Wednesday, 21 December 2011

Jangan terasa sangat

Google

Pada satu masa, aku merasa aku masih lagi belum dapat digelar punya kematangan yang cukup selari dengan usia yang aku ada. Bukti perbicaraan seperti ini dapat aku jelaskan dalam misalan, aku masih terlalu mudah untuk terasa hati apabila ditegur yang terkaitan dengan pilihan aku. Dan, yang buat aku rasa paling tidak senang ialah sikap sebegitu hanya akan datang pabila bersama orang yang paling dekat dengan aku terutamanya ibu aku.

Misalan aku begini: 

Ada baju yang aku lihat cantik di mata aku dan kemudian ibu kata: baju itu kecil, lengan pendek paras siku sahaja,  tidak sesuai untuk aku sebab aku akan semakin membesar ( maksud ibu, pabila dengan adanya si kecil itu  di dalam perut ).

Aku pula masih berminat dengan baju tersebut sebab ia dua dalam satu, singlet panjang tutup punggung dan ada cardigan cuma baju tersebut jenis getah dan itu adalah sebab utama ibu kurang menyenanginya.

Akhirnya, aku letak baju dan keluar kedai, masuk kereta dan memandu untuk pulang. Ibu kelihatan tenang dan   masih bawa aku bercakap seperti biasa yang dia buat untuk pujuk aku, aku pula diam seribu bahasa. Terasa dan merajuk adalah sikap yang aku bikin aku selalu serba salah. Sikap begitu akan automatik terjadi terutamanya bila bersama ibu. 

Sepanjang memandu, aku meredakan perasaan, membawa fkiran ke aras yang normal. Jangan diturut rasa yang langsung tidak memberikan keuntungan untuk aku dan orang lain. Kemudian, aku mulai tenang dan ada perasaan bersalah berganda-ganda di dalam hati kerana terasa dengan benda sekecil itu. Aku kemudian bicara seperti biasa dengan ibu dan seperti tiada apa yang berlaku. Mana tidaknya, kalau sepanjang keberadaan aku dalam penghidupan ini, dia adalah tulang belakang aku sehingga aku boleh jadi seperti aku sekarang. Dan, sebesar begini pun, ibu masih basuhkan baju aku dan masak untuk aku walau sepenat mana pun dia. Jadi, rajuk aku pun tidaklah akan sampai ke mana.

Bila aku fikir-fikir, dengan usia yang akan menginjak ke angka tiga puluhan pada tahun depan dan status aku sebagai isteri orang, seharusnya aku lebih matang untuk mengurus emosi aku. Dan, mungkin kalau aku sudah berjaya mengawal emosi sebegini, lebih mudah untuk Tuhan kurniakan pada aku akan si kecil yang menjadi impian aku sembilan bulan ini.

Ibu, walau jannah aku pada dia tapi kewajipan aku untuk menjaga hatimu  masih tetap seperti dulu. 

5 comments:

  1. kdg2 mmg kita x matang kan...hmm tgh belajar juga mcm mana nk jd matang..

    ReplyDelete
  2. barangkali emosi ibu mengandung kakak tu yang terbawa-bawa. cuba kawal. :)

    ReplyDelete
  3. zoey: kita sama2 terus bljr;D

    hana: emosi ini selalu tidak menentu. mungkin juga;D

    ReplyDelete
  4. korang mesti sabar :)

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  5. Sis, saya pun kdg2 mcm tu. Benda kecil saya rajukkan (kdg2 smpai sehari suntuk). Mudah2an hati ni lebih lembut dgn ibu.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...