Monday, 30 May 2011

my first earn from nuffnang after 27 days create my blog;D


Entri pertama aku untuk buat blog bunga dan sepet, pada 3 Mei 2011.



Entri pertama: 03 Mei 2011 ( abaikan dua entri sebelum aku post entri ini) 
(SILA KLIK GAMBAR UNTUK PEMBESARAN)

Aku letak Nuffnang bermula 9 Mei 2011.

28 post, 6 follower  : 27 Mei 2011 (Hari last aku updated dan aku baru buka blog 29 Mei 2011)
(SILA KLIK GAMBAR UNTUK PEMBESARAN)

Ini adalah statistik blog aku dalam dari 9-22 Mei
(SILA KLIK GAMBAR UNTUK PEMBESARAN)





Dan yang buat mata aku terkebil-kebil ialah,bila buka nuffnang sambil-sambil tengok Mentor, eh,  ada RM0.75 sen dalam akaun. 





Aku masih tidak percaya earn RM 0.75 untuk blog aku yang belum sampai sebulan. hahaha. Macam tipu saja. Yala, Aku bukan seperti blogger-blogger lain yang boleh earn beribu-ribu dalam masa sebulan. Niat di hati berblog untuk mencatat setiap perjalanan hidup, berkongsi pengalaman dan belajar untuk menjawab setiap persoalan. Hati aku terbuka untuk letak iklan Nuffnang sebab mahu cuba nasib. Sambil menyelam minum air. hihi. Alhamdulillah,  aku sudah mulai konsep give and take from NUFFNANG. TQ Nuffnang. TQ So much juga untuk semua yang sudi baca blog ini. May Allah bless you all always and forever.;D

Menu kampung

Dari entri INI, perasaan aku lega bila sudah ada di kampung sendiri. Gembira tidak terkata, hajat di hati mahu tinggal lama tapi, kalau aku stay maknanya kerjaya tidak berjaya. Jadi, sepanjang cuti 2 minggu ni, aku akan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Misalnya: memastikan makanan yang diidam selama di perantauan akan tertunai.

Antara menu dinner di hari pertama sampai di kampung:

  kepala ikan putih rebus  pedas ( terlalu rasa sedap makan lalu, lupa ambil gambar  dari awal. Sebab tu macam tinggal tulang saja lagi.hahaha)

KFC Bucket ganjaran untuk adik bungsu yang mengemas bilik sebelum aku dan suami sampai di rumah. Aku bagi dia 5 star sebab bila buka pintu bilik, rasa macam baru kahwin. ;D ( ini bukan idaman )

Ikan leking goreng. Mungkin boleh dikira wajib untuk orang Kota Belud pernah rasa ikan ni. Aku bagi suami rasa tapi dia cakap masin. hahahaha.


Alhamdulillah, lepas makan, perut kenyang. Tengok Mentor, Salma juara Mentor. Tahniah untuk Salma. Buka nuffnang, aku terkejut. Tidak sangka sudah earn duit walaupun berblog belum sampai sebulan. yeaaay..;D

P/S selalu lah menghargai masakan yang kamu selalu inginkan. Sebab bila makanan itu tidak ada nanti misalnya kamu merantau di tempat orang maka, kerinduan kamu akan meluap-luap untuk makan makanan tersebut.

journey to Sabah ( part 2)

Assalammualaikum dengan hati yang tenang...
alhamdulillah;D


Alhamdulillah, perjalanan yang jauh dari Kuching- Kota Belud berjaya ke destinasinya. Entri sambungan dari INI, Pada mulanya, kami ter'miss' simpang masuk jalan untuk ke terus ke Bintulu dan kami terpaksa pergi ke Sibu untuk tengok jalan keluar. hahaha. Lucu ada, takut pun ada. Punya best kami jalan ikut arahan dari GPS, tiba-tiba la pula, GPS terkeluar dari landasan jalan. Map yang ada dalam GPS tu tidak sama dengan  jalan yang kami ikut. Maybe because of un-updated map dari Sibu ke Bintulu. Waktu pula malam jadi, pandangan kabur dan kanta mata tidak berapa jelas untuk tengok simpang jalan.

Jam 9 malam kami bertolak semula ke Bintulu. Kami ambil masa selama 1 jam untuk cari jalan keluar dari Bandar Sibu yang sibuk. Alhamdulillah, mujurlah sepupu aku ada kawan di Balai Polis, Sibu  dan dialah yang bagi kami jalan keluar. Kami juga ada dapat map dari pekerja Shell tapi map yang dia bagi tu jauh jalannya lagi untuk keluar dari Sibu. Aku sudah suggest dengan suami untuk bermalam di Smbu sebab masa sudah jam 8 pm tapi, dia kata, 'relax' dulu dan we will continue to Bintulu. Jadi, kami berani mati jugala untuk ke Bintulu dengan jalan yang gelap gelita, jalan berlubang-lubang, berpusing-pusing dan banyak lori berat dan besar yang sama-sama pegi ke destinasi masing-masing. Kadang-kadang, terasa diri macam konvoi dengan lori-lori yang bawa muatan banyak tu bila kami tidak dapat potong mereka. Jalan just one way so, kena berhati-hati selalu.

Jam 12.15 am kami sampai di Bintulu. 3 jam dalam perjalanan, kami sampai hati yang lega. Senyum gembira. Kali ini, kami ada masalah untuk cari AA INN yang ditempah oleh kak su, kawan aku. 2 kali kami pusing di tempat yang sama tapi masih gagal untuk jumpa. Dan sekali lagi sepupu aku dapat contact dengan kawan dia yang ada di Bintulu tu untuk minta bantuan cari AA INN. Bila berada dalam keadaan macam ni, aku dapat kesan salah satu kebaikkan integrasi nasional, bila anggota Polis yang berasal dari Sabah diposting ke Sarawak, senanglah untuk  kita dapatkan bantuan dari kawan senegeri misalnya dalam hal emergency macam ni. Sebab masa di Sibu tu pun, dia contact juga dengan kawan dia yang sama-sama PAK POLISI. hihihi. Kawan dia berbesar hati bawa kami pergi isi perut since kami memang kelaparan sebab dinner kami yang sepatutnya jam 8 pm tertangguh hingga ke 12.30 am. Memang perut kami menyanyi duet lagu ikan kekek mak iloi-iloi.

Perjalanan kami dipermudahkan lagi bila dia tunjukkan kami AA INN tempat tinggal yang kak su tempah. RM 58 per nite yang dicaj untuk kami. Bilik dan facilities : aircond. tv, wireless, air panas untuk mandi, almari, tuala, tilam dan katilnya memang memuaskan hati. Harga cukup murah bila RM 58 tu untuk 2 buah katil juga dalam satu bilik. Aku dan suami berpandang-pandangan bila masuk bilik tu. hahaha. 
paspot aku


Esoknya ja, 7.30 am kami bertolak dari Bintulu ke Miri, Brunei, Limbang, Lawas dan Sabah. Perjalanan ke Miri kira okay sebab semuanya lancar since kami masih ada peta yang suami dapat dari internet. Dan sekali lagi, sepupu aku jumpa kawan sejawatan di Miri. See, betapa bagusnya bila kawan kita ramai. ;D. Di Brunei, kami ikut jalan kampung, ada tersesat sikit sebab kami salam masuk jalan dan mujur ada anggota Polis yang ada di situ tunjuk kami jalan ke betul. Setiap kali kami tersesat dan terjumpa dengan kereta bernombor  dimulai 'Q' atau 'SA', kami senyum dan terus anggap ' itu mesti kereta orang Sabah yang mahu balik Sabah'. hihihi. Ya, perjalanan yang penuh dengan andaian.
kepala teleng tengok gambar ni. Feri kereta inilah yang ditunggu berjam-jam. Abaikan pakcik ni, dia interframe masa aku ambil gambar. 

Sekali lagi kami diuji bila kami terpaksa menunggu selama 2 jam untuk melepasi feri pandaruan antara Limbang dan Brunei. Basah ketiak untuk menunggu dan aku  dapat rasa, ramai orang untuk mengharapkan ada jambatan yang dibina oleh kerajaan bagi memudahkan perjalanan melepasi sungai pandaruan tu untuk sampai ke Brunei. Bagi aku, menunggu berjam-jam sangat memenatkan, buang masa dan buang minyak. Kalau takut feri tu rugi sebab adanya jambatan, apa salahnya buat jambatan dan kenakan tol RM8 sama dengan harga tiket untuk naik feri itu? Dapatlah WIN-WIN SITUATION. mmm.. tapi, kalau tidak silap aku, permohonan untuk bina jambatan ni sudah diluluskan masa kempen pilihanraya yang lepas kan? Betulkan aku kalau aku silap. Harap-haraplah jambatan ni dapat dibina untuk kemudahan rakyat jelata. ( Ini bukan berpolitik, ya)

penantian yang tiada tara ( tunggu turn untuk naik feri di pandaruan)

Akhirnya, jam 8 mlm kami sampi di Sindumin, Sabah. Gembira hati suami terus buka pintu kereta pijak tanah Sindumin. hahaha. Macam bertahun tidak balik Sabah. hahaha. Kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu dan singgah sekejap untuk makan soto di Restoran Taufik. Ya, aku sudah bilang, aku rindu soto versi Sabah.;D

Jam 12.30 am kami sampai di our sweet home. huuuu. Penatnya, Tuhan saja yang tahu. Tapi, gembira perjalanan kami selamat. Perjalanan yang sangat adventure dari Kuching-Kota Belud. Kami pergi dengan 2 buah kereta dan 4 orang. Alhamdulillah, sepupu aku yang takut keretanya tidak dapat lepas bonggol di setiap check-point, menarik nafas lega. Senyum. Kereta yang dimodified bukan alang-alang sebab sampai beribu ringgit tu masih seperti baru cuma warna putih sudah bertukar warna kelabu. Habuk sepanjang perjalanan memang sangat produktif untuk menukar warna kereta. hahahaa.

p/s Special thanks to kak su sebab booking INN tu untuk kami. Jasa kak su akan dikenang selalu.;D dan lagi satu, ganteng banget cowok yang bersama kak su. oppss, itu siapa ya??? hahaha.


Friday, 27 May 2011

journey to Sabah ( part 1)

google: im not sexy like this.hahaha

Sediakan payung sebelum hujan. Pastikan kereta dalam keadaan okay. Minya,k, brek, air dan gear semua normal. Alhamdulillah. Masa post entry ni, aku ondaway balik Sabah.
Sediakan mood yang baik sepanjang perjalanan ini. It will take 10 hours if we stop at Bintulu and it will be 12 hours if we proceed to Miri.
May Allah bless our journey.. Amin.

Thursday, 26 May 2011

~Cant wait~

google

Assalammualaikum,

Tidak sabar untuk bermulanya hari esok:

Jumpa suami.

Balik Kampung.

Bersanding lagi sekali.

itu nikmat hidup paling menerujakan.

p/s  Doakan kami selamat sampai di Sabah lusa. Kami naik kereta dari kuching merentasi borneo sampai ke Sabah. Aku akan ke luar negara sekejap :Brunei :  lalu saja lah. hihihi. Terus terasa macam pelancong pula. hihi.

google: romantik jangan cakap!pssst

~pain inside~

Google




Sebelum tahun 2011, aku punya appetite makan yang agak besar. Aku suka cuba makanan yang aku dapat rasa aku mau makan.  Bukan sebab makanan tu nampak sedap sebab kalau kadang-kadang makanan ni ada yang indah khabar dari rupa. Selalu buat menyesal sebab ikut sangat nafsu makan yang membuak-buak. Sama dengan masa beli makanan untuk buka puasa. Kamu nampak sedap sikit, kamu pun beli. Harga memang la RM 2.00 satu tapi kalau kamu beli sampai 10 jenis makanan yang harganya RM2.00 maka, berpesta lah kamu dengan makanan  sungkai nanti.

Masuk tahun 2011, since, aku sudah beransur-ansur dapat apa yang aku mahu dalam hidup iaitu kerja yang boleh jamin my future, bermulalah juga era kesihatan baik aku diuji. Bila jadi workaholic dan pandang remeh soal pemakanan, gastrik pun suka aku. Mulanya sakit perut biasa dan aku hanya buat bodoh. Lama-lama bila sudah sampai di ulu hati dan rasa macam mau belah perut aku untuk tengok isi dalam yang sakit tu, aku mula prihatin dengan kesihatan aku.
google

Jadi, sini aku kongsi cara untuk elakkan kamu dapat gastrik atau untuk kurangkan rasa sakit yang amat tu. Perhatian, aku bukan doktor atau nurse yang well known tentang penyakit ni tapi aku menulis berdasarkan pengalaman aku dan pengalaman orang-orang yang dekat dengan aku.

  • Makan ikut waktu: 'Eat Breakfast like a king, Lunch like a prince and dinner like a beggar'. Pastikan kamu mulakan pagi kamu dengan sarapan yang mengenyangkan. Kamu makanlah makanan yang kamu suka tapi pastikan  tiada kari, tiada santan dan tidak pedas. Rasa macam orang sakit kan kalau tiada ingredients like this in our foods.  Kalau mengidam sangat, kamu boleh makan makanan macam tu tapi alas dulu perut kamu dengan makanan lain such as roti / biskut / oat / mee goreng kurang pedas / sup  atau apa-apa saja yang kamu rasa tiada ingredients di atas. 


Kalau aku, nasi putih jadi kegemaran di awal pagi. Hahaha. Nasi putih + sayur + ikan dengan kadar yang sikit. Sebab waktu pagi, aku  perlu ada extra tenaga untuk kerja. Naik turun tangga pergi ke kelas sudah buat perut aku nyanyikan lagu ikan kekek mak iloi-iloi. Kalau aku makan banyak pagi, aku akan skip lunch dan terus minum petang saja. Yang penting aku tidak biar perut kosong.

  • Berhenti sebelum kenyang: Ini pesanan paling common yang selalu kita dengar. Mustahil kamu tidak pernah dengar, kan? Kalau kamu  rasa perut kamu terlebih sudah, berhentilah makan. Jangan kamu paksa perut kamu untuk terima makanan lagi. Let say, makanan kamu belum habis, jangan malu untuk bungkus atau tapau makanan yang kamu beli tu. Jangan membazir.  Kamu kan bayar makanan tu. So, suruh saja pelayan tu bungkuskan untuk kamu. Kalau  kamu makan berteman, offer dia untuk ambi ( kalau kawan  kamu tidak kisah). Untungnya aku, suami yang habiskan makanan yang tidak habis. Sebab tu juga kalau aku makan misalnya nasi goreng, aku tidak gaul semua, aku makan bermula dari tepi. Jadi, lebih tu aku kategorikan sebagai ‘tidak sentuh’ dan boleh bagi orang lain kalau aku tidak habis. hihihi.


  • makan sebelum lapar: Kamu rasa lapar. Kamu makan saja. Jangan tahan lapar  macam aku. Tahan punya tahan konon masih boleh tahan, akhirnya patah juga bila gastrik datang buat aku macam orang gila meraung kesakitan. Jumpa doktor dan kena inject barulah sakit reda.


  • Sedia biskut dan air soya: Ada orang yang sibuk amat sampai tidak sempat makan. So, sediakan biskut di dalam beg / kereta/ laci meja kamu. Aku suka biskut yang ada oat mcm Jacob atau munchy. Itu bagus sebab buat kenyang. Dulu, aku bukan suka makan biskut ni, susah untuk leher aku terima, almaklumlah leher aku ni leher orang kampung. Biasa makan nasi berulam jantung pisang. Tapi, aku cuba dan ala bisa tegal biasa. Bagi kamu yang elergik minum susu, berbekallah air soya kotak yang less sugar atau milo dalam kotak tu. Makan dan minumlah sebelum perut kamu sebu dan mau muntah sebab angin gastrik sudah naik di ulu hati.


  • Berpantang: Sebelum aku ada gastrik, nangka masak lemak, kari ayam, sambal lada yang pedas kawkaw adalah my favourite foods. Sebut saja pasal masak lemak, kari dan pedas, mata yang ngantuk pun jadi jaga. 4 bulan aku separuh berpantang makan benda ni. Kenapa separuh? Sebab aku makan juga tapi sikit saja untuk lepaskan  gian. Ini senarai makanan yang kena elak sebab berangin:
 Kacang panjang, pulut, nangka, laksa, rebung, nasi sejuk, minuman bergas, durian, jeruk-jerukan, ubi kayu, cendawan,nescafe, teh susu, sambal kacang dan banyak lagi sebenarnya yang buat badan kita berangin. Kalau aku list lagi di sini, gerenti kamu akan cakap macam ni 'abisla kalau semua makanan yang sedap2 ni berangin, jadi, bagus minum air putih saja la' hahaha. Nanti kamu goggle saja untuk list yang lain. List yang aku bagi ni, benda yang aku pantang separuh. Ada orang cakap dengan aku, minum susu untuk hilangkan gastrik tapi susu yang aku minum makin buat aku sakit. lagi sakit perut dan badan aku membesar seperti johan. Aku tukar dengan susu soya dan fresh milk HL tu, alhamdulillah. Itu lah yang aku amal sampai sekarang. bajet untuk susu HL Sebulan RM25.;D
jkj 
      Last but not least,
  • Sediakan ubat eg: Minyak sapu, aku suka minyak Yuyi sebab wangi, kalau bubuh di atas perut, sakit akan hilang dan aku rasa like a baby.hahaha. Aku pastikan juga ada Gaviscon dalam list barang yang aku beli setiap bulan. Kalau rasa perut sudah sebu, aku minum cepat-cepat tapi aku akan tutup hidung dulu sebab tidak tahan bau.hahaha. Selain tu, aku ada Krim Pati Halia Mustajab tu. Di samping berjaya menghilangkan sakit perut tu ia juga boleh mengempiskan perut. Yang paling penting, kalau aku pakai ubat-ubat ni masa tengah sakit perut, gerenti kentut bertalu-talu dan sendawa besar-besar. hahaha. Indah sungguh sikapku.

In conclusion, selamat menjaga kesihatan. Jangan bila sudah terkena baru menangis tidak berlagu. Bagi yang belum dapat gastrik, berhati-hati dari sekarang. Kalau yang sudah kena, jaga makan dan kesihatan sebab kalau nikmat kesihatan baik kena tarik oleh Tuhan, masa tu la, kita akan rasa betapa cuainya kita tidak menjaga anugerah yang Tuhan bagi. Sudahlah banyak, percuma pula tu.

Wednesday, 25 May 2011

~sick of crying, tired of trying, yeah i'm smiling but inside i'm dying~

google:

the sun shines but
no longer warms my heart ( Paul andrew russell )

Pity her. Itu yang aku rasa sekarang. Keputusan untuk permohonan pindah yang sudah keluar buat perasaan aku haru biru. Memang aku tidak ada isi pun borang jadi rasa tu tidaklah seharu orang yang isi tapi permohonan tidak berjaya.

Bagi pemohon yang berjaya, for sure akan senyum sampi ke telinga, muka berseri-seri dan dunia umpama ana yang punya. Kalau diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu.  Dalam hati ada taman, ada kupu-kupu comel rasa macam mau makan saja. Ya, lebih kurang macam tu lah perumpamaannya.  You feel great, rite?

Tapi, macamana pula dengan yang tidak berjaya macam kawan aku yang seorang tu? Sudahlah bukan orang tempatan, suami jauh dan ada anak umur 1 tahun lebih. Alasan pindah, ikut suami tapi masih juga gagal diberi perhatian dan diberikan peluang untuk berada di sisi suami. So, what do u expect if u r in her shoes?  Marah, sedih, geram, kecewa atau biasa-biasa saja?

Aku hanya dapat luah rasa simpati. Untuk berempati, aku tidak mampu. Antara simpati dan empati, ada beza yang ketara.  Ok,aku bagi situasi begini:


Kamu sedang memandu di jalan raya. Dari jauh, kamu nampak seorang ibu berjalan kaki sambil mengendong  anaknya yang masih kecil di bawah panas matahari. Dia nampak lesu dan penat.

Apa tindakan kamu?

Kalau kamu ada rasa kasihan, paling tidak pun, kamu akan cakap ‘ kesiannya makcik ni’ dan kamu terus pandu kereta kamu laju-laju.  Bila kamu bertindak begini maknannya: kamu hanya ada perasaan kasihan / simpati.

Tapi kalau kamu cakap ‘ kesiannya makcik ni’ dan kamu berhentikan kereta lalu tumpangkan makcik tu. Yes, itu namanya empati.

Dalam kes kawan aku tu, aku hanya boleh berdoa supaya dia ada rezeki untuk pindah dalam rayuan nanti. Aku tidak punya ‘kabel’ untuk di access supaya aku dapat tolong dia untuk pindah. Aku orang biasa-biasa saja. Aku pun perantau seperti dia.  Sebab itulah aku ulang lagi sekali, aku hanya mampu berempati.

Dalam empati, sedikit kecewa bila bab macam ini, terasa perbezaan diri dengan orang yang ada kabel atau tiada. Kalau yang pakai kabel besi, confirm boleh dapat  tapi, kalau tidak berkabel, tunggulah kamu sampai 10 tahun barulah dapat. Bukannya aku pesimis tentang benda ni  tapi dominannya begitu. Kabel bagus, okay boleh jalan. Tiada kabel, melangui la kamu!
google


Mungkin rezeki dia, dia yang dapat. Okay, itu aku akui, rezeki Allah tu kalau DIA cakap DIA mau bagi, tiada siapa dapat halang. Aku tidak persoalkan cuma, kasihanilah orang lain yang lebih memerlukan. Kalau dia orang tempatan, aku tidak kisah, masih ada saudara mara tapi kalau macam kawan aku tu perantau yang tidak ada saudara terdekat,  jaga anak seorang-seorang, bukankah itu sangat menyedihkan? atau lebih sadis , kawan aku yang meninggalkan anak berumur 3 bulan dan suami di kampung kerana tempat bertugas jauh di pedalaman sana? 


Bila dikata, perkhidmatan masih diperlukan di sini, di situ kita jadi bisu. Diam seribu bahasa. Siapalah kita untuk bersuara. Nampaknya suara hati kita masih belum didengari sama seperti kuasa beli kita yang semakin tinggi tapi harga barang lebih tinggi dari pendapatan!

p/s Macamana mahu mencapai sasaran 70 juta penduduk kalau suami isteri dipisah-pisahkan????

Tuesday, 24 May 2011

~u never know how stong u r, until being strong is da only choice u have~


google

Im a Sabahan.  Im a Sabahan Blogger. Aku anak jati Sabah yang merantau di bumi Kenyalang. Selalunya, orang akan tanya aku begini:
Kamu memang minta posting sini (Sarawak)?
Jawapan aku: Tidak, bukan, nehi, nehi nehi.
Masa isi borang posting tu, aku memang tulis tempat pilihan posting adalah di Sabah atau lebih jelas lagi, aku tulis Kota Belud, tanah kelahiran aku. Tapi, nasib tidak menyebelahi aku dan kawan-kawan yang sama bach, kami dapat unexpected result. Kami ingatkan bach kami akan di posting  di Sabah since bach before  kami untuk KPLI dipostingkan di Sarawak. Then, bila keputusan keluar, ramai yang menangis, marah, geram dan tidak puas hati termasuklah aku sendiri.
Result aku tu, suami yang check. Jadi, macam masam-masam manis rasanya. Yang baiknya, aku sudah dapat posting dan kerja tetap lepas itu. Tapi yang tidak baiknya ialah aku jauh dari keluarga, tunang ( masa tu belum kahwin lagi) dan kawan-kawan. Its damn hard! Mata bengkak menangis non-stop sebab tidak sanggup jauh dari orang-orang tersayang. Aku hanya ada masa 3 hari yang sebelum berhijrah ke Kuching. Susahnya untuk bersikap positif dan sukarnya untuk terima yang everything happens for a reason.
google: Im watching the  new world

Antara mahu atau tidak, antara rela atau tidak akhirnya., aku pergi juga ke Kuching for my first posting as a teacher. Macam lagu ‘Separuh jiwaku pergi’ nyanyian Anang, macam tu jugalah rasa aku masa aku tinggalkan Sabah. Sedihnya bukan aku seorang saja malah ada puluhan kawan-kawan aku yang lain. Ada yang dapat Sibu, Miri, Bintulu dan Betong.
Ramai yang cakap, lucky me sebab dapat Kuching. Semua facilities ada dan senang untuk access lebih-lebih lagi dekat dengan airport. Yang lain tu, ada kena hantar di pedalaman, naik bot, naik kereta berjam-jam lamanya barulah sampai di destinasi. Poor them.


google: aku suka gila dengan phrase ni.;D

Masuk tahun ke-2, aku masih di sini. Semakin tabah,  semakin  banyak tahu tempat menarik, semakin faham cakap kuching, tapi aku semakin kuat nangis (oh, ni sejak dua bulan ni maka, adakah aku masih boleh dikategori sebagai tabah?). Aku ada di sini sebab adanya sistem integrasi nasional yang mahukan perkongsian dan penyebaran ilmu antara pendidik menjadi lebih kreatif.  Dan salah satu sebab yang paling common ialah kalau mahu jadi cikgu, kena rela diposting ke mana saja walau tempat tu dalam hutan atau di tengah pulau. Terima saja seadanya.
Esok, keputusan perpindahan antara negeri akan keluar. Untuk kawan-kawan aku yang ada isi, harap-harap kamu dapat berita baik. Kalau gagal, terima saja seadanya. Cuba lagi hujung tahun nanti. Aku tidak isi pun borang tu. Tapi sekarang, nyesal tidak sudah. Aku mahu pindah juga. Mahu dekat dengan suami, dekat dengan keluarga. Tapi, adalah mustahil untuk dapat kedua-duanya. Dalam hidup, mesti ada kos melepas kan? jadi, aku pun putih mata.

p/s hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, bagus lagi di negeri sendiri. oh!! aku mahu balik Sabah.

Monday, 23 May 2011

~Sinopsis Cerita Marimar Telenovela~




google
 

Siapa minat cerita Marimar? angkat tangan? aku tau, orang pertama angkat tangan:  kak sumarni. hahaha.
Sekian lama aku tengok cerita Marimar ni dari episod pertama hingga sekarang, adalah aku miss dalam dua tiga episod tapi, hutang tu sudah tertunai dengan adanya you-tube. hihi.
Sekarang ni, cerita Marimar sudah sampai ke episod Angelica yang sudah berubah. Kononnyalah. Dan kerana adanya perkataan konon ni la, hati aku tu jadi tidak puas hati. Aku cari sinopsis ceritanya. Itulah namanya 'ketidaksabaran' sebagai aku. Cari punya cari, aku pun dapatlah sinopsis ceritanya sampai habis. Yes! puas hati aku..;D 
Sinopsis ni panjang, jadi sabarla saja lah kalau masih ada perasaan teruja utuk tahu cerita Marimar ni.
okay, sekarang layanlah sinopsis ni:
google

SINOPSIS Telenovela ‘Marimar’ Philipine Version
Gustavo Aldama, seorang pengusaha kaya, menikahi seorang wanita bernama Lupita walaupun ketidaksetujuan ibunya tentang hubungan mereka. Hal-hal menjadi lebih rumit ketika Lupita melahirkan anak Gustavo, yang ia namakan Marimar. Dolores, ibu Gustavo, percaya Lupita kahwini anaknya hanya untuk harta mereka dan cuba melakukan segala galanya untuk memisahkan mereka berdua.

Dolores memberikan ubat kepada Lupita dan mengupah seorang lelaki, dan menyiapkan mereka untuk membuatnya terlihat seperti Lupita menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Gustavo terasa hancur mendapati Lupita “tidur” dengan lelaki lain, tidak diketahui bahawa itu adalah rancangan oleh ibunya sendiri. Dolores kemudian menuntut Lupita untuk meninggalkan keluarga mereka dan tidak pernah kembali.

Sudah terlambat, ketika Gustavo tahu pengkhianatan ibunya. Ia tidak boleh lagi mencari Lupita, yang telah bersembunyi bersama-sama dengan putrinya. Lupita ber janji bahawa suatu hari Marimar akan menuntut apa yang menjadi hak miliknya. Sementara itu, Gustavo meninggalkan orang tuanya dan memutuskan untuk tinggal sendirian di Manila, tidak kehilangan harapan bahawa suatu hari, ia akan menemui isteri dan anak perempuannya.

Tujuh tahun berlalu, namun usaha Gustavo untuk mencari Lupita dan Marimar tetap sia-sia. Suatu hari, Esperanza sepupunya mengunjunginya, membawa dengan berita kedua orangtuanya kemalangan. Walaupun perasaan sakit hati terhadap ibunya, Gustavo pulang untuk akhirnya menutup masa lalunya.

Ketika melawat makam orang tuanya, Silva, seorang teman Lupita, datang untuk memberitahu keberadaan Lupita dan Marimar. Gustavo tidak membuang-buang waktu dan pergi untuk menyatukan kembali dengan keluarganya. Lupita mengampuni Gustavo, untuk menyenangkan Marimar yang sangat gembira untuk akhirnya bertemu ayahnya.

Dalam perjalanan mereka kembali ke Manila, pesawat penumpang yang mereka naiki crash ke laut dan memisahkan Marimar dari orang tuanya. Gustavo sekali lagi kehilangan keluarganya setelah dia telah berusaha keras untuk membina semula. Lupita kemudian ditemui mati, tetapi Marimar tidak diketahui.

Marimar yang terdampar di sebuah pulau terdekat. Dia ditemui oleh seorang pasangan tanpa anak, Lola Cruz dan Lolo Pancho, dan setelah mengetahui bahawa Marimar menderita amnesia, memutuskan untuk menjaga Marimar seperti cucu mereka sendiri. Lola Cruz memanggilnya Marimar setelah melihat nama di kalung Marimar. Marimar bertemu dengan Angelika, dan mereka menjadi teman bermain di pantai. Namun, Marimar dan Angelika mulai berkelahi ketika Angelika jatuh dan patah lengannya, dan menyalahkan insiden itu pada Marimar.
google

Marimar kemudian tumbuh menjadi seorang wanita muda yang ringkas dan naif, yang hidupnya rumit dan tersiksa bermula ketika dia bertemu, jatuh cinta, dan bersetuju untuk berkahwin Sergio Santibañez, untuk alasan membalas dendam terhadap ayahnya Renato dan bekas kekasih Sergio, Angelika, teman masa kecil Marimar, yang telah menjadi ibu tiri barunya. Marimar kemudian menjadi mangsa pada kekejaman Angelika di rumah Santibañez. Ini bermula rasa kebangkitan kenyataan pahit dari cintanya untuk Sergio terhadap dirinya.

Nasib mula menyokong Marimar ketika ia memutuskan untuk meninggalkan San Martin de la Costa setelah menderita banyak dari rumah Santibañez dan kematian datuk-nenek angkatnya dari api di bawah perintah Angelika . Marimar menukar namanya menjadi Bella. Di bandar, ia melahirkan seorang bayi perempuan cantik yang dia bernama Cruzita sempena neneknya Lola Cruz. Marimar tidak membenarkan Sergio, untuk melihat anaknya Cruzita, dan membuat Cruz percaya bahawa Sergio telah meninggalkan dia ketika dia pergi dalam urusan perniagaan.

Setelah bertahun-tahun mencari, Gustavo akhirnya bertemu Marimar, tetapi kerana Marimar telah menukar namanya menjadi Bella, Gustavo tidak mengenalinya. Natalia, seorang gadis gila dan bercita cita tinggi dari Costa dela San Martin yang juga membenci Marimar ketika dia masih tinggal di Villa Santibanez, telah merampas loket Marimar sebelum meninggalkan Villa Santibanez, dan loket itu pula yang akan membuktikan identiti puteri Gustavo yang hilang dan ahli waris. Natalia mula berpura-pura menjadi putri Gustavo yang hilang, namun penipuan nya tidak berlangsung lama sebagai memori Marimar yang hilang kembali dengan Natalia nanti terbukti penipu. Gustavo akhirnya mengakui Marimar sebagai putrinya, namun ia meninggal kerana serangan jantung , meninggalkan kekayaan yang tak terhitung dari Aldamas padanya. Dengan bantuan nya Tia Esperanza dan temannya Innocencia, Marimar pergi ke Amerika Syarikat dan benar-benar mengubah dirinya dari seorang gadis miskin dan naif ke Bella Aldama kaya dan canggih.

Ketika dia kembali ke Filipina, Marimar bertemu Rodolfo San Jinez, seorang pengusaha yang bercadang untuk menikahinya kerana syarikat keluarganya itu kehilangan wang. Rodolfo menjemput dia ke party dirumahnya sebagai tetamu kehormatan. Tidak diketahui Marimar, yang sekarang dikenali sebagai Bella, Sergio juga pergi ke pesta. Sergio tiba-tiba melihat Bella dan mengakui dirinya sebagai Marimar. Sergio mengatakan kepada Rodolfo bahawa Bella adalah isterinya, tetapi Rodolfo berfikir itu tidak mungkin. Marimar kemudian menolak San Jinez pada hari pernikahan mereka dan membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa dia masih mencintai Sergio.

Sementara itu, apabila Santibañez Villa mulai jatuh, Angelika kembali dari luar negeri dengan membawa Renato yang memori nya semakin melemah ke rumah mereka di mana dia “mengurus” Renato. Tanpa diketahui Renato, Angelika meletakkan “ubat” dalam makanan Renato, untuk melemahkan ingatannya. Renato menyedari bahawa Angelika bertanggung jawab atas kehilangan wang dari syarikatnya. Angelika pergi ke Manila untuk satu auction tetapi Marimar, sebagai Bella Aldama, muncul dan terjadi konfrontasi. Kerana dendam Marimar , Angelika kehilangan segalanya kepada Marimar. Angelika kembali ke Villa Santibañez dan menghantar suaminya ke rumah sakit jiwa. Namun, Renato sudah melarikan diri dari rumah sakit sebelum Angelika dan kakitangannya itu muncul. Nicandro, seorang pekerja di bawah Angelika, menembak Renato atas arahan Angelika.

 Renato dibawa oleh Dra. Rhia untuk disembuhkan. Renato akhirnya bersatu dengan Sergio dan balas dendam pada Angelika. Marimar membeli Villa Santibañez dan menghina Angelika semasa berlawan, Angelika tidak sengaja menusuk mata kanannya sendiri. Banyak run-in antara Sergio, Marimar, dan Rodolfo berlaku. Akhirnya, Marimar sekali lagi memutuskan untuk meninggalkan negara untuk mengatur hidupnya kembali. Namun, Rodolfo menculik sebelum ia boleh pergi. Sergio kemudian menyelamatkan Marimar dari penculik, tapi Rodolfo tak sengaja menembak Marimar ketika ia bermaksud menujukan kepada Sergio. Secara tidak sengaja akhirnya ketiga tiga mereka tertembak tapi tidak parah. Rodolfo dibawa ke rumah sakit untuk kemudian diadili dan penjara.

Setelah hatinya lama mencari, Marimar memutuskan untuk memaafkan Sergio dan bersatu kembali. Kemudian, Marimar bertemu Vanessa May, iaitu kekasih ayahnya Gustavo sewaktu ia dipisahkan dari Lupita, Vanessa mengatakan bahawa dia ingin mencari putrinya yang hilang itu dan ternyata ialah Angelika – saingan Marimar. Tidak diketahui Marimar, Angelika merencanakan kejatuhan pewaris Aldamas untuk mendapatkan Sergio. Angelika bertanggung jawab atas pembunuhan ibunya sendiri, Vanessa May, dan Esperanza. Dia mengugut Marimar atas pembunuhan Esperanza. Sergio dan yang lain tahu bahawa Angelika adalah yang bertanggung jawab atas pembunuhan tetapi tidak dapat menemukan bukti yang memberatkan terhadap dirinya kerana Angelika mempunyai pisau dengan cap jari Marimar dan blouse dengan darah Esperanza. Angelika menculik Marimar supaya dia boleh membunuh Marimar. Angelika memberitahu Marimar dialah yang membunuh Esperanza.

Nicandro dan Diego menyelamatkan Marimar dari rancangan Angelika untuk membunuh Marimar dan mereka berbohong kepada Angelika tentang kematian Marimar . Rancangan Angelika gagal tapi dia menyediakan perangkap lain untuk Marimar. Angelika mencari Marimar sehingga mereka bersemuka untuk menyelesaikan segalanya. Angelika menembak Marimar berulang-ulang, tapi Maarimar bertahan kerana baju anti peluru nya. Marimar menyedari bahawa Angelika tidak akan berhenti untuk menghancurkan dia dan keluarganya sehingga dia memutuskan untuk akhirnya melawan kembali Angelika. Setelah beberapa siri campur tangan polis, Angelika yang terlibat dalam tembak menembak dan kemudian ditangkap. Dalam insiden itu, Marimar telah dibelasah Angelika dan cedera parah. Setelah pengalaman menjelang kematian yang mengerikan, Marimar tetap bertahan dengan keajaiban. Sementara itu, Renato mengkhianati Nicandro kepada polis dan sekumpulan polis menembak Nicandro sehingga mati sebelum dia boleh cuba untuk melarikan diri dari mereka.

Satu bulan kemudian, selepas Marimar pulih , dia bersama-sama dengan Sergio dan rakannya, pergi ke sidang mahkamah di mana Angelika berada dalam tahanan. Juri mendapati Angelika bersalah kerana melakukan pembunuhan. Sergio dan Marimar mengadakan makan malam syukur dengan keluarga dan teman dekat selepas sidang. Sementara itu, Renato pergi ke penjara di mana Angelika dihukum dan memberikan hadiah (berupa wang) dan memberi “izin” kepada warden di mana Angelika ditempatkan. Sebuah “izin” dari Renato adalah supaya Angelika disiksa di penjara dan dia memberikan tanda bakar dengan nama Marimar di atasnya di mana Renato mengatakan kepadanya bahawa tanda bakar juga merupakan “hadiah” dari Marimar dan Renato terus menyakitinya bersama-sama dengan banduan wanita yang turut menyertai untuk menyakiti Angelika.

Sergio dan Marimar mengumumkan bahawa mereka akhirnya akan berkahwin dan Marimar memberikan kembali kepada Renato Villa Santibañez. Sementara itu, bapa angkat Angelika melawat Angelika di penjara dan dia merancang untuk melarikan Angelika dari penjara dan Angelika boleh bekerjasama dengan nya untuk merosakkan perkahwinan Sergio dan Marimar. Angelika berjaya keluar bersama-sama dengan banduan lain setelah sebuah bom diletupkan untuk membuka dinding. Tanpa menyedari bahawa Angelika telah melarikan diri dari penjara, Marimar dan Sergio mempersiapkan pernikahan mereka.

Pada hari pernikahan, Angelika memukul Arturo, meletakkannya di dalam Bagasi kereta, dan menyamarkan dirinya sebagai pemandu, menggantikan Arturo. Sergio, bersama-sama dengan Cruzita, memandu kereta yang kini dipandu Angelika untuk pergi ke gereja. Angelika menculik Sergio dan Cruz kemudian memberikan Marimar pilihan dari dua “hadiah khas”. Dia telah menyuruh Marimar pergi ke sebuah pantai di mana dia memanggil Marimar di telefonnya. Dia memberitahu Marimar untuk memilih hadiahnya: Kehidupan Sergio atau Cruzita . Angelika telah meletakkan Sergio dan Cruzita dalam dua perahu yang berbeza dengan bom diikatkan ke dada mereka. Marimar ke laut dengan sebuah perahu ketiga yang disediakan oleh Angelika dan akhirnya memutuskan untuk menyelamatkan Cruzita. Begitu dia mendapatkan putrinya, Marimar menembak orang suruhan Angelika dan mendapatkan Cruzita dan melompat ke dalam air saat bom yang diikat ke dada Cruzita hampir meletup . Mereka berenang ke pantai tanpa diketahui oleh Angelika. Marimar dan Cruzita terkejut dengan apa yang baru saja terjadi pada Sergio. Marimar Cruzita mengatakan bahawa dia harus berani dan kuat walaupun tanpa Sergio, kemudian Marimar menyembunyikan Cruzita dan mengatakan bahawa dia akan kembali untuknya.

Sementara itu, Sergio tidak mati dalam letupan . Tepat sebelum waktu yang ditetapkan di bom habis dia mampu menjatuhkan orang suruhan Angelika , lepaskan bom dari badannya dan melarikan diri dari perahu. Marimar pergi untuk menghadapi Angelika. Orang suruhan Angelika tidak dapat mengesan Marimar dan akhirnya Marimar datang menemui dan bergaduh dengan Angelika. Tidak diketahuinya , Sergio juga di daerah tersebut dan melawan orang suruhan Angelika yang masih berlegar. Ketika bapa angkat Angelika telah mendapatkan Sergio dan mengacu senjata, Renato menyelamatkan anaknya dengan menembak Bapa angkat Angelika itu. Sergio diberitahu Renato bahawa Marimar ada di daerah itu dan Sergio segera pergi untuk menemuinya. Sementara itu, Marimar dan Angelika berjuang di helikopter Angelika yang mahu berlepas . Sergio mampu mencapai helikopter sebelum ia benar-benar berlepas. Marimar menolak Angelika keluar di mana ia jatuh ke bawah di sungai di penuhi buaya. Angelika yang berdarah dipaparkan diseret dan tampaknya dilahap oleh buaya. Sergio naik ke helikopter, dia dan Marimar bertemu kembali.

Episod itu diambil pada hari perkahwinan itu sendiri. Setelah patah hati dan kesedihan, air mata dan penderitaan dan kematian Angelika, dua kekasih akhirnya berkahwin di tengah teman-teman dekat mereka dan orang-orang tercinta.

Episode akhir Marimar, “Perkahwinan Sergio dan Marimar “, penggambaran hari perkahwinan mereka disiarkan secara langsung pada tarikh 14 Mac 2008. tempat itu di San Agustin Church, LIVE SHOW dan ditayangkan di negara Philippines, China, Hawaii, Singapore dan Malaysia.

Ribuan terima kasih kepada pemilik blog ini :http://wwwnorazuwaniabas129240.blogspot.com/2011/03/marimar.html


~erti sebuah pelukan~


google: ooohh kucing peluk bear.hahaha

Masuk kelas jaga murid sebab minggu ni minggu exam. Aku bagi mereka lukisan untuk diwarna. Aku pesan dengan mereka supaya duduk buat kerja dan jangan kacau kawan. Lepas tu bila mula ramai yang sudah siap, mulalah mereka kacau kawan lain. Lepas tu aku, cakap macamlah ni:

Aku: Tolong jangan kacau kawan awak yang buat kerja. Tengok Faiq ( bukan nama sebenar ), dia buat kerja, dia tak ganggu kawan pun.

(Faiq senyum. Manis senyuman dia. Oh, kalau sudah besar, boleh aku jodohkan dengan anak aku. Hahaha. Berangan sungguh si pengantin lama ini.

Tiba-tiba, ada seorang murid bercakap:

Azwan ( bukan nama sebenar ) : Faiq ada kacau saya tadi, cikgu. Dia datang tempat saya dan peluk saya.
Aku: hah, peluk awak? Kalau peluk tak apalah itu tandanya dia sayang awak.

Semua murid ketawa.

Tapi, seorang pula yang bersuara lagi:

Udin: kalau peluk perempuan, sayang juga ke, cikgu?

Aku terdiam. Anak muridku memang kreatif.

Aku: yala, awak kena sayang kawan awak tapi, awak tak boleh peluk kawan perempuan awak sebab awak lelaki. 

Kelas terus bising dengan ketawa mereka.


Aku terdiam. Berfikir. Betulkah jawapan aku tu? Apalah yang kanak-kanak 8 tahun tu boleh faham erti sebuah pelukan?? Bagi mereka, pelukan itu tanda mereka disayang dan dilindungi. Bagi kita orang dewasa ini, aduhai, banyak sekali maknanya!

p/s jangan lupa peluk ibu, bapa, adik, kakak, abang, kawan atau orang yang kamu sayang. Siapa tahu, itu adalah pelukan pertama dan terakhir kamu untuk mereka.
google:comel gila!

Sunday, 22 May 2011

~skandal baru~




skandal lama aku

Skandal? kalau sebut pasal skandal saja., ramai yang akan menginterpretasikannya sebagai ada 'sesuatu' di situ. Di sana sini, kita selalu disuakan dengan cerita begini dan sudah tentu kebanyakkan orang bersikap sinikal dengan keadaan ini. Paling dekat artis kita. Sana, sini, atas, bawah, kiri, kanan skandal di mana-mana. Dan yang paling hampir ialah orang sekitar kita dan contoh paling jelas ialah jika ada kawan / kelauarga yang selalu dekat dengan kita punya skandal dengan orang lain.

Setiap orang ada jalan hidupnya sendiri. Allah sudah pun atur perjalanan tu dari Loh Mahfuz lagi sebelum kita diberi nafas hidup di dunia. Bila skandal terjadi di kalangan orang rapat kita, mulalah kita sok sek sok sek. Bertanya kenapa, membuat kesimpulan sendiri, tidak kurang ada yang mengutuk, menghina dan sesuka hatinya menghukum seseorang.

google
Oh, sebelum ini, aku juga bersikap begitu terutamanya bila terbaca cerita artis dalam majalah / surat khabar atau pun terdengar gosip-gosip kawan-kawan punya skandal lain sedang mereka juga sudah ada yang punya. huh! Berapa kati dosa yang susah aku buat? Al-maklumlah, umum terlalu pesimis terhadap perkara ini. Tapi, hari demi hari, perjalanan hidup yang aku lalui buat aku banyak berfikir. Baik sangatkah aku untuk menilai orang lain sedangkan bukan aku berada di tempatnya?

Pengalaman bekerja di Mah. Syariah dulu banyak beri aku pengajaran tentang erti hidup berumahtangga. Kes-kes perceraian yang berlaku bikin aku putus asa dan takut untuk melangkah ke alam baru itu. Setiap kali kes dibicarakan, ada masanya aku pun turut menitiskan airmata bila mata lafaz cerai dilafazkan oleh suami terhadap isteri. Yala, setahu aku, Bergegar tiang arash bila suami menceraikan isteri dan perkara halal yang dibenci Allah adalah perceraian. Alhamdulillah, dengan kronologi hidup yang begitu jugalah aku cuba berdiri, hidup dengan penuh baik sangka seperti kata bekas majikan aku dulu: Insyallah, berbaik sangka dengan Allah, semua itu ujian, Banyakkan bersabar dan jangan mudah lupa diri. Besar makna kata-kata dia.


google

Dominannya, skandal yang tidak dapat ditamatkan dengan segera akan membawa kepada putusnya hubungan dengan pihak yang satu lagi. Kalau sudah punya suami / isteri / tunang / teman tapi mesra tapi masih juga punya hubungan dengan orang lain, sudah tentu ia akan menyakitkan pihak yang satu lagi. Ada sebahagian lelaki yang belum berkahwin ( bukan semua ya ), mereka akan simpan 'spare tyre'  seramai yang mungkin sebelum mereka pilih mana satu pasangan hidup mereka. Ada juga yang sudah ada calon isteri tapi masih ada calon isteri pura-pura yang digunakan ketika sunyi. Misalnya bercinta cuma masa di kampus supaya ada 'kuli' untuk membuat assignment / study group atau untuk 'isi poket' tapi cinta tamat bila sudah bergelar graduan. Bersyukurlah dengan sesiapa yang berjaya bercinta dari sekolah / kampus hingga ke sempurnanya lafaz aku terima nikahnya. Kamu memang beruntung!

google
Lelaki dan perempuan sekarang bagai tidak ada beza. Semakin ramai yang gagal dalam perhubungan. Aku bukan bersikap feminis dan bukan juga berpihak pada si maskulin. Sebab, kita juga tidak boleh menyalahkan lelaki saja atau perempuan saja. Aku ada kawan lelaki yang setia gila dengan kekasihnya tapi si kekasih pula bermain kayu tiga. Aku juga pernah ada kawan perempuan yang setia sampai lupa yang lelaki itu lidah bercabang. 

Tambah lagi, kawan lelaki yang dulunya perangai macam setan berjaya pula kahwin dengan perempuan yang baik-baik. Kawan perempuan yang liar senang pula untuk berkahwin malah murah pula rezeki anak dan kerjayanya. Sedangkan ada orang yang sudah berkahwin bertahun-tahun, sangat liat untuk mendapat zuriat. Tengoklah, berapa persoalan yang selalu buat aku berfikir. Maka, kalau kamu mengimpikan lelaki paling seperti Akashah dalam cerita Lagenda Budak Setan, mungkin dalam 100 orang hanya ada seorang seperti dia. Kalau ada perempuan baik seperti Siti Amina dalam cerita Nur Kasih tu, sekali lagi kamu memang beruntung. Dan, aku selalu berharap, kehidupan ini akan indah kalau semua orang punya pasangan seperti itu tapi,kalau semuanya dapat apa yang diinginkan, sudah tentu kita sekarang berada di dunia lain!

google

Klisenya, setiap orang terlalu mudah untuk terdedah dengan skandal yang mungkin akan mengagalkan sesebuah hubungan.  Mungkin menyakitkan hati orang lain. Mungkin boleh menyebabkan insiden pembunuhan kerat-mengerat atau menggunakan asid bertambah statistiknya. Aku beristighfar, semoga aku, keluarga dan pembaca blog ini diberikan hidup yang baik-baik saja. Walau hidup kita sukar tapi, laluinya dengan penuh tabah. Berdoalah selalu agar apapun cabaran yang kamu lalui, kamu masih kuat, tidak putus harapan terutamanya pada Tuhan dan ingat apa tanggungjawab kamu pada Allah dan manusia. ' To know- to do' ( misya mialen, May 2011)



skandal baru
 p/s gambar skandal lama dibeli tahun lepas dan skandal baru dibeli tadi pagi.. ini skandal kalau suami tidak ada.kahkah.






Saturday, 21 May 2011

~fikir sebelum beli~

google

Bosan sungguh hari aku kalau hujung minggu begini. Makan, minum, buka tv hanya utk membisingkan rumah tanpa memberi fokus dan check email, fb, dan blog saja. Mau keluar, mana tau dapat tengok Nur kasih da movie yang sekarang tengah hot. Tapi, aku masih lagi susah untuk keluar sendiri. Kurang teruja kerana bagi aku berjalan seorang diri itu buat aku kelihatan macam orang yang hilang hala tuju. Oh, jangan silap pula. Itu diri aku. Bukannya aku melihat orang begitu. Ada orang lain yang selesa memilih berjalan sendiri tanpa teman. Kata mereka: senang membuat pilihan ketika membeli kerana tidak ada pengaruh untuk membeli barang yang ini dari yang itu.
google

Bercerita tentang memilih barang untuk dibeli, ada beberapa persoalan yang kadang-kadang terkena batang hidung aku sendiri.



Situasi pertama aku cerita begini:

Kamu mahu beli barang yang ini sebab bagi pendapat kamu, ia sesuai dengan kamu dan  sesuai juga dengan pendapatan kamu. Tapi ada kawan yang bagi pendapat yang barang itu tidak sesuai dengan kamu dan kurang kualiti then, dia suggest barang lain yang lebih expensive malah exceed ur money. Jadi, apa tindakan kamu di sini? Beli  barang kurang kualiti atau beli barang berkualiti tapi mahal sampai u dun have enough money to buy it atau kamu terus termakan kata kawan kamu yang katanya 'alah membeli menang memakai'? 

Situasi kedua: Kamu beli barang yang memang sudah lama kamu angankan. Bak kata orang indon; suka banget dong. Then, a few days later, kamu dapat tahu yang musuh kamu beli barang yang sama. Kamu bengang dan kata dalam hati ' apa yang aku beli, itu juga dia mau beli ' so, apa yang kamu mahu buat? pakai terus barang yang kamu idamkan itu sambil set dalam minda kamu ' aku yang pakai dulu jadi, kira aku la trend setter ' atau kamu terus simpan barang tu dalam almari bermangga seberat 5 kg. Sebab kamu tidak sanggup dianggap 'kembar' tidak seiras dengan musuh kamu.
google

Situasi ketiga: Kamu nampak orang yang pakai baju / tudung / seluar tu comel amat. Maka, kamu pun terus teruja untuk beli. Tapi, malangnya bila kamu pakai baju / tudung / seluar tu, muka kamu tidaklah secomel orang yang kamu nampak tu. Malah, kamu nampak agak gemuk dan lebih rendah dari biasa.Jadi, apa kamu buat dengan baju / tudung / seluar yang kamu beli tu? simpan, buang atau beri saja dengan kawan kamu yang nampak lebih comel memakainya?

Situasi ke-empat: Kamu beli barang tu ambil dan bayar tanpa tengok tarikh luput yang sudah hampir tamat dan kalau yang muslim, kamu abaikan sama ada barang tu ada tanda halal atau tidak. Atau kamu nampak ada tanda halal di barang itu tapi dari negara jiran lain dan ada tulisan ha lam alif lam saja atau kamu nampak ada cop halal dari JAKIM Malaysia tapi ia lebih mahal dari yang ada tanda ha lam alif lam saja?
google

Baca dan fikir. mmm.. 

~Tips memenangi hati wanita~

Pandang skrin laptop, berpinar-pinar rasanya. Berpusing tidak sudah. Pejam mata sambil bermonolog sendiri. Kenapa pening? Kalau ada kawan di sisi sekarang ni dan aku bertanya ' kenapa aku rasa lain semacam dan pening ni? ' aku gerenti, si kawan akan jawab,' haaa..mengandung la tu '. mmm. dominannya begitu. Kalau la masin bagai dikata. Aku akan jawab dengan 'AMIN'. & berapa ramai yang membaca entri ini maka, sebanyak itu jugalah yang secara automatiknya akan mendoakan aku hamil. Ya, kata-kata itu merupakan satu doa. 

Berhenti sekejap menaip di keyboard. Tarik nafas tapi tersekat-sekat. Bukan seperti mahu mati tapi tiba-tiba selesema. Pening dan selesema gandingan rasa yang kurang menyenangkan. Kalaulah ada dia di sisi sudah tentu sakit tu bertambah-tambah sebab sengaja minta perhatian lebih. hahaha. Memang suka begitu, bukan? Jangan tipu. Tapi bila dia jauh, aku belajar untuk berdikari. Sakit pun buat tidak sakit. Kalau dilayan dan sakit makin kronik, aku akan menggangap aku akan buat dia susah hati. Kesian dia.

Baiklah. Kita maju ke perengan seterusnya. Bercakap tentang minta perhatian. Jujurnya, aku rasa ramai yang sukakan perhatian lebih dari orang lain atau paling common pun dari someone special yang dipanggil suami. As a women, kita dijadikan dari tulang rusuk adam yang selalu mahu disayangi, kan? dan ini a part of how to make ur women get a special attention from u. okay, here we go:
google

Bersalam: Perkataan yang ringkas tapi bagi aku ada maksud yang sangat mendalam. Bila kamu sampai di rumah, bersalamlah dengan ur wife. Selalunya, isteri yang salam dulu kan, jadi selepas dia salam, beri sedikit kucupan di dahinya. Sikit saja & jangan lebih-lebih. Kalau lebih pun, biar semuanya sudah sedia. Aku harap kamu faham. Bila bersalam, tapak tangan kamu akan bersentuhan dan bila kedua-duanya bersentuhan maka, ada  aliran nikmat di situ. Masih ingat tidak kalau aku cakap, air wudhuk akan terbatal sekiranya tapak tangan tersentuh kemaluan tapi ia tidak terbatal sekiranya tersentuh dengan belakang tapak tangan. Lihat, bagaimana sentuhan tapak tangan itu begitu bererti. Oleh itu, jangan pernah lupa untuk bersalam untuk memupuk perasaan sayang dalam hubungan kamu dan isteri kamu pasti akan tersenyum selepas kamu mencium dahinya. 


Bertanya: Senang saja. Bertanyalah tentang perkara yang telah dia lakukan seharian. Biarkan dia bercerita. Kalau dia ketawa, ketawalah bersama-sama walaupun kamu tidak faham kenapa dia ketawa. Dengar dengan penuh rasa empati. Tunjukkan riak muka yang terkejut atau dahi berkerut bila dia kata dia marah dan geram. Bertanyalah seterusnya  kenapa. Pandang matanya. Anggukkan kepala tanda kamu faham apa yang dia ceritakan. Selepas dia bercerita, beri komen atau pendapat. Ceritakan pula tentang kamu. Apa saja. Kongsikan dengan dia. Biar dia mendengar. & paling penting, berjenakalah ketika bercerita. Perempuan suka ketawa jadi, buatlah lawak. Jangan serius sangat. Nabi Muhammad adalah contoh yang paling dekat sebagai suami yang sangat pandai bergurau-senda dengan isteri-isteri baginda. 
google


Jangan menyalahkan: Kalau tiba-tiba isteri buat salah, jangan pernah kata ' tu lah, saya sudah cakap tadi, jangan itu..jangan ini '. Itu buat perempuan terasa. Kalau dia tidak tunjuk tapi dalam hati dia kecil hati. Perempuan selalu ingin dilindungi. Jadi, kalau dia buat salah, beri masa untuk dia buat penjelasan, luahkan rasa hati dan barulah kamu buat teguran. Teguran yang membina bukan teguran yang buat dia rasa dialah paling bodoh dan tidak boleh harap. Perempuan walau sekeras manapun tapi, kalau diberi teguran secara baik pasti dia akan ingat juga teguran tu terutamanya bila dia sudah bersendirian.

Minta maaf: Sikap suka meminta maaf paling sukar dibuat oleh kebanyakkan orang. Jangan marah kalau aku cakap, lelaki dominan tentang perkara ini. Sebab lelaki mahu jaga ego. Dulu, bekas cikgu aku pernah tanya soalan 'siapa rasa diri dia ego, sila angkat tangan'. Masa tu dalam kelas. Ada beberapa orang saja yang angkat tangan. & Ramai yang tidak angkat tangan. Lepas tu cikgu aku buat konklusi 'siapa yang tidak angkat tangan tu, dialah orang paling ego'. Damn, aku pun terkena. hahaha. Selalunya orang ego tidak akan mengaku dia ego. Jadi, ringan-ringankanlah diri kamu untuk minta maaf kalau kamu buat silap. Misalnya: kamu lupa untuk membelikan ikan sardine yang dia kirim. Oh, itu perkara kecil kan? Hei, kadang-kadang perkara remeh seperti inilah yang akan perempuan ingat. Lepas kamu minta maaf pastikan kamu tidak lupa beli lain kali.
google

Pujian: Mari buat post-mortem, berapa ramai perempuan yang tidak suka dipuji? angkat tangan. Ok cuba kamu puji seperti ini ; eh, lawanya baju hari ini. Gerenti, dia akan senyum ceria dan akan ingat pujian kamu sampai bila-bila then, dia akan selalu pakai baju yang kamu puji cantik tu selalu. Percayalah.;D. Jangan lokek dengan pujian. Kamu tidak akan rugi apa-apa kalau puji masakan dia sedap atau air nescafe yang dia buat untuk kamu itu sedap macam ini 'halus' ( sila ingat iklan nescafe harith iskandar ). Kalau tidak sedap, tegurlah dengan baik secara bergurau. Misalnya kalau makanan itu termasin. Cubalah cakap macam ni 'eh, awak masak masin sangat ni, mau kahwin lagi ke? kalau macam ni, tak merasalah saya makanan awak yang sedap selalu'.  hahaha. 

Hadiah / pemberian: Anggap saja sebagai pemberian bukan hadiah. Kalau hadiah, orang selalu ingat benda yang mahal2. Selalulah memberi walau pemberian kecil. Misalnya berikan dia sebungkus coklat dan makanlah bersama-sama. Dia akan rasa dihargai lebih-lebih lagi kalau pemberian kamu itu, benda / barang yang dia sukai. Ingat tarikh-tarikh bersejarah kamu dan dia. Jangan lupa beri ucapan setiap kali hari itu tiba. Selalunya orang anggap benda ni remeh tapi tidak bagi perempuan. Bila bersama perempuan, lelaki selalu mengandaikan untuk membuat perkara-perkara yang besar barulah hati wanita terpikat tapi sebenarnya dengan membuat perkara kecil untuk membantunya sudah buat wanita terasa diambil berat oleh kamu. Kalau kamu berhajat memberikan dia pemberian yang tinggi nilainya, itu bonus untuk dia. Aku bukan bercerita tentang materialistik tapi ini sebagai guidance saja. Kalau tidak mahu bagi, cukuplah kalau sekali-sekala kamu buatkan minuman untuk dia, atau jemur baju yang dibasuhnya atau paling tidak pun kemaskan bilik tidur tanpa menunggu dia.
google

Bertanya khabar: Khas untuk yang Percintaan Jarak Jauh (PJJ).  Selalulah bertanya khabar. Bukan bererti kamu kena telefon atau SMS 24 jam. Tapi, hubungilah dia untuk kamu bertanya sudah makan kah belum sebagai tanda kamu mengambil berat. Kalau ada miskol dari dia, tolong hubungi dia semula secepat mungkin. Jangan biar dia menunggu. Perempuan tahap imaginasinya tinggi. Boleh saja dia berfikir macam-macam. Pastikan kamu update lokasi kamu supaya dia tahu kedudukan koordinat kamu. hahaha. Maksud aku, supaya perempuan atau isteri kamu tahu yang dia penting dalam hidup kamu. Seorang isteri tidak boleh ke mana-mana tanpa izin suami, kan? so, apa salahnya kalau isteri ambil tahu apa dan dengan siapa suami berdamping. PJJ banyak cabarannya. Jadi, selalu bertanya khabar amat penting selain kejujuran dan kesetiaan dari kamu.

Peluk: Rasanya ramai yang pernah dengar kata-kata dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah ini : Seorang suami yang memeluk isterinya sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan dipanjangkan umurnya 5 tahun. Beliau tambah lagi ada kajian di Amerika Syarikat mendapati pelukan suami akan dapat mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan isteri. Jadi, selalulah memeluk isteri kamu. Apatah lagi selepas kamu 'bersama'. Jangan terus tidur dan tidak pedulikan isteri. Pelukan tanpa tujuan mahu 'bersama' itu akan dapat beri isteri kamu rasa dia disayangi dan dilindungi selalu. Bila dia rasa dia disayangi dan dikasihi selalu maka, dia akan menyayangi kamu tanpa sempadan. Sebab tu la mungkin, bila suami pergi dulu dari isteri, isteri mengambil masa yang lama untuk kahwin semula atau tidak kahwin langsung. 

Alamak, terlebih susah. entri aku kali ini panjang berjela. aku ambil masa selama 3 jam untuk mengarang isi. Memerah otak dan mengimbas semula pengalaman. Terima kasih untuk suami yang beri pengalaman terindah hingga aku boleh buat entri ini. 

p/s tips kebanyakkan untuk suami isteri. dan bagi yang belum ada 'rumah' dan 'tangga', boleh guna kemudian.;D 


sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...