Friday, 9 December 2011

Baju kurung merah, Pashmina pink dan Inner lace

Ini kali pertama, aku punya baju semerah begini. Maka, secara tidak lansung ia menjadi koleksi pertama aku untuk menyarung warna sebegini terang. Kata mereka, lembu menyukai warna merah dan kerana itu ia akan mengejar mereka-mereka yang memakai warna ini tanpa ada belas kasihan. Entah benar, entah tidak, tapi, seingat aku, cerita ini pernah aku baca dalam buku cerita semasa aku masih jadi budak hingusan. Sehingga ke hari ini, aku masih mencari logika warna merah dan lembu. Malah, orang tua- tua juga selalu memesan untuk tidak memakai warna sebegini. Kata mereka lagi, jangan pernah pakai warna merah sewaktu kilat dan guruh berhentam di langit. Bahaya. Oleh itu, kalau kamu ada kisah tentang warna merah, jangan lupa kongsikannya. Aku suka hati untuk membaca pengalaman kamu.






4 comments:

  1. kenapa mata tuh seolah dipicingkan.terik bergabung dengan warna merah sangat padat.

    ReplyDelete
  2. ku suka bah warna merah..cantik dalam gambar...ms kecik nenek sll cakap lembu/kerbau nda ble tengok merah nnt dia tanduk..ntah betul atau tidak..tapi aku pecaya bah smp sekarang T__T

    ReplyDelete
  3. aku pun ada bju merah... kebaya merah..kalu pkai p sklh..dr jauh da kena panggil..red kebaya menyerlahnya..hahaha

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...