Monday, 12 December 2011

Kalau aku mahu terus berhidup

Google

Sudah bertahun-tahun aku peram gelodak ini. Sudah sekian lama juga aku cuba melupa sakit itu supaya ia tidak menjadi dendam-dendam  yang tiada noktahnya. Menyimpan rasa sebegini sangat payah dan ia umpama kecelakaan yang kalau saja ia muntah, aku akan jadi orang yang paling tidak beretika. Selalunya, aku simpan saja amarah ini baik-baik dan pengharapan aku sangat tinggi supaya aku selalu bersikap hormat.    

Untuk menjaga sikap begini, aku paksa diri aku untuk menjadi hipokrit. Membuang jauh-jauh gelodak benci dan amarah dengan bermanis muka. Aku pakai azimat senyum selalu dan bersikap tidak kisah-kisah. Kata mereka, kalau aku menampakkan sikap tidak suka aku padanya, apa yang akan aku dapat sampai bila-bila? Tiada duit, tiada nama malah aku yakin yang ada cuma hinaan semata-mata.

Maka, untuk membuat semuanya nampak indah, hipokritlah saja aku pada diri sendiri agar lahar ini tidak membuak memecah dada. Aku letak elok-elok rasa ini di sudut hati aku yang paling dalam. Biar ia di situ beku tiada tumbuh. Kalau aku mahu terus berhidup, aku mahu bertabah hati, berkuat semangat dan berkosong jiwa walau bukan hari-hari tapi, sekurang-kurangnya pada ketika-ketika aku masih lagi waras dan berfikiran seperti manusia normal.

3 comments:

  1. ya sayang,
    kerana itu kalau ada yang kritik kamu hipokrit,
    senyum saja
    kerana hipokrit itulah yang memberi kamu kekuatan
    mereka tidak akan tahu.
    :)

    ReplyDelete
  2. hani: aku berusaha untuk hipokrit kalau aku tidak suka hani tapi kadang-kadang aku gagal sebab muka aku tidak boleh menipu. hihih.

    ReplyDelete
  3. hipokrit itu kadangnya penipuan yang menjadi terapi kepada hati. tapi jika salah pada isunya boleh menjadi nanah tak terubat. jaga - jaga.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...