senyum walau aku tahu, esok ia akan datang lagi.

Hari ini, spesis pipit dijadikan mainan. Ia jadi burung marah yang marahnya ia adalah kegilaan orang kebanyakkan. Kasihan nasib si pipit.  Dan aku masih lagi tidak mahu melupa akarku. Walau aku ada di zon selesa sebegini, aku setia juga untuk terus bersama batas, sungai dan pipit.

6 comments:

  1. bagus kamu terus begitu
    jangan lupa langit mana yang kita junjung, kan? :)

    ReplyDelete
  2. hani: ya, itu sepatutnya yang aku harus buat supaya aku terus hidup tenang;D

    Elnino: hahaha. burung marah itulah angry birds;D

    ReplyDelete
  3. Aku suka story ini kak. .siok betul aku baca.ayatnya puitis bana.maksudnya sgt mendlm.hehe

    ReplyDelete
  4. arina: hahaha. aku tahu dik sbb kau adalah salah seorang yang faham maksud terisrat cerita ini dik.;D kenangan aku kan selalunya ada engkau;D

    ReplyDelete
  5. kak, lama sdh sy tdk turun sawah, rindu... (:

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...