Sunday, 11 December 2011

Hijabi Fashion Week (HFW) Day 2: Hobby / recreation

Aku sudah selamat sampai di kampung. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan walaupun ketika menaiki bot ekpress sebentar tadi, aku rasa umpama aku tidak akan sempat lagi berada di daratan. Ombak yang  begitu mengeras bikin aku sangat tertekan. Pusing kepala dan sebaik saja sampai di daratan aku berkata dengan si dia: selepas ni, kita jangan lagi naik bot ini pabila ombak sedang menganas. Aku pening dan mual.

Oh, aku pendekkan cerita, aku teruskan saja menyambung aktiviti ini: 
Hijabi Fashion Week (HFW)

Day 2 -- Hobby/RecreationWhat do you do when you have free time? (hike, sail, write, paint, etc.)

Soal hobi, aku sukakan memasak. Dari sewaktu sebelum kahwin, aku memang suka memasak. Kemudian, bila sudah berkahwin, aku makin mencinta aktiviti ini. Kalau dulu, keluarga yang akan jadi tukang rasa dan sekarang, si dia juga turut main peranan. Cuma, peliknya pabila aku memasak, aku tidak tahu untuk memberi nama kepada masakan aku. Kalau tiada nama, aku akan namakan contohnya, sambal bodoh-bodoh. Alasannya, aku masak dengan hati dan rasa yang suka-suka. 

Laksa

Soto @ sup daging

Udang sambal

Petola tumis udang kering

Kek keju

Keju keju dua
Ayam masak bodoh-bodoh

ala Sharkfin soup 

Kari ayam

Laksa Sabah (Resepi aku tiru dari dalam buku)

Sambal ikan bilis

Kek keju Oreo

Sawi tumis udang kering

Ketam masak lemak kurang cili api (*_*)




Dan seperti wanita lain, aku juga suka menjenguk barang-barang yang ada di Kompleks membeli-belah. Aku yakin, kamu pun mesti suka aktiviti ini.



Pashmina - hadiah dari kak siti
Blouse - hadiah dari emak saudara
seluar slack - The Best Fashion
High heel - vincci
Beg tangan - Coloris Assesories (CA)



[ Ini HFW yang pertama - http://bungasepet.blogspot.com/2011/12/hijab-fashion-week-hjw-day-1.html

7 comments:

  1. ho ho ho.. teliur si Aki tengok tu makanan2 semua.. ;-p

    ReplyDelete
  2. sedap nay suma mknn tu kak misya...rs berliur saja skrg ni tau..huhuu...


    anywy,u looked nice with that hijab..keep it up sis..=)

    ReplyDelete
  3. telan air liuq tengok banyak makanan. nyum.

    ReplyDelete
  4. aki: muahahaa. aku sengaja buat kau terliur ki supaya ko cepat-cepat masak;D

    azean: masak bodoh-bodoh pun kadang3 sedap juga dik;D btw, kau lagi cantik dengan hijab dik;D

    hana: kalau hana masak, gerenti lagi sedap;D

    ReplyDelete
  5. wah...ketam tuh aku terliur tgk..lapar~~~~....

    ReplyDelete
  6. I dο not know ωhether it's just me or if everybody else experiencing issues with your website. It looks like some of the written text in your content are running off the screen. Can someone else please comment and let me know if this is happening to them as well? This may be a issue with my internet browser because I've had this hаppen before.

    Κudos

    Loοk intо my web раge .
    .. Best way to lose belly fat fast

    ReplyDelete
  7. Еveгуone loves whаt yοu guyѕ tend to bе up toο.
    Such clevеr work аnԁ геporting!
    Keeр up the amazing works guуs Ӏ've included you guys to blogroll.

    my weblog Emergency Plumber Solihull

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...