Sunday, 4 December 2011

konflik memujuk

Bagaimana untuk memula bicara selepas satu konflik ketidaksefahaman berlaku antara satu dengan yang lain? Perempuan. Nalurinya akan mahu dipujuk tapi malangnya tidak mahu menterjemahkan kemahuan itu dengan kata-kata. Ia seperti tersekat di dalam kerongkong. Sukar untuk diluahkan walau di hati ada seribu pengharapan untuk pujukan itu berlaku tanpa sekatan. 

Pabila terusik saja naluri sensitiviti seorang perempuan, ia akan mendiam. Tidak berkata dan paling logika ialah air mata adalah petanda bahawa betapa hatinya sedang terusik. Cuma, kadang-kadang lelaki sukar untuk mengerti itu.  Malah lelaki payah untuk memberi tafsiran pada riak wajah yang masam dan diam. Sedangkan, ketika wajah itu masam dan mulut itu diam, perempuan hanya mahukan lelaki datang, bertanya dan bertanya tanpa ada rasa untuk membuat pertukaran emosi. Maksud aku, bila perempuan terus berdiam, lelaki pula yang akan naik angin. Mungkin kerana diamnya wanita membuat lelaki geram dan terus membiarkan saja perempuan terus terdiam.

Jadi, apa jawabnya untuk persoalan seperti ini,  aku hanya mahu mengingat, perempuan adalah kaum yang sarat dengan emosi. Berbeda dengan lelaki,  hati mereka kebal dan ada kalanya kekebalan itu menjadikan perempuan terus terusik. Dan, untuk meleraikan setiap usikan bertangis, berlapang hatilah untuk berdiskusi. Sekali-sekala, letakkanlah ego itu di bawah supaya harmoni perjalanan hidup ini. Kalau terus tarik muka masam-masam, lama-lama umur dua puluhan pun dibilang empat puluhan. Rendahkanlah hati untuk bicara dari hati ke hati. InsyAllah, semua akan dapat diatasi bila selalu berniat yang baik-baik. 

[ Masih jauh lagi perjalanan hidup ini]

7 comments:

  1. betul tu..lelaki mmg sukar tuk mengerti perasaan perempuan..cuma perempuan sj yg cuba untuk memahami hati lelaki..=(

    ReplyDelete
  2. Kadang2 memang susah mau memahami khendak wanita ni..adakalanya, berdiam tanpa sebab atau marah tanpa sebab..tapi sbenarnya ingin dipujuk :)

    Hati keras tapi mau...itu lah yg sy faham, harap ego tu tak ada lah kan..

    Misya sehat kah ni? dah start cuti?

    ReplyDelete
  3. veesyah: hati perempuan mcm kerak nasi ba, keras2 pun klu kena simbah air, lama2 lembut jg.

    elih: wanita mmg golongan yang suka dipujuk sbb wanita berhati lembut;D

    sy sdh di labuan;D

    ReplyDelete
  4. kau tahu,kalau aku selalu failed dalam hal meemujuk.namun aku tak pernah failed untuk memahami rajukan.haha!

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas tips ni kak misya..insyaAllah akn d praktikkan nti..=)

    ReplyDelete
  6. lelaki ego memang payah nak mengalah, dan lebihkan angin dari air.mana nak ok, kan?

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...