Sunday, 31 July 2011

Salam Ramadhan untuk semua

Satu persatu fasa kehidupan bertukar. Dari kecil ke besar, dari belajar ke bekerja dan dari bujang ke berkahwin, ada seribu satu cerita yang sudah dikongsi bersama insan-insan penting dalam hidup aku. Perjalanan hidup yang adakalanya terlalu sukar untuk dilalui tapi bila aku mengamalkan konsep tawakal 100% kepada Tuhan selepas berusaha, Alhamdulillah,  jalan hidup aku dipermudahkan. 

Perkara yang pasti selalu diduga oleh kebanyakkan orang ialah bila sebelum ini kamu berbuat baik dengan orang lain biarpun orang itu tidak mengendahkannya. Tapi, karma hidup memberikan peluang kepada orang tu untuk berbaik semula dengan kamu walaupun mengambil masa yang agak lama. Alhamdulillah sekali lagi, satu persatu, individu yang pernah aku dendam mula datang berbaik semula dengan aku. Mudah-mudahan saja semuanya ikhlas dan hati aku pun bersih dari dendam lagi.

google

Mungkin, berkat Ramadhan yang datang menjadikan perjalanan hidup menjadi semakin mudah. Esok, bermulanya Ramadhan. Ketibaan Ramadhan kali ini sangat mengujakan aku bila pertama kali menyambutnya  dengan gelaran isteri. Malam ini, solat terawih untuk malam pertama Ramadhan akan aku dan suami tunaikan. Ya Allah, besarnya rahmatMu. Terima kasih kerana memberikan peluang seperti ini.

Kepada semua pembaca muslim, 

selamat menyambut ketibaan Ramadhan. Moga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kalian. Inilah masanya untuk kita mendekatkan diri kepada Tuhan, menambahkan amal ibadah dan meningkatkan tahap keimanan kita. Mudah-mudahan Ramadhan disambut dengan hati bersih. Jangan lupa, berwasatiah atau bersederhana dalam berbelanja, ya.^_^

Header ciptaan Si Aki Karut

Akhirnya, kecintaan aku terhadap corak abstrak dapat juga diabadikan dalam header blog aku. Bagai ada rama-rama dalam perut, begitulah rasa di dalam hati bila keinginan tu tertunai. Ehem. ^_^.

Bukan aku pencipta header ini. Aku tidaklah sepandai ini untuk mengedit segala. Ada insan berhati baik yang sudi buat header ini. Nama dia : Aki si karut. Nama dia Aki ni memang agak kiut pada pandangan aku. Nama yang senang diingat, senang disebut sama dengan orangnya yang senang dibawa berbincang. Ehem, Wahai girlfriend Aki, kamu memang lucky dapat Aki ni. Phewet banyak-banyak.

Ni header c Aki. Gambar yang menunjukkan betapa dia sempoi saja. ^_^. Terima kasih banyak-banyak Aki sebab sudi buatkan header untuk blog aku. Minta maaf sebab lambat buat enti khas untuk Aki. Almaklumlah, suami kesayangan aku ada di rumah jadi, masa untuk update blog kurang sikit. hihi.


Moga Aki selalu murah rezeki, panjang umur dan rahmati Tuhan selalu. ^_^



Minta maaf Aki sebab save gambar ni tanpa kebenaran. Jangan marah ^_^.


Header yang dia buat ni memang menepati citarasa aku. Dari corak hinggalah ke pilihan warna. Terharu bila nampak warna putih, hijau dan merah tu. Macam tau-tau saja Aki akan pilihan warna kegemaran aku. ^_^. 

Suami kata: header tu cantik dan pandai Aki buat. ^_^

Untuk para pembaca blog aku,

silalah datang ke blog Aki dengan klik sini >http://exyanne-collection.blogspot.com/.
Entri yang dia post pun best-best. Kamu tentu akan tersenyum-senyum sambil baca. ^_^



Blackberry playbook yang aku mau

Aku adalah orang Digi. Tapi, pendirian aku sebagai orang Digi agak tergugat bila ternampak benda ni.


Ehem. Ini offer khas untuk orang Maxis. Ia akan available di Maxis centre tidak lama lagi. Halusnya rupamu, wahai blackberyy playbook

Aku congak-congak duit. Sadisnya. Duit tidak cukup. Maka, aku berdoa supaya ada bonus untuk Hari Raya ini.

Klik sini untuk tengok offer blackberry playbook:

Friday, 29 July 2011

Pahala untuk seorang isteri

5 jam lagi dia sampai. Maka, aku kena lari-lari anak untuk siapkan semua seperti gambar di bawah.

SUMBER: http://kaapizone.blogspot.com
Part paling penting, adalah seperti gambar di bawah. Dia sudah telefon tadi bertanya, masak apa. ^_^. Menu sudah ada. tinggal buat saja lagi. Ehem.


SUMBER: http://pthousewife.tumblr.com/

Ni aku mau sharing untuk semua kaum hawa yang bergelar isteri. Kita adalah golongan yang paling senang dapat pahala dan paling senang juga dapat dosa. Tapi, aku sentuh tentang pahala saja hari ni. ^_^. 
Para isteri yang disayangi sekalian, 


antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri supaya dapat pahala lebih ada dibawah ni. Jadi, kamu baca dan nilai sendiri diri. ^_^

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami :
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami :
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami :
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
4. Menghamilkan benih suami :
Fadhilat : mendapat pahala syahid
5. Isteri mandi Junub dengan suami :
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor
kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak :
Fadhilat : isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain suami yg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.
7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan :
Fadhilat : seolah-olah berzikir kpd Allah
8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya terus dia terus masuk syurga.
Aku mengira dengan tangan berapa pahala yang aku dapat. Mudah-mudahan kita semua dapat pahala berganda-ganda.^_^
Okay semua. aku buat kerja dulu ^_^

Wednesday, 27 July 2011

Mata cantik dengan : Bausch + Lomb: see better live better


Tidak berkelip mata tengok mata ini. Subahanallah. Indahnya ciptaan Tuhan ni. kalau kamu punya mata cantik seperti aishwaryarai ni, kamu dikira beruntung dan boleh la kamu kelip-kelip mata selalu seperti patung.^_^

Tapi, bila kamu tidak punya mata secantik ini, salah satu cara untuk buat mata kamu dari kecil kepada sepet ialah dengan pakai lens. ^_^

Ada juga yang rabun tapi takut untuk pakai lens. Antara salah satu puncanya, baru sekejap pakai, mata kamu sudah rasa macam berpasir atau kamu rasa macam mata kamu berlapis-lapis. ^_^


Sumber
Apa kata kamu cuba pakai soflens38 dan soflen59 ni? Lens ni sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan lens dan mata yang sensitif. Ya lah, mata yang sensitif memang bermasalah untuk pakai lens. Kalau tiba-tiba mata jadi merah, terus, orang tengok kamu pun takut. lari laju-laju ^_^


Ni adalah kebaikan softlens38 dan softlens59 ni: 

klik untuk pembesaran


Selain dapat pakai lens yang menyelesakan mata (teringat kata-kata farah fauzana dalam iklan shampoo ntah apa nama ntah..lupa daaa), kamu pun boleh joint contest Freedom to look hot  dan mungkin kamu adalah pemenang kereta suzuki alto  sebagai grand prize  ^_^. Wow, itu sudah hebat.^_^
sumber: http://www.freedomtolookhot.com/contest.php
Selamat mencuba untuk semua pembaca sekalian ^_^. 

Semua maklumat tentang lens ni kamu boleh klik di sini:  http://www.freedomtolookhot.com/contest.php

Ini adalah salah satu contoh orang yang bermata kecil dan memakai lens lalu, mata pun besar.^_^
Yeah, satu malaysia ^_^

Rindu kisah naik bas UiTM KK ( Peraduan Touch n go)

Sebelum aku ada kereta sendiri, aku sudah sangat sebati dengan pengangkutan awam terutamanya bas. Masa tu, menunggu bas datang adalah satu rutin yang menyeksakan lebih-lebih lagi kalau masa tu ada urusan yang perlu aku selesaikan dengan segera. Tapi, gara-gara pakcik bas lambat sampai maka, urusan pun ada yang tidak usai dan terpaksa ditangguh lagi di masa lain.

Mengenang zaman di UiTM, naik bas menjadi satu kenangan paling indah. Sedar diri masih bergelar pelajar jadi,  aku dan kawan-kawan lain memang penunggu bas yang paling setia. Asal tiada kelas, okay, laju saja kaki untuk mahu ke bandar, tengok wayang. Boleh lagi marathon 4 kali tengok movie tu. 

Malangnya, semangat berkobar-kobar itu tadi akan punah bila bas lambat datang walaupun sudah sejam menunggu. Dan paling memboringkan lagi bila terpaksa berebut-rebut masuk dalam bas. Walaupun ada slogan 'woman first' tapi, semua tu tidak dipandang lagi oleh para lelaki sebab kalau tidak dapat tempat duduk maka, duduklah dalam bas tu selama sejam sehingga sampai di bandar. 

Almaklumlah, UiTM Sabah terletak di atas bukit yang menyukarkan untuk pelajarnya dapat bolos begitu sahaja. Kalau cun masa tu guard bernama Pakcik Misai tu punya turn bertugas maka, siaplah kamu dengan kad keluar. Siapa yang keluar illegal tanpa kad, sedialah telinga untuk dijerit oleh pakcik tu. Ya, ampun, aku masih ingat lagi bila dia teriak aku dulu sebab keluar juga walaupun sudah ada arahan tidak ada pelajar yang dibenarkan keluar hari tu. ^_^. Oh, pakcik, adakah kamu masih ada di sana? tahun ni masuk 5 tahun meninggalkan kampus itu. Rindu mahu tengok misai garang pakcik. hihihi.

Perjalanan jauh dari Menggatal-KK selalu buat aku tertidur. Pasal tu la selalu ambi tempat tepi tingkap. Senang untuk lentok dan dapat udara segar. Aku paling pantang kalau masa tu ada aroma segar dimiliki oleh penumpang sebelah, huiiii, buka tingkap luas-luas. Boleh muntah kalau aroma tu terlalu segar. ^_^

6 tahun menggunakan bas awam di UiTM, alangkah baiknya kalau masa tu, ada peraduan Ride,Touch n Win sudah diperkenalkan, aku yakin ramailah pelajar UiTM KK menang hadiah IPAD, Samsung Galaxy Mini,  2x Tiket Wayang bernilai RM120 dan sagu hati 10 x baucar tambah nilai  Touch  n Go RM100. Malangnya, tiada ada. Nehi. nehi. nehi. 

Sekarang ni, peraduan tu ada dengan kerjasama pengangkutan Bas RapidKL. Bestnya. Kalau guna kad Touch n Go tu selalu dan dapat nilai paling tinggi, hasilnya dapatlah juga hadiah mingguan seperti di bawah:


Klik untuk tumbesaran

Aku teguk air liur kosong sajalah. Sebab di Kuching pun tidak ada touch n go. ^_^. Kalau kamu berminat untuk menyertai, ni cara menyertai peraduan tu:

Klik untuk tumbesaran
Atau kamu boleh pergi saja ke lawan web ini: http://www.touchngo.com.my/rtw/


Dalam web ni, ada syarat penyertaan dan senarai nama pemenang yang sudah berjaya ikut peraduan ni.
Cepat, kamu masih ada peluang sebab peraduan yang bermula 20 Jun ni akan berakhir pada 20 September 2011. 

Atleast, kamu dapat sesuatu setelah naik berulangkali naik bas. Mana tau, hadiah kamu tu boleh jadi  bahan yang akan kamu ceritakan dengan anak cucu kamu nanti. Mesti bangga sebab dengan naik bas pun boleh dapat hadiah.^_^. Atau kamu boleh dapat tengok wayang dengan kekasih kamu berkali-kali.^_^

Okay, selamat mencuba.

Nuffnang bagi tambah duit lagi dan lagi ^_


Alhamdulillah, rezeki masih dimurahkan. Gembira hati bila duit dalam akaun nuffnang sudah jadi RM 10.50 dan maknanya aku hanya perlu RM 39.50 untuk cash out. ^_^.  Last update untuk nuffnang aku ialah RM 8.00 pada 18 July 2011. Dan hari ni 27 July 2011,  nuffnang bagi lagi. Alhamdulillah ^_^.

Bila dapat earn makin bertambah, semangat untuk buat entri selalu makin membuak-buak. Harap-harap, bulan Sept sudah boleh cash out. ^_^

Untuk kawan-kawan yang belum dapat earn dari Nuffnang, jangan putus asa.Yang penting, teruskan update blog, okay ^_^

Sekali lagi, Terima kasih yang tidak terhingga untuk Nuffnang.


Sayang Nuffnang selalu. ^_^

Wordless wednesday 7:

Asal kurus jadi gemuk mesti kena kutuk


Lihat sekeliling kamu, kamu sangat beruntung bila ada di kalangan orang yang berada di kiri dan kanan kamu bersikap agak penyibuk sedikit atau mulut agak laser. Sebab, bila  ada yang selalu menyibuk dan mulut laser, kamu akan senang tahu akan kelemahan diri kamu. Selalunya, bila orang mengata kita, kita rasa macamlah dia baik sangat atau macamlah dia cantik sangat untuk mengutuk kamu.  Tapi, kali ini, apa kata, kalau kamu ambil kesibukan orang lain tentang diri kamu itu sebagai satu cabaran, okay, boleh kan?

Untuk lebih faham, aku bagi contoh begini:

Kamu ni sememangnya punya bentuk badan slim macam gitar a.k.a kerangga lah konon-kononnya.



Tapi, tiba-tiba bila kamu timbang berat kamu, oh my god! kamu terkejut. Ada pertambahan sedikit mungkin 1/2 kilo atau 1 kilo. Kamu terkejut tapi, kamu masih positif.  Dalam hati kamu kata, lepas ni jaga makan lah.


Hah, macam ni lah kamu mahu berdiet. Jaga jumlah kalori yang masuk di dalam badan kamu.




Tapi, adalah pula tiba-tiba lagi selepas itu iaitu, bila ada kawan yang penyibuk ni dengan selamba kodoknya mengata kamu depan-depan yang kamu sudah gemuk. Mesti muka kamu padan, kan? Maka, sebab itulah aku sudah mention tadi. Kamu jangan naik angin dulu. 

Kadang-kadang orang yang mengatakan kelemahan kamu itu adalah di pihak yang betul dan kamu kena ambilnya sebagai satu cabaran untuk kamu jadi kurus semula dan berbadan ala-ala kerengga lagi ^_^. Jangan melenting. Biarkan dia berkata-kata. 

Bak kata pepatah, kalau kita mahu tahu apa kekurangan dan keburukan kita, cuba dengar kata musuh kita. Memang dia akan cakap yang buruk-buruk saja tentang kamu. Masa tu mungkin kamu tidak dapat terima kekurangan kamu tapi, cuba fikir semula sewaktu kamu tenang. InsyAllah, kamu akan dapat perbaiki kekurangan kamu satu hari nanti. 

Dan sudah tentu, kamu akan berazam untuk menguruskan badan sebab si penyibuk tadi sudah terang-terangan katakan kamu gemuk sedangkan kawan rapat kamu kata: kamu biasa-biasa saja. Oh, awas, mungkin itu manis di mulut saja.



Jaga kesihatan, sebelum penimbang berat tu cakap macam ni. hahaha

Wah, aku masih mahu nampak begini walaupun sudah berbadan dua nanti. pheweeet ^_^
sumber image: 



Tuesday, 26 July 2011

Tips hilangkan stress dan dapat percuma tiket ke funky kopral

Hari-hari ada saja benda yang bikin stress. Bikin tekanan, panas hati, geram dan sakit hati. Kalau boleh mahu saja dilenyek-lenyek macma kentang orang yang buat angkara dengan kita, kan? macam tu la salah satu rasa bila sudah tertekan dan paling sadis kalau tidak ada sesiapa pun kawan rapat kamu yang boleh dengar luahan rasa hati kamu. 

Tapi, kamu jangan pening kepala. Relax. Calm down. Tarik nafas panjang-panjang. aku akan senaraikan beberapa perkara yang boleh kamu buat untuk hilangkan tekanan kamu @ kamu boleh pilih mana perbuatan yang selalu kamu buat bila kamu rasa tertekan.

1) kamu dengarlah muzik suka-suka hati kamu. Pasanglah lagu yang boleh bikin rasa kamu tu terluah. Kepala kamu angguk-angguk pun, okay, layan saja.^_^

sumber

 2) Atau kamu memilih untuk menyanyi lagu kesukaan kamu atau lagu yang jarang atau tidak pernah kamu lakukan. Misalnya, lagu dangdut : "aku benci, benci, benci padamu". Jujurnya, bila kamu nyanyi lagu yang bersesuaian dengan perasaan kamu masa tu, itu boleh beri kelegaan dua kali ganda.^_^

sumber
3) Selalunya bila rasa tertekan yang tiada kawalan, aku lebih suka tidur. Bila sakit kepala memikirkan sesuatu perkara, masa tu la aku akan decide untuk pretty sleep. Memanglah bila bangun nanti, akan teringat lagi benda tu tapi at least, sudah ada kelegaan sedikit dalam diri aku sebab tidak perlu fikir apa-apa masa tidur.

Tidur adalah umpama mati sekejap, bukan bererti mahu mati tapi, aku selalu berangan-angan mana tahu ada mimpi tentang penyelesaian masalah aku masa tidur. hahaha. Okey, sebenarnya, bila dapat tidur yang cukup, otak sudah ada oksigen yang cukup dan ini akan menjadikan sistem pemikiran dan perasaan kita tenang semula. Barulah boleh fikir penyelesaian masalah kita dengan baik.
sumber
4) Inilah masa kamu untuk makan dengan gembiranya walaupun hati kamu sedang panas. Sikap ni sebenarnya tidak digalakkan sebab ini boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan kamu. Tapi,  untuk kepuasan hati kamu sendiri, sila jangan dengar cakap orang lain. Ikutlah kata hati kamu. Makanlah kalau kamu rasa cara itu boleh melegakan hati kamu asalkan kamu tahu limitnya dan jangan lupa minum Bliss yougart lepas tu ^_^.

Orang lain boleh cakap nanti kamu gemuk tapi, yang menanggung sakit hati  masa tu adalah kamu. Jadi, be yourself. Aku, masa ni la makan aiskrim dan coklat dengan banyaknya sebab bagi aku dua makanan ni memang pengubat sakit hati yang paling sedap.^_^



sumber


5) Kalau kamu kaki shopping, apa lagi, ambil kunci kereta dan drift terus ke shopping complex yang kamu suka. Belilah barang yang kamu suka. Swipe saja kad kamu. hahaha. Aku bukan mengajar untuk boros tapi, kamu akan rasa betapa bahagianya bila dapat apa yang  sudah lama kamu idamkan. Sebab masa akal masih waras (tidak tertekan) kamu akan teragak-agak untuk beli barang tu. Tapi, dalam keadaan yang tertekan, apa yang kamu lakukan adalah untuk puaskan hati kamu. Psst, hujung bulan, jangan lupa bayar atau kamu akan lagi tertekan pula.
sumber
5) Berdoa dan solatlah. Tidak kira apa pun agama kita, masing-masing ada kepercayaan. Dirikan solat dan mohon doa supaya kamu diberikan ketenangan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan hidup. Insyallah, Tuhan suka kepada hambaNYA yang selalu berdoa. Mudah-mudahan saja kamu selalu bahagia. Amin ^_^

sumber
Perkara lain yang kamu boleh buat ialah:



Pergi ke Opera Sunway Pyramid
Pada 30 July 2011
Jam 7 pm

Dan kamu tadahkan telinga kamu untuk dengar dari Projek Pistol, Estranged, MC Vibe, DJ Point dan Wicked Aura. Apa kata kamu rock n roll lagi sana ^_^. Yeah!

Kamu boleh dapat tiket percuma dengan dalam website ini :
@

Monday, 25 July 2011

dha produk

Hari tu, aku hairan, kenapa ada beberapa orang kawan sekerja aku nampak lain dari biasa. Mula-mula, aku buat tidak tahu saja walau ada rasa pelik. Bila aku cam betul-betul, rupanya muka mereka berbeza sebab tidak ada pemakaian bedak mahu pun two way cake di wajah mereka. Oh, masa tu, aku masih juga buat tidak tahu.

Selang beberapa minggu, makin ramai pula yang tidak pakai bedak. Dan sok sek antara mereka, rupanya ramai yang sedang cuba pakai satu produk kecantikan ni. Wah, wah. Aku suka kalau benda-benda begini. Mereka jadikan model seorang kakak tu yang sudah pun pakai 2 bulan produk tu. Mula-mula, aku tidak perasan pun muka dia sebab aku bukannya selalu duduk berdepan dengan dia. So, kurang prihatin dengan perubahan muka dia. Tapi, lepas melihat muka kakak tu, wow! memang ada perubahanlah yang aku nampak dari mata hitamku. Muka dia nampak lebih bersih dan  tegang gitu. ^_^ . Pssstt, kakak tu dah berumur 40++ 

Cerita punya cerita, rupanya kawan-kawan sekerja aku ni tengah pakai produk D-HA. Kamu pernah dengan produk ni? ni la first time aku dengar dan tahu pasal benda ni. Ada seorang dua juga yang promote dengan  aku untuk pakai tapi aku ni jenis bukannya pakai terus sesuatu produk. Aku kena servey dulu produk. Benar, aku sudah nampak hasilnya dengan kakak yang seorang tu tapi, jauh di sudut hati, aku masih juga mahu cari lagi banyak info. 

Cari punya cari, aku dapatlah info ni:

Produk ni ada 4 jenis: sabun pencuci, serum, day night cream dan day cream. Produk ni diperbuat berasaskan herbal dan ada dua kategori: tutup hijau untuk 40thn ke atas dan tutup pink untuk 40 thn ke bawah, Dari pembacaan ni, aku rasa produk ni dari indon rasa. Kalau salah, harap perbetulkan ya.^_^. 
klik sini: sumber 
Kegunaan produk ini:

• Melembabkan, memutihkan, dan mencerahkan kulit wajah.
• Membantu menyamarkan noda hitam.
• Mencegah timbulnya jerawat.
• Menyamarkan garis halus dan memperlambat tanda-tanda penuaan dini.
• Mengecilkan pori-pori.

Cara Penggunaan:
• Oleskan cream pada wajah sampai merata dan tipis secara teratur.
• Gunakan sesuai aturan, pada pagi/ siang hari untuk cream siang dan malam hari untuk cream malam.

SUMBER LEBIH DETAIL KLIK SINI > indonetwork 
KLIK INI JUGA griyaarliva

Kalau diteliti, produk ni bagus. Tapi, bagi aku, mungkin kalau sesuai dengan jenis  kulit muka, cantiklah muka pemakai macam kakak tu. hihhi. Tapi, kalau tidak sesuai dengan muka maka, pakai 10 botol pun, muka tetap sama. Tetap tidak halus dan mulus.

Konklusinya, aku kena tunggu lagi kesan dari kawan yang lain. Sebab nampaknya tadi, ada beberapa orang lagi yang beli produk DHA tu dengan kakak tu. Mungkin excited tengok perubahan muka kakak tu yang tegang ala krisdayanti gitu.  Alhamdulillah. ^_^.

p/s oh, aku baru tahu yang lepas pakai produk ni, tidak perlu lagi pakai alas bedak mahu pun pakai one way cake sebab muka sudah cantik. Wah. Kalau begitu, rugilah penjualan barangan mekap nanti. hihhi

fesyen Hana Tajima, fesyen Yuna & Jangan sentuh hp saya kecuali pacarku



Assalamualaikum dan selamat pagi semua ^_^ 

Minggu ni, bila aku check nuffnang, aku perasan antara keywords yang paling hits selalu dicari oleh pembaca ialah :
1) Hana Tajima fesyen 
2) fesyen Yuna terbaru 

Sebenarnya, setiap kali check keywords, memang fesyen hana tajima memang selalu ada dalam keywords nuffnang aku. Kamu memang hebat hana! Fesyen kamu jadi gilaan ramai orang termasuk juga aku walaupun fesyen itu telah aku tukar ikut selera aku. ^_^

Cuma, yang aku rasa pelik, bila ada yang hits jangan sentuh hp saya kecuali pacarku. hihihi. Aku ketawa sendiri.  Terus aku berfikir-fikir, ini mungkin pembaca dari indonesia. Hai kamu, jangan lupa singgah lagi ya ^_^


Last week,  pembaca hits fesyen pemakaian tudung bawal. Maka, aku rasa  gembira sebab penggunaan keywords untuk tudung bawal pada entri yang lepas telah memberikan traffik juga walaupun ramai yang sudah simpan tudung bawal dalam laci berkunci. Aku ada post entri untuk pemakaian bawal seminggu bila aku cuba untuk tukar selera dengan pakai tudung bawal.

Dan ini gambar yang diambil tadi oleh suami tersayang. Mungkin konsep loose shawl ni agak sempoi sebab tu ramai yang gayakan fesyen macam ni.

Bagi aku, loose la macam mana pun, lilit la berapa lilit pun, yang penting, masih nampak sopan dan manis terutamanya di mata orang yang kamu sayang. Tiada guna bermanis-manisan di hadapan orang lain tapi di hadapan orang tersayang, serabai sana sini.



aku masih mencari kalau ada Ex-10der  Dahya ni masih  dijual. Aku ada satu saja dalam simpanan. Tengok dalam fb, sudah tidak ada yang promote baju ni. Kalau ada, harap ada yang maklumkan ^_^



Di samping, bermanis muka, jangan lupa masak untuk orang tersayang. Memang makan di luar itu sedap dan lazat tapi, tetap ada bezanya dengan air tangan kamu, wahai isteri yang selalu disayangi suami.
  ( Menu: petola tumis udang kering )

Paling penting, masaklah masakan kegemaran orang yang kamu sayang. Gerenti, dia akan sayang kamu lagi dan lagi. Selalu dan selalu. ^_^ ( menu: sambal udang tumis , kegemaran aku dan suami )
Sekian saja untuk hari ini.
Happy monday ^_^
p/s kebaya silau itu apa?

Sunday, 24 July 2011

Rak buku Ikea menjadi idaman


Kecintaan pada buku selalu buat aku berangan-angan untuk ada rak buku seperti ini. 


google


Rak yang punya deretan jenis buku untuk dikhatam berulang kali. Disusun mengikut warna mungkin menjadikan aku selalu rajin untuk membaca tanpa ada rasa jemu.


google
Perkara pertama yang perlu dibuat, kena ada buku yang banyak. Mungkin buku yang ada di rumah, sudah boleh dikira banyak untuk dimuatkan dalam rak ini. Perkara ke-dua, aku kena beli rak ini secepat mungkin supaya impian akan menjadi kenyataan.

(google)
Rak buku Ikea. Aku suka sebab ia warna putih !
hmm.. mungkin hajat ni perlu disegerakan. Mudah-mudahan ada rezeki lebih dalam masa yang terdekat ini. ^_^

Hadiah suami untuk isteri yang bersedih

Benarlah kata orang, setiap di sebalik pintu kesedihan, pasti ada pintu kegembiraan. Walaupun, hari ini bermula dengan sikit kesedihan untuk aku dan suami tapi, bila malam datang, oh ada pula kegembiraan datang. Macam tidak sangka pula. Terus aku senyum-senyum. Masa taip entri ni pun senyum juga. Gembira dan Bahagia. Terima kasih, Tuhan. ^_^

Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup. Bukannya berkongsi bantal dan selimut saja tapi, ia berkongsi setiap kegembiraan dan kesedihan. Masa bujang, bila sedih dan gembira, yang dicari adalah keluarga dan kawan. Sekarang, setiap kali ada berita gembira mahupun berita sedih malah cerita sakit hati, cepat saja dail no suami, cepat saja buka cerita dengan suami. Biarpun kadang-kadang cerita tu kurang pentingnya tapi, dikongsi juga jalan ceritanya dan suami masih juga mengangguk dan menjawab setiap persoalan dalam cerita yang tidak tentu aku tu.

Kalau diikutkan, ada sebahagian lelaki yang tidak mahu melayan cerita perempuan kalau pada hematnya tidak penting kecuali perempuan itu ada kepentingan baginya. Lelaki adalah golongan paling simple. Benar, mereka juga golongan yang complicated, sangat complicated bagi aku bila mana aku banyak kali diluka oleh golongan ini tapi ada bab lain mereka sangat senang untuk difahami.

Misalnya:

Cerita A:


Nani: kau ingat kah baju merah yang aku beli di parkson tu?
Dira: Oh, baju yang ko beli  dengan harga diskaun 50 % tu dan pada hari sama aku beli kasut di vincci tu?
Nani: ya, baju itulah. Kau tau, si Lala pun beli baju yang sama lepas aku pakai baju tu ke pejabat kemarin. Rupanya dia pergi beli baju tu juga. Patutlah dia bukan main puji masa aku pakai. Geram betul.
Dira: ya ka? teruknya macam tu kan. Tidak sangka pula dia boleh buat begitu.....

Lalu cerita tu berpanjangan berjam-jam lamanya  sampailah ke perkara yang tidak tidak mengena pasal c Lala mereka ungkit.

Cerita B:

Nani: Zul, kau tau tadi masa sampai pejabat, punyalah sakit hati. C Lala tu pakai baju yang sama aku beli minggu lepas.

Zul: Ya kah? Okay, jangan pakai baju tu lagi.

Kalau kamu perasan perbezaan cerita A & B, perbualan antara perempuan dengan perempuan, ia lebih panjang, lebih detail dan ia akan berpanjangan tetapi bawa kelegaan kepada orang yang bermasalah. Tapi, kalau dengan lelaki, ia bersifat lebih mudah kerana perbualan bersama mereka lebih kepada menyelesaikan masalah. Itu yang aku suka.

Mereka jarang untuk memanjangkan cerita. Mereka ringkas tapi tunggu bila masa bercerita sesama mereka atau MAN'S TALK, wah, ada kamu semacam tidak percaya bila mereka boleh puji atau maki seseorang tanpa henti. Ya, aku sedar benda ni bila aku berkawan dengan ramai kawan lelaki yang mana mereka adalah kawan suami.

Maka, bila aku bercerita dengan suami, dia layan saja. Walau cerita itu mungkin tidak best tapi at least dia berusaha untuk jadi my good listener. Bila aku cerita khabar sedih dengan dia yang mana kami perlu menanti lagi bulan seterusnya untuk tukar status jadi mummy & daddy, dia masih dengar dengan hati terbuka. Terima kasih, sayang.

Dan, dia sangat pandai ambil hati aku bila ada khabar begini. Dia bawa keluar jalan-jalan dan masuk kedai elektronik. Aku jadi tidak terkata-kata.

Terima kasih untuk hadiah itu. Lepas ni, aku tidak cuci baju pakai tangan lagi. Sudah ada mesin basuh baru. ^_^. Dan, ada 2 pasang kasut Vincci idaman hati. ^_^



p/s sila baca buku tulisan STEVE HARVEY bertajuk act like a lady, think like a man. Buku tentang apa sebenarnya yang lelaki fikirkan mengenai cinta, hubungan intim dan komitmen. Penceritaan yang sangat hebat bagi aku.

Thursday, 21 July 2011

Contest kaki paling comel

Malam ni, langsaikan tag dari kawan lama aima untuk satu CONTEST KAKI PALING COMEL (sungguh,  kaki aku tidak comel tapi tiada salahnya untuk join saja, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.hihihi ^_^).

Contest ini dianjurkan oleh ailylrozanna, blogger seperti artis  korea itu ^_^ dengan hadiah yang aku rasa comel juga.


Mula-mula: copy banner ( done )
KLIK SINI UNTUK JOIN



2) Aku letak gambar kaki dengan wedges ini.  Wedges sudah agak usang gara-gara selalu sangat dipakai tapi tetap di sayang ^_^. Maka, abaikan keusangan itu.
ehem...Inai masih ada di jari jadi, semoga masih ada pemanis untuk bawa menang ^_^


Okay,  kalau kamu mahu join, masih available lagi tarikhnya.
Btw,  tq very much aima ^_^ the hot mumy for tag me dan tq juga untuk ailyl untuk contest ini. Moga murah rezeki selalu ya. ^_^


Mangsa tag ialah:
icahya
cinoi
aki (boleh juga untuk lelaki ni.hihihi)

Berhati-hati dengan pakaian dan percakapan

Untuk jadi diri sendiri, banyak perkara kena kekalkan dan ubah ikut syarak dan peraturan duniawi. Kadang-kadang aku bosan begini. Bukan bosan kerana jadi diri sendiri tapi, bosan dengan rutin yang sudah imun untuk diri aku. Bila sudah berada di zon selesa, mulalah berangan untuk berada di zon yang lain. Tapi, kalau dapat zon yang teruk, mulut tidak berhenti merungut dan mengomel.

Masa kecil dulu, tidak sabar untuk cepat besar dan jadi orang bujang. Almaklumlah kata mama, budak kecil belum boleh jalan ikut mama keluar beli barang di kedai, budak kecil kena duduk rumah, budak kecil kena makan banyak supaya cepat besar, budak kecil tidak boleh nangis nanti polis tangkap dan banyak lagi leteran mama yang jadi makanan cuping telinga aku dan adik beradik.

Masa tahun 3, aku minat dengan seorang cikgu ni. Dia ajar subjek BM. Aku suka dia sebab kononnya pada mata aku, dia sangat cantik. Bila dia pergi sekolah, aku selalu perhati baju dan kasut dia. Maka, dari situlah keinginan aku untuk berkasut tinggi dan dapat pakai baju lawa macam tu mula terniat di hati.

Maka sekarang, barulah aku faham kenapa setiap kali aku pakai kasut tinggi ke sekolah dan ada saja budak yang akan tegur: cikgu, kasut cikgu cantik. Dan yang buat aku terharu tu, budak tu siap tunduk mahu touch riben kristal besar di kasut aku tu. Oh, aku rasa tergamam sekejap. Budak tu baru tahun 2. 

Dan aku mulai sedar, betapa pengaruh sekeliling terutamanya orang yang selalu kita nampak akan beri impak pada diri kita. Aku juga perlu berhati-hati untuk setiap pakaian yang aku pakai setiap hari kerana aku sedar bila aku pakai baju hijau, tudung hijau, kasut hijau tapi beg krim+pink lalu, budak akan tanya: cikgu, kenapa tak pakai beg warna hijau?

Dengan selamba aku menjawab, kalau saya pakai semua hijau, nanti kamu nampak saya macam pokok.

Budak, kalau sudah bertanya, harus diberi jawapan yang beralasan, alasan yang mereka boleh nampak. Sebab kalau alasan tu mereka masih tidak boleh nampak dan faham maka, esok hari, dia akan tanya lagi dan lagi.

Samalah juga dengan setiap perkataan yang diucap. Seingat aku dari kecil hingga sekarang, aku dididik supaya menjaga tutur kata. Walau aku sudah kahwin pun, perkara pertama yang mama pesan untuk aku dan suami ialah jaga tutur kata aku dengan suami. Cuma, bila dunia menjadi semakin moden, maklumat hanya dihujung jari, kadang-kadang ada kata yang diucap bertukar jadi kata-kata maha menakutkkan. Mujur bila balik kampung, mulut bagai dikunci untuk berkata memaki ka apa. Lansung tidak berani untuk berkata depan mak ayah.

Tapi, semalam aku jadi sangat kecewa bila ada budak yang baru berumur 8 tahun sudah tahu untuk menyebut p***m*k kerana marahkan kawannya. Rasa menyirap darahku. Aku panggil dia dan bertanya: adakah dia tahu apa maksud yang dia sebut?. Dia jawab: tidak sambil geleng kepala.

Jadi, kalau dia tidak faham kenapa pula bila dia marah, dia maki kawan dia guna perkataan tu? atau dia nampak orang besar yang marah sebut perkataan tu?

hmmm... jangan jawab.



Penantian satu penyeksaan

Kekerapan untuk selalu mengantuk jadikan aku kurang aktif sekarang. Semua kena berjaga-jaga. Setiap langkah kena slow motion. Jalan pun perlahan-lahan. Tidak boleh lasak sangat. Penantian adalah satu penyeksaan. Menunggu sesuatu yang diimpikan sejak bergelar isteri. Mudah-mudahan saja Tuhan mendengar rintihan doa siang malam aku dan suami. Amin.

Ada 2 tag lagi yang belum aku langsaikan. Satu dari Aima dan satu lagi dari Hanjila. Ada pula cerita tentang Nuffnang untuk arina aka sepupu aku yang dia minta dari minggu lepas belum juga aku post kan. Oh, masa makin mencemburui aku. Esok bermula hari sebagai fulltime housewife. Jadi, nampaknya semua kena langsai hari ni dan malam ni juga. Harap semua sabar untuk menunggu  ^_^.

Aku langsaikan tugas harianku dulu. Sejak cerita Marimar tamat, keinginan untuk tengok tv sudah berkurangan. Alhamdulillah. ^_^.  Yang bagusnya, ada kerja lain yang sudah boleh siap dalam masa sejam itu. Cerita Dewa cinta pun semakin membosankan. Ada yang tidak logik jalan ceritanya. Ada yang bikin darah tinggi. Huh!

Okey, sekejap lagi, ada entri aku susulkan. Mohon permisi dulu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslimah ^_^.



Wednesday, 20 July 2011

Doodle muka marah vs senyum ^_^


Conteng punya conteng..

Finally, terhasillah lukisan paling buruk abad ni.

hahahahahaa.^_^



kredit to:Mira sebab bagi tunjuk cara buat doole guna gajet ^_^

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...