Friday, 2 December 2011

Tanpa

Hati semakin kuat mahu mengengggam impian yang ada selama hayat ini ada. Aku tidak mahu gagal berkali-kali.  Tapi, kalau aku terus mahu  berada di hadapan, aku kena sedia menghadapi setiap kegagalan yang selalu menunggu untuk diiktiraf sebagai kawan sementara. 

Tanpa kegagalan, kejayaan tidak akan dinampak. Tanpa keberanian mimpi tidak akan bermakna.

Seringkali aku memujuk hati, aku tidak perlu terlalu keras pada sesiapa walaupun dia adalah sebahagian dari hidup aku sendiri. Paksaan tidak akan memberi apa-apa makna kalau empunya badan tidak merelakannya dengan sepenuh hati. Aku menurut dengan anggukan akur walaupun dalam hati ada sedikit rasa tidak selesa. Mungkin, kalau sebelum ini, aku masih boleh membawa hati yang degil itu tapi untuk sekian kalinya setelah memegang gelaran ini, aku harus percaya, toleransi adalah satu pegangan yang paling penting dalam kemudi rumahtangga.

Toleransi adalah sama seperti kejujuran, kepercayaan dan kasih sayang. Tanpa adunan dari setiap kata sifat ini, kehidupan akan menjadi tempang sana sini. Aku percaya setiap yang buruk ada baiknya dan setiap yang baik ada buruknya. Sepanjang memikul gelaran ini, aku cuba belajar untuk memberi yang terbaik, menjadi yang terbaik dan yang paling penting sekarang ialah aku belajar untuk menghayati dan mengaplikasikan pesanan Luqmanul Hakim dalam perjalanan harianku. Pesan Luqmanul Hakim:

'Wahai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu'.

Ya, itu adalah percubaan yang sedang dijalankan sekarang walau sebentar tadi ia hampir-hampir gagal.

2 comments:

  1. Jangan sekali kali gagal :) be strong...

    ReplyDelete
  2. Be cool,stay positive,and everything will be alright.. ^_^.v.. even in a very worst condition ever..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...