Thursday, 30 June 2011

challenge yourself day five: 10 wishes



Aku suka. Sangat bila bercerita tentang wish-wish segala ni. Tabiat suka berangan dari kecil tu masih kekal sampai sekarang. ;D  Misalnya: Aku akan melompat dengan gembira kalau ada cerita  ikan duyung vs little memaid tu main dulu dalam tv. Wah, bukan main semangat lagi terus ambil bantal cop baring depan tv. Lepas tu, bila mandi sungai, aku pun buat aksi macam ikan duyung. hahaha. Gila kau, kalau tiba-tiba aku jadi ikan duyung, bukankah itu akan jadi tragedi tergempar? Gara-gara selalu wish macam ni bila sudah berendam dalam sungai selalu wish macam ni: mesti best ni, kalau aku jadi ikan duyung: haih! palis-palis. Dan sekarang, aku masih lagi punya wishes yang banyak. Ada yang sudah tertunai dan masih ada yang tertangguh. Moga-moga ada rezeki, aku dapat apa yang aku mahu. Amin;D

CHALLENGE YOURSELF DAY FIVE : 10 WISHES

1) Baby. Aku mau baby. Mudah-mudahan aku pregnant  esok. hahahaha. Eh, kalau tidak besok, hujung bulan ni ka dan dapat baby untuk jadi pengikat kasih antara aku dan suami;D

2) Pindah. Ni aku mahu fight berhabisan untuk tahun ni. Mahu pindah duduk serumah dengan suami. Tempang rasanya suami tiada di sisi.


3) Pindah lagi. Pindah ke Sabah. Aku wish aku dan suami dapat pindah Sabah nanti. Aku target dalam 2 tahun dari sekarang. Kalau dapat awal lagi bagus. Who knows, rite? kami dapat pindah tahun depan.;D

4) Rumah: dapat buat / beli rumah yang akan jadi hak milik kekal aku dan suami.;D
5) Sambung belajar. MASTER. Kononnya lah. Kalau ada rezeki, alangkah gembiranya aku!
6) Bercuti ke Jakarta, Bandung, Korea, Jepun dan Umrah ke Mekah. Banyak lagi list tapi buat list yang rasa-rasa boleh dicapai dulu;D
7)  Hadiah 'something' (pssst) untuk suami yang sudah lama dia idamkan;D I  wish i could give it for u;D
8)  Aku wish dapat maintainkan berat ideal sampai bila-bila. Kalau naik pun, janganlah sampai over weight, janganlah sampai aku terpaksa lipat dan simpan bagus-bagus jeans dan baju-baju aku tu. ;D
9) Aku dapat buat bisnes yang berjaya. Misalnya: restoran / butik / salon, etc.;D
10)  Aku wish aku adalah pemilik kereta Ninja Cygnus V6 Putih. Naaa, itu dia. Terus pengsan!


Rupa Macam kucing

Gara-gara Bad Request dari blogspot, entri yang aku mahu update tadi terbengkalai begitu saja. Tapi, tidak apalah, sekarang aku sudah boleh update dengan tenang. KLIK SINI ent ri pagi tadi yang aku post. 

Semangat untuk mahu sambung semula entri tu sebab ada kisah di sebalik gambar yang aku letak situ. Sampai sekarang, aku masih ingat kata-kata seorang budak tu untuk aku masa aku masuk kelas tadi. Okay, cuba tengok gambar tadi,  abaikan jerawat merah aku tu.

Tahu, apa budak tu cakap? 

cikgu, rupa cikgu macam..

kucing!!!

Aku  terdiam tapi masih tengok budak tu. Lansung tidak bercakap. 

mmmmm.....
oh, kucing, takkan mata kita sama?


Guna opera baru dapat buka Blog:Bad Request error 400


Tadi, tidak dapat buka blog.. BAD REQUEST. ERROR 400. terus geram ni. Aku buka guna yahoo, gagal. Mozilla, gagal. Google Chrome pun gagal. Haih! Aku cari lagi software lain dalam lappy. Oh, alhamdulillah, terima kasih untuk suami tercinta. Dengan adanya OPERA lalu, aku dapat post entri ini.TQ.

ok. Aku makan sup telur halia dulu. Nanti sambung buat entri baru;D 

Hari khamis: ungu

Sedang buang tabiat. Sempat update blog awal pagi. Ni gambar hari ni. ;D

Wednesday, 29 June 2011

Baju kebaya vs baju kurung

Masuk tahun 2011 ni, aku dapat kesan yang aku sudah kurang untuk pakai baju trend misalnya baju kebaya yang memang tidak pernah dianggap ketinggalan zaman. Baju ni selalu diberi nafas baru oleh fashion designer supaya nampak lebih fresh dan unik daripada pakaian lain. Aku panggil baju ni baju trend sebab aku dan kawan-kawan dulu anggap baju ni sangat cantik bila dipakai oleh pemakai yang memang ada  curve macam beyonce. Cun-cun di tubuh pemakai akan buat kamu tengok 2, 3 kali, kan?
gambar 2007. ke obsesesan dgn warna putih tu amat ketara;D ( gambar ni memang tidak terang)

Lately, keterujaan untuk pakai baju ni semakin menurun. Since, kebanyakkan baju aku baju kebaya dan baju kurung moden maka, amat berkuranglah baju kurung aku. Masa di kampus dulu, ada banyak baju kurung tapi, sekarang baju tu sudah masuk jadi baju tidur malam dan ada yang berlipat kemas dalam almari. Aku berfikir-fikir untuk bagi saja dengan orang lain daripada baju tu rosak dimakan lipas. Tapi, tiap kali mahu buat macam tu, ada saja halangan. Setiap kali ada masa, masa tu la pula ada komitmen lain perlu dibuat. Macam-macam hal kena buat sampaila niat tu belum termakbul sampai sekarang. Mungkin tu halangan yang perlu dilalui setiap kali mahu buat kebaikan. Mungkinlah. Aku cuba optimis.

Esok, hari khamis. Hari batik se Malaysia. Mood untuk pakai baju kebaya tidak ada. Baju batik yang baju kurung amat sikit dalam simpanan. Banyak kebaya. Haih!! Tengok baju tu rasa tidak berkenan pula . Kalau dulu, jarang pandang baju kurung, sekarang pandang baju kurung saja tapi sayangnya tidak banyak. 
kenapa suka cekak pinggang klu bergmbr? (mata silau)

Kesimpulannya, mungkin aku kena belajar menjahit baju kurung sendiri. Ada sesiapa mahu jual mesin jahit murah-murah? hihihi. atau, oh, minta sponsor dari suami beli untuk mesin jahit dan mesin jahit tepi untuk jahit baju sendiri? hahaha. kononnya lah. Harap boleh jadi baju tu. Kalau sudah boleh jahit sendiri, aku boleh baju kurung sesuka hati dan tidak pandang baju kebaya lagi. Penjimatan pun berlaku since harga upah menjahit kadang-kadang ada yang lebih mahal dari harga kain! 

Nota: bila aku sudah jarang pakai baju kebaya, ramai pula kata aku nampak pelik pakai baju kurung. Haiyooo, aku pakai gaun pergi kerja, boleh?




misya janah vs misya mialen


Macam yang aku pernah mention dalam entri pertama aku untuk blog bunga sepet ni, aku pernah ada blog sebelum ni. Aku belum delete tapi aku private kan untuk diri sendiri. Aku baru saja buka dan baca kisah hidup aku yang lalu. Ni entri aku yang pertama. hahaha. Punya banyak tanda noktah dalam entri aku ni. Beribu-ribun lemon la. Masa ni, umur aku 26 tahun. Bila sentuh pasal penulisan, kalau guru BM check, confirm, 2/10.;D


Challenge yourself: Day Four: 10 things you want to say to one person


Salam petang.. Diharap hari ni, ada yang dapat berita gembira untuk buat kamu senyum hingga ke malam. Aku, macam biasa. Hidup masih seperti biasa. Uniknya hanya bila keinginan yang dimahu dapat ditunaikan. Tapi, bila pun masanya, itu aku tidak pasti, yang penting, hidup perlu diteruskan hingga ke temu apa yang dimahu.;D

Aku sambung lagi cabaran untuk hari ke-4: 
Challenge yourself: 10 things you want to say to one person

Untuk cabaran ni, aku cuba buat lain. Aku tau, kalau sampai cabaran yang ini, ramai yang akan buat untuk orang tersayang. Aku sudah selalu buat untuk orang-orang kesayangan aku. So,  kali ni aku mahu cakap-cakap dengan: orang yang pernah lukakan hati aku sama ada sedar atau tidak. Hahaha. 


1) Terima kasih untuk semua kesakitan yang pernah aku rasa. (sakit woo)
2) Aku pernah berdendam atas semua kelukaan tu. Aku siap berdoa lagi supaya satu hari nanti dia akan rasa seperti mana aku pernah rasa masa aku sakit. (hahahaha. biasalah masa tengah emo, kan?
3) Aku pernah berharap dan berdoa supaya hidupnya tidak bahagia dalam kehidupan yang seterusnya. (jahatnya mulut! tapi, itu doa orang teraniaya)
4) Aku pernah berharap dia akan dilukakan lebih sakit daripada apa yang aku rasa. (hukum qisas)
5) Aku pernah memaki dia dengan sepenuh hati di dalam hati  mahu pun di luar hati. (kunci mulut, kalau marah, ambi wudhuk)
5) Tapi, lepas aku berjaya lalui semua sakit, aku gembira. (alhamdulillah)
6) Betullah orang kata: selepas rasa sakit itu, akan ada rasa bahagia dan sekarang aku syukuri kerana dengan adanya kesakitan dulu, aku lebih hargai gembira aku sekarang. (Syukur)
7) Sekarang, aku berharap, jiwa aku bersih dari dendam yang tiada sudah. (Jaminan untuk hidup tenang)
8) Aku belajar untuk memaafkan. ( Memaafkan tidak bererti kalah, tapi memaafkan adalah orang yang memang sebab berjaya kawal perasaan.;D)
9) Pesan aku untuknya: belajar untuk menghormati dan menhargai perasaan orang lain. ( Nilai murni;D)
10) Lastly, Jangan risau, aku sudah tidak berdoa seperti mana dalam senarai 1-4 dan buat perkara no-5 tu, aku sudah berhenti untuk berdendam. ;D




Wordless wednesday 3

Tuesday, 28 June 2011

Challenge yourself: Day Three: 10 things I hate


Masuk hari ke-3 untuk challenges yourself. Pecah rahsia la hari ini sebab aku akan state 10 things i hate. Sambil-sambil tengok Marimar, aku buat entri ini.

Challenge yourself: Day three : 10 things you hate

Since dalam challenge ni 'things', aku akan list down semua.

1)  Sayur Taugeh: Ramai orang suka makan sayur ni kan,  ada pendapat mengatakan, sayur ni la paling bersih. Kononnya lah. Kesahihannya aku tidak pasti. Kalau order makanan, aku akan pesan no taugeh. Rasa mual melulu bila termakan benda ni..haih. Pernah juga, kalau terlupa untuk inform pelayan tu then, dalam makanan ada taugeh, segmen mengasingkan taugeh akan berlaku. Dengan rajin, aku akan asing, kalau ada yang aku  termiss maka, berhentilah aku makan. 

2) Piring / cawan / mangkuk yang ada kesan retak tapi digunakan untuk hidang makanan. Selalunya, kalau di Restoran, aku akan minta pelayan tu tukar baru. Bukan apa, aku ni terbiasa dengan amalan di rumah. Kalau ada pekakas ni misalnya cawan sumbing atau ada garisan untuk retak, memang mama tidak bagi guna. Katanya tidak bagus. Takut ada kaca termakan mungkin.;D

3) Tidak sempat breakfast. Sebab gastrik buat kembung perut, rasa mahu muntah, badan panas sejuk, meremang bulu badan dan off course, semua yang dibuat serba tidak kena. Tension betul. Pernahlah beberapa kali masa dating dengan suami, gastrik aku menyerang, mood gembira hilang macam tu saja.

4) Order lambat sampai. hahaha. Memang aku pantang betul kalau order makanan atau minuman aku tu kena tunggu dulu 1 jam barulah sampai.  Bontot sudah seakan rata duduk di atas kerusi, air liur pun sudah habis tapi, makanan tiada. Bengang. Kalau masa tu aku memang lapar, penatlah pelayan tu jawab soalan aku 'cik, makanan saya belum siap ka? atau kamu baru mau beli ayam?'haahah. Lebih kurang begitu lah. hihi.

5) Minuman over manis. Ni lagi satu, aku memang tidak dapat terima kalau minuman aku order manis sangat. Aku pun hairan kenapa orang suka buat minuman manis. Haiyaaa. Susah tekak aku untuk terima. Aku pernah komplen dengan pelayan salah satu restoran terkenal di Kuching ni dan dalam masa yang sama, owner restoran tu terdengar. Dia tanya semula dengan aku dan aku pun cakap jujur la pasal minuman yang aku pesan tu sangat manis sampai aku tidak dapat sentuh. (Aku berfikir, mungkin dia tertumpah gula.haha) Masa sesi tu, ia berlaku dengan polite. Penuh jujur dan aku pun tidaklah marah-marah. Be professional konon. Kita hormat orang, orang pun hormat kita, kan?

6) Marah tidak tentu pasal. Aku rasa semua orang selalu terkena macam ni. Let say, orang tu marah dengan orang lain tapi, dalam masa yang sama kamu pun terkena juga. Bukan setakat marah, tapi, muka masam, orang senyum pun tidak balas. Masih juga masam. Hampeh! Tapi ni bukan orang la. Ni sikap orang. Sikap yang sikit sebanyak buat aku tension juga. Marah tu boleh. Ya, la kita ni jarang ada yang dapat kawal marah tapi agak-agak la. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

7) Tidak dapat tidur. Dulu, aku pernah ada isomnia. Penyakit yang bikin hidup tidak tenang. Bila tidak dapat tidur malam, aku bawa main game, baca buku atau makan. Memang masa tu bengang gila. Sekarang ni, sudah okay cuma kadang-kadang ia datang bila aku terlalu banyak fikir. So, aku selalu berpura-pura aktif di waktu siang supaya aku boleh ngerok dengan lena waktu malam.

8) Bunyi bising masa tidur. Ketenangan masa tidur tu penting. Jadi, aku boleh jadi singa bila ada kebisingan masa aku tidur. Lebih-lebih lagi, bila aku bangun terkejut sebab bunyi tu macam yang pernah jadi masa Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Macam biasalah kan, ada bunyi-bunyi mercun segala. Haih, punyala aku tension. Benci betul sebab aku bangun terkejut jam 12 am bila bunyi mercun non stop di tempat aku ni. Letak bantal di telinga pun masih juga aku dengar. So, aku buat apa? Tunggu saja sampai habis walau telinga lebam.hihihi.

9) Menunggu terlalu lama. Aku selalu bersiap lambat. Serba serbi lambat. Jadi, sesiapa yang kenal aku memang tahu fe'el aku ni. Tapi masalahnya, aku tidak suka tunggu terlalu lama. Boleh tercabut leher aku tau. Kalau setakat sejam tu boleh la aku tunggu tapi, kalau sudah 3- 4 jam tu, bagus aku cabut lari. Lambat tapi inform awal yang dia lambat, okay aku boleh terima tapi, kalau sudahlah lambat, maaf pun tiada maka, berasap la telinga. 

10) Rindu. Aku benci bila aku rindu mereka ni: suami dan keluarga. Bolehnya aku menangis sampai mata bengkak. Cengeng! Masa tu lah rasa benci datang melulu-lulu mengenang nasib diri. Benci.

Sudah. Habis untuk 10 things i hate. Lamanya aku buat entri ni, dari jam 3.30 tapi siap jam 5.30 pm. Beginilah kalau tengok tv sambil buat entri. Lansung tidak fokus. Gagal.


Monday, 27 June 2011

Tips hilangkan bosan


Kali ni, aku rasa betul-betul sesak nafas. Bosan tahap dewa. Kalau dulu, aku jarang boring walaupun tiada kawan untuk berbual tapi, sekarang ni semakin mengada jiwa aku. Jiwa kacau betul. Haih!! Tengok tv pun boring, makan lagi la. Lepas tu, aku goggle cara untuk gembirakan hati aku. Cari punya cari, Finally, jumpa juga. Lepas baca saja, aku ketawa. Oh, terhibur hati aku.;D. Okay, jom layan cerita yang buat aku ketawa sendiri tu.;D

1) cium isteri


Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami: 
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu? 
Suami :Kenapa? Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? 
Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?




sumber: Siolon: KLIK SINI


hahahaa....tercuit betul hati aku bila lepas habis baca lawak ni..;D. Kalau suami aku begini, haihh! merajuk aku 24 jam.hihi


2) Pak pandir menunjukankan kepandaiannya


Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul t*** yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul t***.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat t*** tersebut, lalu dia berkata, 'Bentuk macam t***...' Lepas tu dia pegang pulak t*** tu, lalu dia berkata, 'Lembik...macam t***..' Lepas tu dia ambik sikit t*** tu lalu dia hidu t*** tu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam t***.' Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan t*** tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit t*** tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat t*** berkenaan dia pun menjerit.... 'MEMANG t***! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!

Sumber:Siolon: KLIK SINI

hahaha.. aku geleng-geleng kepala. ketawa. Tapi, dalam hati kesian pak pandir. Aku berharap, pak pandir hanyala satu kisah, bukan wujud dalam dunia realiti? Dari kecil lagi, aku dibiasakan dengan kisah pak pandir yang dungu dan lurus bendul. mmm...




 Ni ada lagi satu cerita: 


3) Pak Pandir beli handphone


Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin.

"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.

Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.

"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"

Sumber: Lawak lucu: KLIK SINI

Sekali lagi. Pecah ketawa aku. Nasib baik lah, rumah bertutup, kalau tidak, takut jiran sebelah ingat aku sudah gila sebab ketawa seorang-seorang;D


Nota: kalau kamu senasib dengan aku, cuba kamu klik link yang aku bagi tu..hihi..lepas tu, boleh lah kamu layan...;D

Challenge yourself: Day one: 10 things I Love


Excited untuk sambung entri Challenge urself bagi day two hari ni. Mood suam-suam kuku. Okay juga tapi tidak segembira dulu. Biasa saja. Tetap hadapi dengan senyuman;D

Lupakan itu, aku mahu fokus dengan ini:

 CHALLENGE YOURSELF: 10 THINGS YOU LOVE
1) My bracelet and my ring
2) Sweet child of mind: My car: tiada kereta, tempanglah kakiku.
2) handphone: Hadiah suami untuk aku lepas 1 minggu kahwin;D
3) Laptop: Tiada laptop, otak aku beku. Biar tiada tv, asal aku ada lappy. Ok, semua bisa saja.;D
4) Kamera: kaki gambar diri sendiri memang perlu ada kamera.;D
5) Jam tangan: Tensen kalau tiada jam. Tidak sedar masa pergi begitu saja.
6) My IC, Pasport, kad bank & kad kredit. Since aku ni sedang bermukim di tempat orang, jadi, semua benda ni kena ada. Hidup sejahtera kalau ada benda2 ni
7) Broadband: Boleh mengamuk kalau benda ni hilang. Pernah hilang sekali, riuh satu rumah mencari.
8) Baju, seluar, inner & shawl. Gaya sensasi terkini;D
9 ) Kasut & handbag aku;D
10) Semua gambar dan dokumen pasal diri aku sendiri, suami, keluarga dan kawan-kawan. Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi. so, aku mahu abadikan semuanya untuk tatapan masa tua dan untuk generasi aku akan datang;D


Sunday, 26 June 2011

Challenge yourself: Day one: 10 things about me



Tadi masa blogwalking, terjumpa cabaran yang ini dari blog cahya yang dibuat oleh gary. Eh, interesting la.  Sebab cabaran ni hanya 10 hari saja dan aku rasa, cabaran ni boleh kurangkan sikit bosan aku bila tinggal alone di rumah. Ni bolehlah dibuat untuk isi masa lapang vs kurangkan tensen kerja.;D

Day one: 10 things about me

1) Addict dgn warna putih dan hijau (tapi, blog warna pink pula. hahaha.setakat ini blum jumpa backgound hijau yang cantik)
2) Pengemar barangan berunsur katak. hahaha.mungkin sebab warna hijau. Tapi, jangan bagi katak betul. Ada aku pengsan nanti.
3) Alergik dengan ulat dan cacing. Terlompat-lompat aku kalau terjumpa dengan haiwan ni. Haih. ngeri.
4) Penakut. Jangan bawa aku tengok cerita seram. Kalau tidak, anemia aku, tidak tidur malam.
5) Sangat mementingkan suami dan keluarga. They are my priority.
6) Im a good listener. Betul ni.;D Kalau tidak percaya, sila tanya dengan partner in crime aku yang dulu2.
7) Suka bereksperimen dengan warna baju dan fesyen. Kalau tudung kaler lain, baju kaler lain pun, aku bantai saja. Suami selalu kata: Pakaian ku warna warni;D
8) Lepas 10 tahun kenal suami, barulah kami declare jadi pasangan pacar;D
9) Suka kumpul kasut dan handbag. Bonet kereta adalah almari aku.
10) Suka makan. Kalau makan, berat badan cepat naik, tapi kalau kurang makan, berat badan pun kurang. Jadi, kalau aku rasa mahu kurus, aku tidak makan.;D

My green;D

Ok. Itu saja untuk hari ini. Malam sudah lewat. Aku mahu tidur. Esok ada tugasan perlu disiapkan;D
fesyen tiada had. Itu kebebasan;D

Sedih pun ujian, gembira pun ujian

Perginya dia, perginya juga perasaan gembira dalam diri aku. Beginilah aku setiap kali bila suami balik. Mula-mula tu, memang eksen, tabah konon, masih beri senyuman paling manis untuk dia, tapi, lepas salam tangan dan dia kucup dahi aku, air mata keluar laju-laju. Mana mungkin aku boleh bohong diri sendiri yang aku tidak sedih bila dia perlu pergi tinggalkan aku lagi. Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, ya, ini memang betul-betul sayangkan isteri.

Sedih itu ujian, gembira itu pun ujian. Bila kita gembira, itu tidak bermakna kita tidak diuji tapi itulah sebenarnya cara Tuhan uji kita. DIA mahu tengok sama ada kita tahu bersyukur atau pun tunggu bila kita susah barulah menangis sedu sedan minta diberi kemudahan untuk lalui cabaran hidup. 

Beginilah aku setiap kali dia datang, hari jumaat dan sabtu adalah hari bahagia aku. Masa itulah aku jadi suri rumah sepenuh masa. Makan, jalan, solat dan bercerita sama-sama memang beri satu ketenangan yang maha nikmat. Jalan pegang tangan di tempat umum pun, tiada siapa boleh larang. Ditanggung halal.

Dan, bila dia pergi, aku akan kira hari lagi untuk tunggu dia datang. Inilah rutin kami  sejak sudah kahwin. Mudah-mudahan saja, kami tabah. Kami kuat. Kami positif untuk terima ujian hidup macam ini. Insyallah..



Terima kasih cinta

Luahan rasa dalam entri marah hari jumaat tu sudah reda. Biarpun masih ada sakitnya sedikit, aku cuba untuk terima. Suami kata, entri aku tu memang entri marah. Aku pun manusia biasa juga. Pandai marah, lembut-lembut aku pun, kalau sabar sudah sampai hadnya, keluar juga kata memaki s**l dan b*b* tu. Orang yang dengar aku memaki hari jumaat tu saling berpandang-pandangan. Mungkin terkejut tengok keceluparan mulut aku. Biarin saja.

Suami kata, aku ni berlembut sangat. Dia mahu aku bertegas dengan orang lain dan pedulikan saja apa orang lain kata kalau aku sudah nekad dengan keputusan yang dibuat. Mungkin, aku kena ikut cakap dia supaya aku tidak lagi jadi semarah itu.;D

Semalam, blog kosong tanpa entri baru. Since suami balik jenguk aku di sini maka, masa yang ada kami cuba guna semaksimum mungkin. Keluar cuci mata dan makan tanpa henti, aktiviti yang kami jarang lakukan sama-sama sejak kami berjauhan.  Seharian berjalan dengan suami, memenatkan tapi sangat mengembirakan. Adalah satu nikmat tidak terhingga bila dapat jumpa suami since  kami belum dapat lagi tinggal serumah atas tuntutan kerja.

Entri yang ini, aku cuba buat seringkas mungkin. Lepas minta izin dengan dia untuk buat entri dan terhasillah entri spontan ni. Aku menaip, dia pula lipat baju. hahaha. Aku cakap, aku siapkan dulu entri ni, lepas tu aku lipat baju. Tapi dia kata, tidak apa, buat lah dulu entri tu.;D. Tersentuh hati aku. 

Buat suami: Terima kasih kerana begitu memahami;D

Nota: Hargailah masa yang ada dengan orang yang kamu sayang. Cubalah maksimumkan setiap kegembiraan supaya kamu dan si dia boleh jadikan ia kenangan terindah dalam kronologi hidup kamu;D







Friday, 24 June 2011

Aku boleh tendang kau macam bola!

Beginilah aturannya hidup,
Bila aku di atas, kau di bawah,
Okay, aku boleh buat kau sesuka hati aku,
Tendang kau macam bola, jadikan kau sebagai penutup tong sampah dan tutup tong sampah itu atau, aku boleh sumbat kau di mana-mana lubang yang perlu ditutup.
Aku peduli apa dengan apa yang kau rasa, 
Tipikalnya aku yang pegang kuasa veto itu, jadi, bagus kau ya kan saja.
Aku tidak kisah kau menangis atau kecewa, asal hidup aku masih di atas, itu lah aku.
Begitu kalau di atas. 



Kalau kau di bawah, kau mula minta itu, minta ini, melekat macam gam gajah, asal saja kau dapat apa yang kau mahu. 
Kau mula baik  seperti kau insan suci, kau minta difahami, minta diberi perhatian, 
Tapi, bila kau capai impian, okay, jeling pun kau tidak sudi. BENCI.
Sadisnya, bila kau bicara di belakang. Kalau bicara dengan bulan, oh, itu aku tidak kisah. 
Tapi, kau bicara dengan manusia bajingan yang selalu jadi emas pertama kau.
Klisenya, hidup memang begini.


Antara suka atau benci, rela atau tidak.
Terpaksa juga diterima.
Hampa.

Thursday, 23 June 2011

Aura dan personaliti si merah jambu

Kerajinan berganda-ganda. Bosan tengok background. Lalu bertukar la coraknya tapi masih jenis yang sama ;D


Ni background yang lama

Background yang baru & inilah background untuk blog lama aku dulu, sekarang guna pula untuk blog baru ni;D
Dan satu yang paling penting, warna pink tu masih ada. Haih, aku pun confius juga, kenapa warna pink  putih ni juga masih jadi background blog aku.


Sebenarnya, setiap warna yang selalu kita guna ada auranya sendiri dan aura ni akan mempengaruhi emosi kita. Menurut lin comel (klik nama):

Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Naaa...itu dia aura warna pink ni. Aku setuju bila warna pink dikaitkan dengan:

kasih sayang dan warna kesucian. Kenapa? alasan aku: Selalunya parents akan belikan baby mereka baju warna pink untuk girl dan blue untuk boy. Ada tanda kasih sayang di situ tapi, pendapat aku: bukan bererti warna lain tidak melambangkan kasih sayang dan kesucian tapi aura pink ni lebih menonjol dari warna lain.

Setiakawan: Aku setuju juga. Orang yang cenderung kepada warna pink ni memang ada aura setiakawan. Ya lah, dia kan penuh kasih sayang.;D

Kesunyian dan kecantikan: Yes, aku akun. Aku sunyi di sini. Tiada suami, tiada family. Ada kawan sekerja tapi semua ada keluarga dan komitmen sendiri. Pink : kecantikan. Okay, kalau bibir atau pipi warna pink, mesti comel, kan? oh, ada manis di situ;D

Tidak matang: hahaha. Aku tengok warna ni sampai mata mahu masuk dalam lappy. Pudarkah warna pink ini? Kalau pudar, wah, aku tidak matang? ini pengakuan: adakalanya, aku rasa ,aku matang, tapi, adakalanya aku rasa aku masih belum matang walau sudah 29 tahun. Buktinya: Gaduh benda kecil pun boleh jadi besar oleh aku. Nasib suami aku tu penyabar.;D

Amanah dan berwawasan: Kalau dapat amanah, ya, itu harus disimpan. Biar pecah perut, jangan pecah dimulut. Atau buat saja kerja yang disuruh walau dalam hati menyumpah-yumpah tidak puas hati. Berwawasan? Aku sudah buat matlamat hidup aku sejak umur aku 14 tahun. Mungkin, pemangkin dari suka ikut Seminar motivasi yang dianjurkan di sekolah. Setiap kali ada ceramah, matlamat hidup pasti jadi tajuk utama sebab kalau melentur buluh, biar dari rebungnya. 


Kalau dari kecil kita sudah dibiasakan dengan tajuk begini, walau masa tu, kita masih belum faham kenapa penceramah asyik cerita pasal matlamat hidup tapi, bila sudah dewasa, barulah sedar, oh, ini pula maksud matlamat hidup. Awas, kalau kamu tidak ada matlamat hidup, apa wawasan yang kamu mahu capai sebelum nafas kamu diberhentikan nadinya?

Nota: Perhatikan warna yang kamu pakai sehari-hari, mungkin bila kamu pakai warna hitam, aura kamu lebih kepada seseorang yang punya rahsia.;D

Aku suka warna-warna begini;D

Kucing dan ladybug

google


First time aku nampak gambar ni, aku terus tertarik. Save as terus dalam my editor file simpanan aku. Warna putih, merah dan hitam ni buat emosi aku gembira. Aliran gembira bila nampak sesuatu menarik dan secara automatiknya, aku  tersenyum dengan muka berseri-seri.

Fokus sebenar dalam gambar ni ialah kucing dan ladybug tu. Bagi aku, gambar ni simbolik. Bravo lah untuk photografer yang ambi gambar ni. Comel. Since, aku ada suami yang penyayang dengan binatang ini, ia menjadi pendorong untuk aku belajar suka pada kucing yang dulunya, aku kurang suka.

Sayangnya dia dengan binatang comel ni kadang-kadang buat aku tersentuh. Jeles pun ada. Dengan selamba dia peluk cium kucing kesayangan dia. Haih, mana boleh jeles dengan kucing. hahaha. Merepek sekejap.

3 Bulan 20 hari menjadi suami isteri, Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Betul kata orang: toleransi, jujur dan hormat- menghormati itu sangat penting untuk mereka yang baru mendirikan masjid. Sekarang ni, aku masih lagi belajar membiasakan diri untuk pastikan aku dapat keizinan suami sebelum pergi ke mana-mana. 

Macam tadi, aku terlupa untuk minta izin keluar beli barang lepas saja balik dari kerja. Tau-tau saja, aku sudah sampai di supermarket tu. Nasib baik, aku belum keluar kereta lagi tapi, kereta sudah park cantik. hahaha. Masa ambil beg tangan, baru ingat yang aku belum inform dia lagi. Takutnya. Tuhan saja yang tahu. Terus dial nombor suami dan inform dia. Itu kewajipan wanita bila sudah tukar status jadi isteri. Lepas tu, minta maaf banyak-banyak sebab lupa bagitau sebelum bertolak dari sekolah tadi.

Mana tidak takut kalau teringat dengan hadis ni:


Apabila seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami:
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)


Mudah-mudahan setiap langkah baru aku masih boleh diperbetulkan. Banyak buku yang aku beli dan orang hadiahkan pasal fasa perkahwinan tapi, aku belum lagi khatam.  Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kan?. 

Untuk bakal pengantin: Persiapkan diri kamu dengan ilmu perkahwinan sebelum kamu berubah status. Rajin-rajinlah membaca kalau kamu malas pergi ceramah atau dengar ceramah tentang hukum-hakam dalam perkahwinan.;D

Dia:  jiwa hati tercinta;D

aku teringin nak hack blog


Salam semua,

Dengan besar hati, aku join segmen teringin nak hack blog. Tuan penganjur adalah yang berbaju merah dalam gambar di atas.;D

Kalau diberi peluang untuk hack blog, aku akan hack blog  perempuan jomblo. Sebabnya: cara penulisan dia jadi sumber inspirasi aku. Bersahaja tapi penuh makna. Penggunaan bahasa dia yang tidak gunakan ayat short cut memang buat aku selalu mahu baca blog dia. Menarik. Setiap penceritaan sempurna dan jujur.;D

Pesanan aku untuk perempaun jomblo: Semoga terus menulis tanpa bosan. Selalu ada idea dan cerita indah untukdikongsi bersama;D

Credit: Ben Ashari sebab anjur segmen ni;D


Wednesday, 22 June 2011

wordless wednesday 2

Switch to the old editor & its work!


Kenapa gambar tidak boleh add dalam entri

Buntu sudah ni. Aku hairan kenapa gambar yang sudah dipilih tapi tidak boleh added dalam entri. Puas sudah aku cuba, sampai restart lappy, tapi masih juga tidak boleh. kalau sudah add, loading lepas tu berhenti tapi gambar tidak masuk dalam entri. Ada sesiapa boleh bantu?

nota: Kurang cerialah blog aku tanpa gambar. Emo sudah ni.

Vote for me

Salam 1 Malaysia,;D

Hari tu, aku ada ikut segmen ini . Lepas tu aku join lagi  segmen ini  entry terbaik 2011 dari blogger yuyu. Aku pertaruhkan entri Cerita ini. Kalau kamu rasa entry ni ada baik, boleh kamu klik di sini , cari http://bungasepet.blogspot.com dan klik vote dalam box tu. Tapi kalau rasa entry tu tidak berapa baik, abaikan saja.;D. Dari situ, aku boleh terus improve karangan supaya lebih menarik, tetarik dan gebomm..;D

Untuk yang vote, tq very much;D


Wordless wednesday




Tuesday, 21 June 2011

Buka bisnes

Susahnya untuk memberi sesuatu untuk hari ini. Mungkin penat,menghadap lappy menyiapkan amanah yang diberi. 

Baru sekejap pegang amanah, tiba-tiba pula hari ini seperti mahu melepaskan amanah yang ada. Huik, normal kah tidak ni? bagus-bagus sudah ada kerja, memang sengaja lepas rezeki kalau buat pilihan macam ni. Oh, istighfar sekejap.

Aku cuba fikir out of the box, kalau aku bukan jadi macam sekarang, apa yang aku akan jadi? apa kata aku ada bisnes sendiri. Berangan-berangan. Bolehkah macam tu? 

Nota: Aku mahu buka bisnes sendiri. Mungkin salon, spa, butik atau restoran. Pening. Banyaknya angan-angan bila sudah bosan begini. Tidak produktif. Dalam fikiran, ada benda lain yang dimahu sebenarnya, bukan buka bisnes tapi mahu dimurahkan rezeki dapat baby.

Itu saja setakat ini.

Monday, 20 June 2011

kesinambungan legasi berdaulat

Aku hairan. Berkerut dahi dengan sikap sebahagian orang. Mentang-mentanglah sudah lama hidup di dunia, sudah makan berkilo-kilo garam maka, teguran yang diberi pun begitu sinikal. Inilah streotaip orang kita yang tidak mahu tengok orang lain duduk senang sikit. Mulalah membezakan masa dulu dan masa lalu. Klise cerita itu di mana-mana pun boleh berlaku.

Kalau dulu, masa sekolah kamu pernah di 'ragging' atau masa kamu mula-mula jadi freshie, kamu dipanggil oleh sekumpulan senior dan minta kamu buat itu , ini, benda-benda yang kurang masuk akal. Misalnya: dia arahkan kamu tiup kipas sampai berpusing. Ya, itu salah satu arahan senior yang kamu perlu akur, kalau tidak,  kamu akan dianggap kurang ajaran, bodoh sombong atau kamu eksen, mentang-mentang anak orang kaya, taukeh balak, taukeh kelapa sawit atau kamu cantik kalah saloma gomez dan sekacak justin bibir tu.

Kamu beralih ke zaman kerja, kamu tetap juga dilayan sepeti budak baru belajar. Jangan lupa, kalau kamu pernah diminta untuk cuci piring kotor di pantri, fotostat dokumen banyak-banyak walaupun kamu tu bukan PAR atau kamu masih ingat bila kakak-kakak / abang-abang di pejabat tu selalu minta kamu buat kerja mereka tapi lepas tu, kata mereka, itu hasil kerja mereka. Biasalah, cakap depan bos, jadi, persetankan orang yang lain yang buat. 

Sekejap, memang macam tu selalunya. Klise lagi. Kata mereka, kamu kena belajar dari bawah, dari yang sudah veteran, ambil pengalaman jadi panduan dan pengajaran untuk ambil alih tugas mereka yang akan berpencen nanti. Alasan paling common, mereka sudah tua, sudah tidak kuat lagi untuk buat kerja.Tinggal tunggu pencen saja. Tambah lagi, kalau asyik harapkan orang lama buat kerja, bila masa pula mereka mahu berehat. Makan angin dengan keluarga ataupun pergi Mekah bagi yang mampu. Bukan, begitu? 

Kamu disuruh buat itu, kamu buat, ini kamu angguk juga. Kalau boleh, kamu mahu buat juga sebab itu adalah arahan. Jadi, ikut saja, jangan membantah, nanti ada yang mengata: kamu manja, besar kepala, baru tumbuh setahun jagung, sudah eksen jadi seperti ubi kayu yang kononnya keras, ampuh dan tidak mampu jadi lembik kalau tidak dihancurkan atau dimasak.

Aku berfikir begini, kalau nanti kamu sudah bergelar veteran, kamu masih juga buat kesinambungan legasi macam ini? kira balas dendam dengan freshie nanti, minta mereka buat seperti mana yang senior dulu pernah buat dengan kamu atau lebih teruk dari apa yang kamu pernah rasa ? mmm.. bila difikir-fikir, seperti ada daulat pula senior begini, kalau bantah cakap mereka, macam tidak berkat kerja kamu atau paling pedas seperti kamu sudah terlaknat dalam hidup kamu. Aneh!
google

google

Sunday, 19 June 2011

Ayah, jasamu tetap abadi dihati



Berulang kali aku cuba tahan perasaan aku untuk buat entri pasal Hari Bapa hari ni. Tiap kali aku mahu taip, tiap kali itu juga la, aku delete dan taip lagi. Tapi, bila nampak Segmen Bro Ben Ashari ni, aku cuba untuk teruskan niat buat entri khas untuk orang yang bertanggungjawab bawa aku untuk rasa hidup di dunia ni. Aku beranggapan, harap-harap lepas aku buat entri ni, perasaan aku tu lega dan tenang.

Dia, aku panggil bapa. Aku memang sudah tahu, hari ni memang sambutan hari bapa. Masa sambutan hari Ibu, aku pun ada buat entri khas kasih ibu untuk mama aku. Jadi, rasa tidak adil, kalau aku tidak buat untuk bapa sebab peranan dia pun tidak kurangnya hebatnya didik aku sampai aku besar dan sudah jadi isteri orang.

Aku selalu dapat jolokan anak bapa. Muka aku lebih kurang macam bapa. Chinesse look orang bilang. Dan selalunya, kalau anak perempuan, dia akan lebih cenderung akan ikut rupa bapa, kan? so, memang aku anak bapa. Bapa pernah cerita, masa kecil, dia pun turut jaga, mandikan, tidurkan aku macam mama buat kecuali menyusukan aku lah. hahaha. oh, minta maaf Bro, entri ni terpaksa aku buat secara santai supaya aku boleh teruskan penulisan hingga titik terakhir.;D

Bila dilihat jari jemari kami adik beradik, jari aku agak runcing berbanding dengan adik beradik yang lain. Sebabnya, kata bapa, dulu, dia selalu urut jari aku lepas saja mandi atau dipakaikan losyen. Mungkin masa tu, aku anak sulong jadi perhatian lebih untuk aku. Ya,lucky me.;D 

Aku membesar dengan didikan bapa yang agak tegas. Aku masih ingat lagi, bapa ajar aku mengaji di rumah tiap-tiap malam tanpa jemu. Pernah satu masa, aku tidak tahan untuk buang air kecil tapi, bapa tetap mahukan aku baca ayat tu sampai betul. Masa tu, bila tidak boleh tahan lagi, aku nangis tersedu-sedu sebab pertama: suara bapa sudah tinggi sebab berulangkali dia sebut, aku masih sebut salah dan kedua: aku takut aku terkucil dalam seluar dan bapa tambah marah dengan aku. Dia memang tegas didik aku dari kecil lebih-lebih lagi kalau bab macam ni. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku sudah kenal huruf Alif, Ba, Ta sebelum masuk tadika.

Pelajaran aku pun selalu di sportchek oleh bapa. Selalunya, bila dia balik dari kerja atau hujung minggu, dia akan check buku latihan aku. Check tulisan aku sama ada terlalu kecil, besar, boleh dibaca atau bikin pening kepala cikgu saja. Dari situ, aku berhati-hati setiap kali menulis. Biarlah aku tulis = tidak puas hati = koyak atau padam, asalkan tulisan aku tu kemas. Dan, Alhamdulillah, dorongan dari bapa untuk pastikan tulisan aku tu jelas dan dapat dibaca jadikan aku selalu dipuji oleh cikgu masa di sekolah dulu.;D. Kata cikgu: tulisan aku kemas dan bila ada komen: ' Tulisan anda kemas dan cantik' di dalam buku latihan aku, setiap kali itu jugalah aku bagi bapa tengok dan dia senyum senang hati.;D

Setiap kali kalau aku dapat keputusan yang baik dalam exam masa sekolah dulu, pasti ada hadiah istimewa untuk aku.  Hadiah pertama bapa untuk aku: Jam tangan: Hadiah bila aku dapat No:1 dalam kelas. Almaklumlah, kanak-kanak macam seumur aku, mesti hati berbunga-bunga bila dapat hadiah. Kamu pun mesti ada dapat hadiah dari bapa kamu setiap kali dapat markah tinggi dalam exam, kan? Selalunya, cara untuk dorong anak belajar rajin-rajin adalah dengan pemberian 'HADIAH' dan cara itu berkesan sepanjang pembelajaran aku. Walau hadiah tu kecil misalnya: dapat baju cantik ala cinderella pun sudah bikin hati berbunga ros.;D

Di sebalik sikap yang sporting bapa, aku pernah juga di tegur sampai aku merajuk berhari-hari tidak tegur bapa. Biasalah kalau kita sudah biasa dimanjakan then, bila dimarah, kita akan marah juga. Jiwa kacau masa zaman remaja dulu. Puncanya, bapa tegur aku sebab aku tidak pakai tudung sedangkan masa tu aku sudah 16 tahun. Ya, aku pakai tudung tapi, on, off. Belum konsisten lagi. Rambut aku pula panjang mengurai maka, aku selalu huraikan rambut aku tu tiap kali keluar rumah. Then, bila bapa tegur aku dengan kata bisa: 'kau sudah besar, tapi, masih juga tayang rambut, bapa malu tengok kau macam ni'. Macam bunyi petir menyambar-yambar bila bapa cakap begitu depan aku.

Berhari-hari aku merajuk. Tidak tegur bapa. Kalau dia ada di rumah, aku masuk bilik. Pura-pura tidur tapi dia masih juga tegur aku macam biasa. Oh, kalau dikenang semula, begitulah rontaan jiwa remaja. Asyik diingat diri sendiri yang betul. Lama juga aku merajuk. Last-last, hati aku cair juga bila bapa terus tegur aku macam biasa seperti tiada apa yang berlaku malah siap bergurau lagi.;D. Dan, selepas dia tegur aku, aku berubah, konsisten bertudung sampailah sekarang. Terima kasih, bapa.

Satu perkara yang buat aku sangat hargai bapa ialah, bila bapa tahu aku pernah kecewa dulu, dia selalu bagi aku semangat untuk tidak terlalu obses dengan kekecewaan. Bapa kata: 'Ada hikmah kenapa aku tidak terus dengan orang tu. Mungkin kalau aku terus bersama dia, ada perkara yang tidak akan berlaku antara kami. Sebab tu lah, Tuhan pisahkan kami'. Kata-kata dia jugalah yang buat aku terus positif dan kuat hadapi hari yang mendatang.

Minta maaf banyak-banyak bro. Sebab Karangan ini jadi terlalu panjang. Kalau dicerita memang panjang lagi ceritanya tentang bapa. Aku rapat dengan bapa sebenarnya. Jadi, bila ada teguran dia menyinggung aku mulalah aku naik minyak. Tapi bila sudah okay, kemesraan kami pun akan bikin mama jeles. Buktinya: dulu, aku tinggal di asrama dan bila balik dari asrama, aku dan bapa bercerita sampai larut malam, then mama yang sudah tidur akan selalu terjaga bila dengar kami anak beranak ketawa terkeheh-keheh. Mama kata: Tidurlah, esok pagi boleh cerita ( kami akan terus ketawa;D)

Pengorbanan bapa sudah banyak dari kecil hingga lah aku besar panjang. Tapi, ada satu ada salah  pengorbanannya yang aku selalu ingat: dulu, aku kerja di Labuan, so, since aku teringin untuk bawa kereta ke Labuan, bapa hantar aku di pelabuhan supaya kereta tu boleh masuk Labuan. Yang buat aku terharu tu, lepas bapa hantar aku, dia pula terpaksa naik bas untuk balik ke rumah selama 2 jam. Dalam hati, aku rasa bersalah sebab bagi dia naik bas untuk balik tapi aku tahu, disebabkan dia sayang aku, dia sanggup naik bas saja asalkan aku selamat sampai almaklumlah, masa tu aku masih belum dapat lesen 'P' tapi sudah berani bawa kereta illegal. 

Dan, sempena hari bapa hari ni, aku cuba nafikan yang aku tidak mahu buat entri untuk bapa sebab aku rindukan dia, sebenarnya. Rindu sebab aku jauh dari mereka. Mereka di Sabah, aku di Sarawak. Atas alasan kerja, aku ada di sini. Aku cuba tahan dari tidak hubungi bapa sebab aku tidak mahu bapa tahu aku nangis sampai mata bengkak hari ni gara-gara aku berharap sangat aku ada bersama keluarga aku, sambut hari bapa ni dengan meraka sambil makan sama-sama. Berulangkali suami minta aku hubungi bapa supaya aku boleh bercakap dengan dia tapi aku degil sebab kalau aku telefon pun, tiada suara akan keluar, tapi tangisan sebab bapa selalu cakap dengan aku ' kalau aku teringat dia, dia pun akan ingat aku'. 

Dari jauh: Aku ucapkan selamat hari bapa untuk bapa aku. Moga dia dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, diberkati hidup dunia akhirat dan tetap sayang aku selalu dari kecil hinggalah ke hembusan nafas aku yang terakhir. Amin.
google

Pencarian blog list terbaik 2011

Ni jejaka ah, memang rajin tag aku. Siapa lagi, kalau bukan pencinta. Kali ni, dia tag untuk join segmen ini pula. Okey, aku layan saja ni dik;D

Ni header tuan yang anjurkan segmen ni:




Ini tajuk segmen dia: Pencarian blog list terbaik-yuyue

Apa yang aku faham: pemenang dipilih dari segi vote yang terbanyak dan ada step seterusnya yang akan diberitahu oleh cik penganjur pada masa-masa akan datang.;D

Untuk itu, aku mahu tag kawan di bawah untuk join:

samizul
ida
Ayu

Itu saja untuk entri ni.;D

Fesyen Yuna terbaru;D

Semalam masa tengok berita TV 3, ada cerita Yuna jadi duta untuk Canon. Bravo Yuna! Tapi, aku bukan mahu kupas pasal dia jadi duta, cuma aku mahu cerita sikit tentang fesyen tudung Yuna yang jadi ikutan ramai orang termasuk aku. hahaha. Di sekolah, ada budak yang gelar aku cikgu Yuna. hahaha. Besar betul pengaruh artis, kan? budak semuda 7 tahun pun kenal.;D
Aiseyman


Dari awal pembabitan Yuna, macam-macam jenis fesyen tudung yang dia pakai.

 No: 1

Yang ini masa fesyen tudung berwarna-warni. Since aku suka warna warni, aku pun ada juga stok tudung ni. Meriah rasa hati kalau pakai macam ni. Yang sedih pun jadi happy;D

No: 2

Lepas tu, Yuna pakai macam ni pula, ala-ala Datin Siti. Kalau pakai macam ni, pastikan tudung dalam tu tidak panas, tapi, kalau kamu mahu keluar peluh sampai mekap cair, oh, bisa saja.;D

No: 3

Yang ini, demam Fesyen Hana Tajima. Terus ramai orang yang ikut fesyen ni walaupun ada yang tidak sesuai dengan muka. Tapi pada aku, as long as kamu yakin dengan apa yang kamu pakai. Ya, hantam saja. Yang penting kamu ada high confident level hinggakan kalau orang tengok kamu sampai kepala pusing 360 darjah pun, kamu masih yakin yang kamu itu elegant bukannya ada sesuatu yang tidak kena sebabnya fesyen ni adalah fesyen serabai yang unik;D
Yang da latest, ni la fesyen tudung Yuna lepas balik dari Luar Negara. Ala-ala wanita di Afrika. Ni memang stylish tapi, aku lebih suka tengok Yuna pakai tudung yang macam dalam gambar 1, 2 dan 3 dari sytle macam ni. Yang ni nampak matang sangat dan aku suka nampak yang comel-comel. Sebab, macam aku yang akan menganjak ke 30 tahun depan tetap mahukan fesyen ala-ala muda remaja. hahaha.

Dan, masa aku tengok gambar Yuna pakai macam ni, aku terus teringat Corazon dalam drama Marimar TV3 tu. Lebih kurang sama kan fesyen dorang;D
No:5


sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...