Thursday, 29 December 2011

Patah jadi dua

google

Ketika semua rasa gembira ini ditinggalkan di situ, hati aku sudah patah jadi dua. Biarpun ada titis-titis air yang laju bergerak keluar dari mata tapi, tiada apa lagi yang perlu ditangiskan lagi. Menangis di dalam hati itu lagi menyenangkan pada satu-satu ketika kerana ia adalah sumber kekuatan dalaman yang paling keras aku pernah ada.

Melupakan saja impian-impian ini dan aku teruskan hidup aku untuk setahun lagi akan datang. Biar aku duduk dan sendiri di sini tanpa mereka yang selama ini, tulang belakang aku yang paling ampuh. Kalau saja, umur aku masih panjang pada tahun hadapan dan sedekat-dekatnya pada esok hari, aku masih bersyukur kerana sebegini tua aku sudah mampu untuk memberi apa yang aku mampu kepada mereka. Hormat, kasih sayang, perlindungan dan wang itu saling aku adunkan bersama-sama agar aku mampu berhidup bersama-sama mereka untuk masa yang ada ini.

Selepas proses keselesaan sebulan ini, aku sudah bersemangat baru. Mahu lebih kuat bekerja, mahu lebih tabah berhidup, mahu mengatur baik-baik setiap hal yang aku perlu capai dan miliki untuk tahun depan dan 10 tahun yang akan datang juga. Pandangan aku harus ke depan, aku toleh belakang, aku ada dia, keluarga dan kawan-kawan yang begitu  tulus untuk bersama-sama aku jalani kehidupan dengan kondisi yang paling baik biar apapun duri yang perlu akan menyakitkan kami.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...