Saturday, 17 December 2011

Percutian - Desa Cattle Farm, Kundasang, Ranau # 1

Dalam perancangan, cuti ini aku manfaatkan sebaik-baik percutian. Sekembalinya nanti di Kuching, aku sudah tidak  berkesempatan lagi untuk melihat Gunung Kinabalu dan menghidup udara pergunungan dari Sabah. Padahal kalau aku di kampung, sebangun dari tidur,  buka tingkap, aku sudah dapat melihat lama-lama setiap pemandangan cantik dari pergunungan itu. Oh! Jadi, aku dan si dia  tunaikan rasa hati. Bercuti dengan penuh rasa jiwa yang tenang dan gembira.

Destinasi pertama kami ialah di Desa Cattle Farm, Mesilau Highland,  Kundasang, Ranau. Tempat ini letaknya 2 km selepas Kinabalu Park. Jalan berbukit-bukit dan perut aku memang kecut semasa berada di dalam kereta. Pemanduan akan dicabar dengan jalannya yang tinggi dan berliku-liku. Tapi, kecutan perut akan kembali normal selepas saja sampai di destinasi. Indahnya pemandangan ciptaan Tuhan. Seluas mata memandang, menghijau dan lembu-lembu dari New Zealand tu membuat padang menjadi sangat cantik dengan warna hitam putihnya.



Embun











selamat datang 

Tempat perahan susu lembu


Susu segar yang dihasilkan di sini. Sedap!

Desa cattle (Sabah) Sdn Bhd





[Jangan lupa tandatangan buku pelawat]

4 comments:

  1. ahh lama suda nda minum susu segar, choc is my fav :D siok kan sana kak.. hehe

    ReplyDelete
  2. muka c eja mana T__T? btw aku ada cardigan macam ko tuh! smp bila ko cuti? bila ni dpt jumpa?

    ReplyDelete
  3. Bestkan misya.cuti2 msia d tmpt sndiri.hehe.aku blm bkesempatan.bz btl mana research blm g siap2.balik kdt pn nda sempat lg ni.msuk 3 bln suda.rindu aku dgn anak buahku.huhu.anyway,aku hepi tgk ko bhgia. . .;-))))

    ReplyDelete
  4. dora: ya dora sedap ni susu tu. smpai kami beli 4 kotak yg tinggi tu. hahaha

    aima: nanti aku kasi masuk gmbr dia dlm entri part 2 punya ma. terlampau byk gmbr bah;D. ba, nnt aku inbox ko dlm fb bila aku blk ah. mana tau dpt jumpa;D

    yani: siuk yan. jarang2 ba dpt cuti begini.aku doakan research ko siap ah;D. lps tu nnt blh la ko blk kudat. btw, moga ko pun bahagia.;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...