Tuesday, 30 August 2011

cerita 1 Syawal

1 jam lagi 1 Syawal akan berakhir. Hmm. Dari semalam suami suruh aku update blog. Kesihatan aku agak terganggu sebenarnya. Balik ke Labuan naik feri express memang buat aku rasa mahu muntah dan pening sepanjang hari. Berdenyut-denyut rasanya. Bila sudah lama tidak naik feri, ada macam-macam perasaan ada. Tapi, untuk menjimatkan kos, memang bagus naik feri ni cuma tahan sajalah dilambung ombak.

Seharian meraihkan aidilfitri dengan keluarga suami. Senak perut dibuatnya walaupun makan hanya sedikit. Habis diet sebulan dan kolestrol bertambah-tambah dengan kari, lemang, daging, air manis dan kek segala. Lepas balik kuching nanti, aku kena on diet semula. kononlah. Kalau dapat bertahan sebab nanti, ada jamuan ramah tamah raya lagi di sekolah. Mana tahan kalau tidak makan. Lainlah kalau aku tidak datang. For sure, aku tidak akan terliur tengok makanan tu semua, kan. Tapi, mahunya Guru Besar marah aku kalau aku tidak datang. Susah. Jadi, aku tidak mahu cuba-cuba. Cari nahas.

Tadi, mengalir juga air mata hawa masa telefon mama di kampung. Angah pun belum balik lagi jadi, 2 orang anak perempuan mama a.k.a orang kuat untuk buat kerja masa raya tidak ada memanglah buat mama pun nangis juga. Sayu hati bila dengar mama nangis. Ya, itulah kasih sayang mama yang tidak terhingga. Walaupun tanggungjawab menjaga aku sudah beralih tangan kepada suami tapi kalau sudah namanya mama, tetap mama juga. Dia tetap ingat anak-anaknya yang jauh dari mata. Hmm.. Lap air mata.

Sebelum 1 Syawal berganti kepada 2 Syawal, aku ambil kesempatan untuk susun sepuluh jari, minta maaf kalau ada isi penulisan aku dalam blog ni buat kamu terasa. Kadang-kadang aku menulis terlalu ikut kata hati dan kurang peka kepada hati orang lain. Maafkan aku, ya. Semoga aidilfitri bawa seribu kegembiraan untuk kamu semua. ^_^

Oren ^_^

Sunday, 28 August 2011

6 blog kegemaran

Setiap kali blogwalking gunakan masa yang ada, aku akan klik sebanyak mana blog untuk aku singgah. Kalau tidak ada idea untuk komen dalam entri, aku akan komen dalam shout box tu. Tapi, dalam semua list blog, ada beberapa blog yang jadi kegemaran aku untuk singgah walau sekejap. Lepas tu, aku ketawa seorang dan kagum seorang.

Antaranya:

1) exyanne collection:
Kecenderungan untuk singgah di blog ni adalah satu kemestian sebab pemilik blog yang bernama Aki memang mesra pembaca. Entri dia ada tentang cinta, kerja dan cerita mengarut yang lucu tapi ada pengajaran. Pasti, aku akan senyum dan gembira bila baca blog dia ni. Walaupun hanya kenal melalui blog tapi rasa seperti sudah jadi kawan lama yang mesra.

Blogger ni nama dia noe. Setiap kali dia update blog, aku pasti singgah. Entri blog dia adalah tentang personal life  dan pandangan dia tentang perkara yang remeh tapi sebenarnya banyak dialami oleh ramai orang contohnya hubungkait kecantikan dan bentuk badan. Bagi aku, dia selalu menaip dengan hati bukan merepek semata-mata. Itu yang buat blog ni jadi kegemaran aku.

Blog cikgu dahlia ni sarat dengan info. Since aku jarang untuk baca berita harian online mahu pun beli suratkhabar, aku banyak dapat info dari blog ni. Selalunya dia akan highlight berita penting dan kongsikan pendapat dia tentang berita tu. Jadi, pendek kata blog ni macam sumber berita untuk aku.

Pemilik blog yang aku rasa sangat berbakat dan kreatif dalam lukisan. Otak yang beku pun boleh cair bila tengok lukisan dia. Dia akan melukis dan bercerita melalui lukisan dalam entri. Sekarang ni, dia sudah ada buku content-conteng hasil lukisan sendiri untuk dijual. Cantiknya lukisan dia buat aku cemburu dan berangan-angan mahu punya tangan seni seperti dia.

Hanjila ni, kalau buat entri, aku rasa macam baca novel. Penuh rasa tersirat. Perlu dibaca berulang kali. Tapi, itu yang aku suka dengan ni. Cerita tentang cinta dan hidup dia sendiri. Penulisan yang aku rasa cukup matang dan diolah dengan kemas. ya, sebab tu walau dia jarang update, aku masih tunggu entri dia yang seterusnya.

Gadis dari Ranau, Sabah yang putih melepak ni pun ada tangan seni dalam gambar. Setiap kali dia ambil gambar, cantik dan oh cantik lagi. Cerita blog pun ada menarik dan tidak ditokok tambah dengan kisah remeh temeh. Peramah dan aku rasa seperti sudah berkawan lama dengan dia padahal kenal melalui blog saja. ya, azeanthy, jemput datang ke rumah raya nanti ^_^.

Itu adalah antara 6 blog kegemaran aku. Kamu boleh klik link mereka dan cuba baca entri mereka. Dunia blog ni memang ada banyak manfaat kalau digunakan dengan sebaik-baiknya. ^_^.

Salam ramadhan ke 28 hari. 

Saturday, 27 August 2011

Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang

Sang perantau sudah kembali ke tanah tumpah darahnya. Kepenatan tetap ada tapi riangnya hati menyedut udara kampung menghilangkan rasa penat yang ada. Disambut dengan senyuman dan aku rasa adengan yang aku paling suka ialah sahur tadi aku makan masakan mama tanpa aku perlu bangun memasak. 

Ini bukan anak yang tidak kasihankan mama sendiri tapi itulah nikmat menjadi perantau. Asal balik saja, boleh bermanja seperti puteri raja padahal sudah pun jadi isteri orang. Oh, di mana kan ku cari ganti, mama sepertinya. Mudah-mudahan dia selalu dipanjangkan umur dan aku masih boleh terus memenuhi kehendaknya selagi aku terdaya ^_^.

Hajat hari ini kononnya mahu mengemas rumah. Tapi, macam biasalah kalau hawa keluar membeli barang-barang, bukan hawa namanya kalau setakat 30 minit. Mahu juga sejam dua. Akhirnya, mengemas rumah tertangguh lagi sebab banyaknya senarai barang yang perlu dibeli sebagai keperluan dan hanya sedikit kehendak.
google
Keperluan yang aku maksudnya ialah, minyak, garam, gula, bawang  dan bla-bla. Jangan kata downy itu keperluan, itu adalah kehendak bagi aku. Tapi, aku masukkan juga dalam list barang dapur sebab mungkin suka dengan iklan ' owwwh, saya tak pakai minyak wanggi' dengan suara yang tulus itu. 

Selalu, suami mengajuk cara model tu bercakap bila bajunya aku basuhkan dengan downy. hahaha. Tapi, betul. Kalau pakai benda tu termasuk Soflan, baju jadi lembut dan tidaklah payah sangat untuk dilicinkan guna sterika. Terima kasih downy dan soflan.^_^

Untuk memenuhi kehendak pula, aku beli juga kain satin untuk buat selendang. Rasanya boleh berjimat dari beli siap yang dijual mahal. Kononnya mahu kelihatan anggun di aidilfitri. Ehem, berdebar juga rasanya beraya kali pertama bersama keluarga suami. Harap-haraplah nanti, pagi raya tu, adengan air mata tidak berlebih-lebih sebab kenangkan keluarga di kampung. 

Dan, bila aku tidak dapat update blog semalam, ada  pengajaran yang aku kutip sejauh perjalanan aku dari Kuching-Kota Kinabalu-Kota Belud. 

Pengajaran yang aku maksudkan ialah, perjalanan jauh memang memenatkan tapi, sepanjang perjalanan, ia mengajar aku untuk selalu bersyukur kerana masih ada yang menunggu kepulangan aku dan suami setiap kali ada hari istimewa begini. Bagaimana pula dengan mereka yang tiada keluarga lagi atau paling mudah, mereka yang kehilangan ahli keluarga di bulan ramadhan ini? 

Hmm, Semoga mereka diberikan kegembiraaan walau dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
google ( haiwan pun pandai berkasih sayang)  




Thursday, 25 August 2011

Jika isteri menangis di hadapanmu, hargailah ia sebelum terlambat


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd orang-orang yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".


resource: noor munira noor ali 



Wednesday, 24 August 2011

Kesan Safi Rania Gold


Sebenarnya aku selalu berusaha untuk keluar dari rumah tanpa perlu pakai foundation dan loose powder atau bedak tabur segala tu. Tapi, aku rasa muka aku akan nampak teruk sebab ia kurang gebu, kurang putih dan kurang halus.  Maka, dengan kadar kerajinan paling sedikit, aku akan tetap tenyeh benda-benda ni di muka aku.


kryolan, elianto dan anglefit. Aku ada pakai juga maybelline yang botol biru tu. lupa nama. Kamu ingatla apa-apa. Semua benda ni memang akan menampakan muka flawless tapi palsulah. Kalau lepas cuci mekap, muka kembali seperti biasa. Kusam.


Kemudian, kerana aku mula merasakan yang  kulit muka semakin dimamah usia, aku cuba Safi Rania ni. Mula-mula tu aku cuba krim kecantikan tu hujung tahun lepas. Asal pakai, jerawat pun datang kata hai, hai. Aku berhenti pakai. Takut.



Lepas tu, bulan 7  tahun ni, aku cuba pakai pencuci dan scrub.  Masih ada hati mahu pakai sebab yakin dengan produk halal. Okay, aku rasa sesuai dan aku beranikan pakai semula krim tu. Oh, makin ok. Dalam sebulan jugalah aku pakai. Masa tu, aku pakai krim kecantikan tu semula dan jerawat tidak kurang kata hai.


Bila, aku semakin yakin, aku cuba beli semua produk safi Rania ni dari pelembab malam dan siang, toner dan serum. Aku baru beli semua ni dalam 2 minggu lepas.

Dan, selepas pakai semua produk Safi Rania ni dalam masa 2 minggu, ni lah hasilnya.


GAMBAR TANPA DI EDIT.


Gambar sebelum
1 Mei  yang lepas. Masa ni muka aku agak gelap dan masih juga gelap walaupun pakai foundation. Yang ini aku pakai foundation kryolan. Muka aku berminyak juga dan aku selalu kena pastikan ada kertas serap minyak tu dalam handbag aku. Aku start pakai Safi rania bulan 7 tu tapi pencuci dan scrub saja. Masa tu kulit nampak ada perubahan, sudah mula tidak berminyak dan jerawat pun cepat kecut.

Gambar selepas
24 Ogos.  Tarikh bersejarah hari ini . Sudah 2 minggu aku tidak pakai lagi foundation ke mana. Aku just pakai toner, pelembab siang yang ada SPF 20++,  krim kecantikan rania dan compact powder ZA. Muka aku tidak berminyak lagi dan tidak perlu lagi aku berlama-lama depan cermin sebab safi rania memudahkan segalanya.  Kesan jerawat dan bintik-bintik hitam pun mula hilang.  Terima kasih safi rania ^_^. 

* Since aku sudah pakai semua produk safi rania ni, foundation aku tu, jadi hiasan di atas meja solek. hmm. 


cuba yang lain: percuma modem maxis

Dalam keserabutan untuk menyelesaikan pelbagai hal sebelum meninggalkan bumi kenyalang buat sementara, aku sempat juga buat experimen untuk 2 hari ni.


Eksprimen yang aku maksudkan ialah aku cuba pakai Maxis Broadband bermula malam ni dan sekarang pun aku tengah guna modem maxis ni. Mungkin nasib aku agak baik hari ni bila masa aku pergi supermarket tadi, ada booth maxis yang tengah bagi offer free modem maxis broadband untuk kakitangan awam. Aku tidak yakin sebenarnya dengan maxis ni sebab adik aku pernah pakai maxis last year dan performance maxis  tidak menyeluruh. Ada sebahagian tempat saja yang dia boleh cover line.

Tapi, oleh kerana aku sudah semakin fed up dengan broadband celcom yang makin hari makin bikin panas, aku cuba la pakai maxis ni. Perkara yang buat aku tertarik untuk cuba sebab lepas mereka isikan borang dan daftarkan kad tu, aku dapat bawa modem ni balik rumah tanpa bayar apa-apa. Kemudian, aku diberi masa 7 hari untuk guna dan andai kata aku tidak berpuas hati dengan servis maxis ni, aku boleh kembalikan modem ni semula kepada maxis. Okay, aku sahut cabaran.



Kelajuan boradband ni adalah 7.2 Mbps berbeza dengan celcom yang aku ada sekarang. 2 tahun 6 bulan yang lepas, celcom punya kelajuan 3.6 Mbps tapi dalam bulan 8 ni, ada upgrade kepada 4 something. aku tidak berapa nombor belakang tu. Tapi malangnya, ia tetap lambat dan selalu buat aku marah. Maxis punya limited download ada 3 g dan lebihnya celcom 5 g.

Sekala-sekala ada juga line maxis ni bertukar jadi biru dan yang lainnya berwarna torquise melambangkan ia sedang available untuk digunakan. mmm..

Tengoklah sehingga tengah malam dan esok, kalau line masih okay, boleh terminate celcom tapi kalau esok rasa tidak puas hati, aku akan kembalikan modem ni.


Tuesday, 23 August 2011

Antara momentum paling bahagia

Bertitikan airmata aku petang tadi. Sensitif betul aku seminggu dua ni.  Orang ambill jalan aku pun, aku boleh marah sampai mahu kejar orang tu semula. Dasar pendendam yang kadang-kadang susah untuk dikawal. 

Minggu lepas, bukan main tepuk tampar sayang dengan suami bila ada perkara yang buat aku geram. Tapi, tahu-tahulah kalau suami isteri ni, merajuk macamanapun, akan tetap terpujuk juga sebab dia lah emas, dia pertama. Itu asam garam perkongsian hidup yang perlu dirasa dan menjadikan hidup lebih ceria.

Macam yang aku taipkan tadi, jiwa aku bukan saja sensitif untuk sedih tapi mata pun menjadi sangat produktif untuk keluarkan air mata. Jiwa kacau betul.

23 hari dalam bulan Ramadhan. Tidak pernah dalam sehari tu, aku tidak terfikir, apalah menu keluarga aku di kampung? apalah menu adik-adik yang yang juga punya status merantau seperti aku. Setiap kali, aku call mereka dan tanya menu apa: jawapannya tentulah menu kegemaran yang aku tetap akan ambil dua kali walaupun aku sudah kenyang. Dan, itulah momentum paling bahagia sebagai seorang anak yang masih mengharapkan mama menyediakan makanan untuk diri sendiri.

Mama pernah kata: kalau mama tidak ada satu hari nanti, memang kelam kabut kamu semua. Kami semua senyum. Bahagia biarpun dileter sebab tunggu mama juga masak terutamanya untuk sarapan pagi. Kamu akan rasa beruntung bila bangun saja, makanan sudah tersaji di atas meja makan sebab masa tu kamu bangun jam 10 pagi. Ketara sangat, lepas subuh tidur semula. Mana rezeki mahu melekat.

Bila mereka tiada di depan mata, apapun menu yang aku beli dan masak di sini, aku akan ingat mereka juga. Lain rasanya kalau aku makan punya sedap di sini tapi, mereka makan kurang sedap di sana. Tapi, aku gerenti setiap masakan yang mama masak tetap no.1 di hati kami.

Klisenya, aku tetap akan terasa bila dapat tahu menu kami adik beradik berbeza-beza.

Sebab tu aku suka kami kumpul ramai-ramai di rumah dan tidak terpisah-pisah supaya boleh makan lauk pauk sama-sama. 

Hari Jumaat bolehlah langsaikan semua hajat ni.

Dada terus berkobar-kobar, haih. Penantian satu penyeksaan untuk Hari Jumaat ni.

google


Monday, 22 August 2011

Serabutnya aidilfitri



Macam-macam perkara yang ada di dalam otak aku. Banyak perkara yang kena beres sebelum balik Sabah dan sekembalinya dari beraya. Mahu semput juga aku bila buat benda ni seorang diri. Tapi, tidak apalah., selagi kudrat tulang 4 kerat ni masih ada, aku rasa aku masih mampu untuk buat gerakan solo. 

Emosi raya semakin berkobar-kobar  tambah tolak aku sudah 2 bulan lebih tidak balik kampung. Rasa rindu dengan keluarga di kampung buat aku selalu bermonolog sendiri: cepatlah hari jumaat dan ya, aku akan ada di kampung halaman tercinta.

Esok, ada pertandingan mewarna dan kuiz kemerdekaan sempena bulan merdeka di sekolah. Petang perlu settel barang-barang di Wisma Seberkas, setel urusan di Am Bank, bank in duit untuk adik dan pastikan barang-barang untuk balik sudah cukup. Lusa, beli kek lapis, since Golden Churn tu non halal, kena berhati-hati untuk beli kek lapis ni. Berita mengatakan, Kek Lapis Dayang Salhah tidak menggunakan golden Churn maka, itu satu bonus untuk aku. Bolehlah borong di sana lusa.  Khamis, tempah hadiah untuk peserta dalam pertandingan Merdeka idol dan pakaian beragam. Jumaat, Insyallah, aku kembali di Sabah dengan suami.

Selepas 1 minggu cuti, 5 hb Sept, kami  balik ke Kuching  dan berpisah semula. Masa ni mesti sibuk urus pasal EG-Tukar sebab  6-8 hb Sept pula aku kena datang kursus. Kemudian 13-15 Sept, aku jadi pengawas UPSR. 19 Sept, kena urus Majlis Penutupan Bulan Merdeka di sekolah dan selepas itu barulah aku akan tarik nafas lega. Bolehlah aku minta cuti untuk memanjakan diri. Mungkin bercuti dengan suami. Ehem. Ehem. ^_^

Dalam otak aku, ada juga terfikir tentang persiapan di rumah, baju, kasut, tudung, kuih raya dan menghias rumah. Biskut raya baru 3 jenis aku tempah. Mengharap untuk Angah  beli dari KL. Untuk buat biskut, aku tiada mood buat seorang-seorang di sini. Mahu mengalir air mata kalau beruli dengan tepung secara solo.

Untungnya, Nasib baik juga angah offer diri untuk beli baju-baju untuk keluarga. Di sana banyak pilihan dan murah juga.  Raya tahun ni, aku serba sederhana, baju raya aku tidak beli pun sebab sudah ada 3 pasang baju yang aku beli dan upah jahit dari bulan April tu. Minggu lepas sudah ambil dan guna itu sajalah sebagai baju raya walhal hajat utama sebenarnya mahu jadikan baju tu sebagai baju kerja. Dan ada satu lagi baju merahnya mak ngah yang sepatutnya aku guna masa sanding di Labuan bulan Jun tu masih belum berpakai. Bolehlah rasanya kalau mahu melaram dengan baju tu. ^_^

Inilah perihal raya yang akan dihadapi oleh semua orang terutamanya perantau macam aku. Itu belum lagi cerita beli stok barang dapur untuk hidangkan dengan tetamu nanti. Tapi, aku tidak akan bercerita tentang itu sekarang. Ia boleh dijadikan entri di lain kali. Cukuplah saja untuk kesesakan dalam jiwa pada masa sekarang.

Mood untuk raya makin terasa. Di mana-mana orang sibuk bercerita tentang raya. Dinding muka buku pun penuh dengan cerita raya dan menu iftar yang beraneka.

Syukran Ya Allah. Semuanya tidak sabar untuk bertemu Syawal. Cuma, dalam kesibukan menyiapkan diri untuk menyambut Syawal, ingatkan diri kamu dan si bungasepet sendiri: jangan lupa bayar ZAKAT dan kalau ada duit lebih nanti, sedekahkanlah a.k.a bagi duit raya pada yang memerlukannya. Moga balasan pahala kita berganda-ganda.

p/s Teringat akan orang-orang yang kurang bernasib baik menyambut hari raya. Walau mereka serba kekurangan tapi ada sinar bahagia di mata mereka.


view belakang bilik aku di kampung
 Lari tajuk: Check Nuffnang. Ada pertambahan duit kepada RM17.00. Alhamdulillah.
Terima kasih yang tidak terhingga untuk NUFFNANG.^_^ 

p/s terima kasih kerana membaca entri yang panjang lebar.^_^

Sunday, 21 August 2011

Cinta tu perlu juga dilepaskan bila perlu.


Entah, ayat aku seakan-akan hilang sehari dua ni. Susah betul untuk menaip melahirkan setiap rasa yang ada dalam diri. Dalam blog, hanya 10 % yang diceritakan tentang hidup realiti. Tidak perlu telus sangat. Sebab, privacy tu perlu untuk diri sendiri.

Dua tiga hari ni, macam perkara yang beri pengajaran untuk aku. Bila ada anak murid yang meluahkan rasa kecewa ditinggalkan sang kekasih, aku faham walau aku ada gelak juga. Mana mungkin seawal umur 12 tahun mengenal apa itu erti cinta yang paling jujur dan tulus. Adat cinta memang begitu, ada masa sedih, ada masa kecewa, merana dan terluka. 

Sebagai seorang yang memegang profesi untuk membimbing klien memahami diri dan alam sekelilingnya serta mewujudkan perubahan tingkah laku pada individu tersebut, aku perlu berhati-hati dalam setiap kata. Anak murid yang merupakan klien aku perlukan telinga untuk mendengar setiap alasan mereka tidak kiralah munasabah atau tidak.

Itulah sebabnya, aku tidak boleh terus marah walaupun sebenarnya kalau diikutkan hati, aku akan katakan dengan mereka, jangan pernah bercinta kalau umur masih setahun anak jagung. Belum lagi sampai ke tahap jagung pun kalau masih 12 tahun.

Aku perlu berikan mereka peluang untuk menjelaskan semua perkara yang berlaku. Bila cinta putus di tengah jalan, sudah pasti pelajaran pun terganggu. Buka buku, hanya muka si dia yang ada. Bagaimana untuk belajar dengan baik kalau beginilah penangan cinta yang bikin hati sengsara. 

Aku sudah kata, lupakan saja lelaki brengsek itu. Fokus kepada pelajaran. U're deserved for a better person. Jadi, tidak perlulah terkejar-kejar lelaki yang tidak pernah hargai kamu. Aku belajar dari pengalaman dan berani untuk mengatakan, jika seseorang itu benar-benar sayangkan kamu, dia tidak akan pernah cuba untuk sakiti hati kamu. Dia akan jaga kamu sebaik mungkin sedaya yang dia mampu. Betul.

Persetankah lelaki yang kononnya sayang kamu walhal di belakang kamu, dia beromen segala. Maaf aku menulis sebagai rasa hati yang sebal bila si budak kecil itu meluahkan rasa. Ia seperti orang dewasa yang sudah terlalu arif tentang cinta. Apa yang kamu tahu tentang cinta. Kalau kamu mahu tahu, bila kamu sudah mula jatuh cinta dan menyintai bermakna kamu kena bersedia untuk tanggung apa juga risiko sakit, pedih, suka, sayang dan merana sekalipun. 

Paling penting, kamu kena selalu bersedia untuk berpisah. Bukan bermakna kamu mendoakan kamu dan dia untuk berpisah tapi bercinta itu satu risiko, bersedialah untuk menerima apa saja kemungkinan yang berlaku agar hati kamu tidak terlalu merana nanti.

Kamu kata kamu terlalu sayangkan dan tidak mahu lepaskan dia begitu saja. Hei, wake up. Jangan jadi bodoh kerana cinta. Cinta tu memang perlu dicari, tapi, ada juga masanya cinta tu perlu dilepaskan pergi bila ia sudah tiada lagi di hati. Relakan saja dia pergi dengan cinta baru yang kononnya cinta abadi yang ditunggu-tunggu selama ini.

Hancurkan setiap rasa sayang yang ada dalam diri. Kalau dia tidak hargai diri kamu, siapa lagi yang akan hargai kamu? cubalah untuk bertanggungjawab pada diri sendiri. Bersedih dan terus bersedih hingga memudaratkan diri makin buat diri kamu rasa terbuang dan si dia pula semakin bahagia di sana tanpa memikirkan tentang kamu. Itu tidak adil, bukan?

Jadi, jadilah diri sendiri yang sayangkan diri lebih dari kamu sayangkan yang lain. Sebab tu lah orang tua selalu kata: sayang tu berpada-pada. Jangan menyayangi seseorang lebih dari kamu sayangkan diri kamu. Kalau kamu berbuat begitu, akibatnya tanggunglah sendiri. Hilang dia, kamu terus patah hati macam saja dialah yang paling utama dalam hidup ini bagi kamu. Seolah-olah kamu tiada Tuhan, keluarga dan kawan-kawan sehingga kamu melupakan bahawa ada lagi perkara penting lain selain meratapi kekecewaan yang dia bagi dengan kamu.

Tolonglah, bina keyakinan diri. Setiap kali perkara macam ni berlaku, orang akan kata ada HIKMAH di sebaliknya. Hikmah tu ada cuba kamu yang masih membutakan mata untuk melihatnya. Mungkin Tuhan tu takdirkan kamu untuk tidak bersama lagi sebab kalau kamu masih bersama, mana tahu ada perkara buruk yang akan berlaku terhadap kamu berdua nanti. Siapa tahu kan? 

Sebab Tuhan tu sudah ada perancangan yang sangat cantik dan rapi untuk kita sebelum kita lahir lagi. Percayalah pada Kekuasaan Tuhan. Tidak ada satu pun perkara di dunia ni yang dijadikan sia-sia walaupun hanya seekor ulat gonggok atau seekor semut. Ia bukan dicipta suka-suka. Ada sebab yang kukuh dan samala juga dengan apa pun yang berlaku dalam hidup kita. Tidak ada kebetulan. Semua itu sudah ditakdirkan.

Belajarlah untuk hidup menerima takdir dengan hati terbuka. Sedih tu sedih juga. Tapi, janganlah sampai berminggu-minggu dan semua kerja pun tidak siap. Itu namanya menzalimi diri sendiri. Itu lagi lah Tuhan murka.

Katakan saja dengan hati: Ya Allah, tabahkan hatiku. Bersihkan hatiku dari bersikap tidak redha terhadap takdir-Mu. Kerana, aku tidak mampu mencari Tuhan selain Engkau sekiranya aku tidak redha dengan ketentuan-MU.

InsyaAllah. Dia Maha Mendengar setiap bisikan jiwa hamba-Nya yang teraniaya.


kalau kecewa, pakai warna merah untuk buat kamu gembira walau ada sendu di dalam hati. ^_^


Saturday, 20 August 2011

10 sign he's not the one


Kalaulah masa ni kamu ada masalah yang kamu rasa tidak dapat diselesaikan lagi dengan buah hati kamu, cuba kamu tengok petanda ni. Mungkin ada antara tanda-tanda ni yang menandakan dia bukan untuk kamu.

Dating Tips: 10 Signs He's Not the One

Some people say they "just knew" that they were dating their future spouse. But what about the rest of us? What happens when you're not sure if he's The One? If you're considering long-term commitment or marriage, it's time to ask yourself some tough questions. Below, 10 signs that may indicate he's not for you.

1. You have a list of things he needs to stop doing/saying/wearing if he wants your relationship to work. If you're fixating on his flaws, he's either not the one you want or you're not ready for a serious relationship. Cutting him loose allows you time to grow and gives you the opportunity to meet a guy whose flaws you can embrace -- or at least accept.

2. You don't trust him. A small dose of jealousy can be healthy, but if you're hacking into his email account, and going berserk when he goes out without you, something's wrong. If there's something about him that truly warrants your distrust, then perhaps he's not the right one for you.

3. You avoid conflict at any cost. Fighting is healthy. And, when done right (in the non-accusatory, rational sort of way), it can be a great way to air grievances, fix problems in your relationship, and come to a deeper understanding of each other. Ignoring problems is not the same as having no problems at all... even if it looks that way.


4. When you're sad, you don't turn to him for comfort. When you're a giant ball of tears and snot, do you lock yourself into the bathroom so he can't see you at your worst? If you're worried about scaring him away, one of you isn't ready for total commitment. Mr. Right should make you smile through your tears and be a calming, not stressful, presence.

5. One of you is struggling with an addiction. He's sweet. He's exciting. He loves you very much. But he loves his alcohol habit or his weekly gambling fix more. Don't fool yourself into thinking that you can change him or that your relationship will be strong enough to withstand the heartache that addiction will inevitably bring. An addict may be able to change, but he'll do so on his own terms.
6. You can't really imagine him as the father of your children. Ask yourself: Would he make a great parent? Is he financially responsible? Would he be an equal partner in your future together? If you have doubts, he's probably not the one.

7. Your long-term, non-negotiable goals in life are incompatible. You want kids; he doesn't. You go to church every week; he's an atheist. He lives in the country and doesn't want to move; you can't imagine ever leaving the city. Superficial differences can be overcome, but differences in basic values are harder to smooth over. Ask yourself: "Would I be willing to compromise on this?" If the answer is absolutely not, you may not be right for each other.

8. You don't respect each other. He puts you down in front of your friends and complains about you to his parents. You roll your eyes when he talks because there's just something about him that embarrasses you. A relationship without respect can't sustain itself.

9. You're not attracted to him. Physical intimacy is a hugely important component of a romantic relationship. If he doesn't do it for you, he's probably not your best long-term match.

10. On paper he seems great, but you have this strange feeling... Don't ignore your gut. You may get along on a superficial level, but if your instincts are telling you he's not the one for you, listen. That little voice inside your head does not lie.




p/s ada masa, aku akan buat entri khas pasal cerita ni..

Resepi ikan 3 rasa



Beberapa jam lagi masa untuk buka puasa. Ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik mesti tengah cari apa menu untuk hari ni.^_^. Okay, apa kata, kamu masak ikan 3 rasa? Cara masakan sangat senang dan semua pun boleh buat. Macam biasalah, aku suka masak benda-benda yang dari segi bahan pun senang untuk dicari dan cara pembuatan pun tidak rumit dengan menggunakan pelbagai cara segala. 

Menu ni aku masak semalam untuk buka puasa dengan suami. Tiap-tiap kali dia balik, aku akan masak special sikit. Ehem. Cukup gembira bila dia nampak aku hidang makanan, dia akan kata , WOW, WOW dan WOW. hahahaa. Padahal bukannya aku terror sangat memasak. Tapi, boleh lah untuk dapatkan pahala menyenangkan hati semua dan mengenyangkan perut suami.^_^


Okay ni dia bahan-bahannya:

bahan utama
- ikan merah ( diperap terlebih dahulu, letak garam, aji dan kunyit sikit. Peraplah dalam sejam atau 30 minit)

hiris nipis-nipis (bahan A)
- 4 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- halia
- 2 batang serai (potong kecil dan tumbuk)
- cili padi ( ikut suka hati mahu pedas atau tidak berapa pedas)
- bawang besar setengah biji

bahan sos
- sos cili 
-sos tomato
- kicap soya (sedikit sahaja dalam 2 sudu)
- air asam jawa
-secukup rasa maggie
- madu

* Masa buat ni semalam, aku lupa yang tomato tidak ada, tapi sudah aku ganti dengan air asam jawa tu

CARA BUAT:

1. Goreng ikan yang diperap sehingga garing kemudian asingkan.
2. Gunakan minyak  tadi untuk menumis bahan A. Kacau sehingga naik bau, lepas tu, masukkan semua bahan sos tu satu persatu. Masukkan madu untuk langkah paling akhir selepas secukup rasa.
3. Biarkan mendidih dengan menggunakan api yang kecil.
4. Kalau sudah naik minyak, bolehlah angkat dan siram di atas ikan yang digoreng tadi.
4. Okay, boleh makan dengan nasi panas tapi tunggu azan dulu. hihihi

Dan inilah hasilnya,


ikan merah 3 rasa ( manis, pedas dan masam)

SELAMAT MENCUBA^_^

solution to remove malware virus

Atas nasihat suami, aku sudah dapat remove malware virus tu dari dalam blog. 3 hari blog jadi tidak ketentuan oleh virus ni. Asal view blog, loading sekejap lepas tu terus  ada warning yang blog ada malware detection.

Solution yang aku ambil ialah, aku terpaksa remove blog yang distribute virus tu dari list blog aku. Tapi, aku masih follow cuba aku tidak letakkan dalam list aku lagi. Lagipun, aku ada cuba buka blog tu  tapi, blog tu untuk invited readers saja lagi. hmmm.. oh mungkin sebab pasal virus tu. thinking positif saja.




Friday, 19 August 2011

KFC, Pizza dan Mc Donald: Tanya selera anda

untuk 2 orang punya bayaran

tidak sedap. Aku tidak suka dengan lada hitam tu

tapi, habis sebab lapar lepas window shopping

take away dr PHD

Mablessss!

ratah hingga ke tulang

sedap juga sebab ada chess

take away buka puasa minggu lepas

lalu licin!

harga mahal utk GBC tapi, berbaloi sedap

DERIA RASA ANDA PASTI TERUJA. MEMANG PUN!
ehem. meleleh air liur kan?


Kalau kamu sudah rasa teruja untuk mencuba, boleh la ke KFC, MC.DONALD & PIZZA HUT ^_^

sekadar hiasan

malware virus dari belovedtitin.blogspot.com?


Ni memang darm! menyakitkan hati betul kalau benda ada tiba-tiba ada. Tanpa salam terus masuk tanpa kebenaran. Dari semalam lagi blog aku macam ni. Ada warning malware kononnya.

Menurut warning ni, aku dapat dari belovedtitin.blogspot.com. yang distribute tu virus. Haih, apa ni mahu melagakan blogger tu agak-agaklah. Sekarang ni bulan puasa. Aku tidak mahu berfikiran negatif sangat. Kurang pahala puasa, aku juga yang rugi. 

Bila aku view blog, ia loading dan belum sempat habis loading akan keluar la benda ni di skrin lappy. Aku ingatkan cuma semalam. Hari ni buka pun masih ada. Aku just boleh post entri, dan tengok update bahagian dashboard tanpa boleh dapat view blog.

Anyone yang boleh tolong untuk solve benda ni? untuk belovedtitin.blogspot.com,  betul kah yang  mereka-mereka ni sudah notified kamu pasal virus ni?
kalau ada, tolong inform saya  ya ^_^

Aku mula marah dan tidak faham kenapa benda ni semua jadi. Hackers apa lagi ni?






klik untuk pembesaran

Thursday, 18 August 2011

ya, beginilah kalau rasa tidak diutamakan

Menghasilkan suatu penulisan yang sekurang-kurangnya beri ilmu untuk pembaca bukan semudah upload gambar dalam blog. Kadang-kadang kering juga idea aku untuk buat entri. Apa yang diutarakan di sini adalah pendapat peribadi yang  mahu dikongsi bersama pembaca. Mana tau ada yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan untuk terus hidup. 

Kata orang: walau pahit macam mana sekalipun hidup, tapi, kena telan juga. Sebab kalau tidak sanggup menelan pahitnya hidup, itu namanya tidak redha dengan apa yang sudah termaktab dari Loh Mahfuz.

Berada di tempat orang dengan suasana baru dan orang baru  selalu buat aku rendah diri. Dalam hati ada juga terkandung rasa mahu marah bila aku rasa apa yang aku sepatutnya sudah dapat tapi masih lagi ditangguhkan. Kecewa juga bila perkara macam ni berlaku.

Bukan saja kecewa yang ada tapi, semangat untuk terus bekerja keras pun terbantut. Kenapa orang lain yang isi kemudian dapat dulu tapi, aku yang isi dulu belum dapat apa-apa lagi. Mahu tunggu aku 3 tahun baru kali kena bagi. Kalau begitu, tahun depanlah aku tunggu untuk dapat PTB aku tu.

Kawan-kawan  lain yang tinggal di pedalaman hampir semua sudah dapat. Dan, seperti biasa aku yang tinggal di bandar ni selalu ketinggalan zaman. Atau lambat erti kata lain, * lidut* betul benda ni diuruskan. Dari tahun lepas hinggalah ke tahun ini, surat-surat macam ni selalu lambat aku terima. Aku bukanlah mahu sangat salahkan orang Pos Malaysia. Itu bukan salah mereka. Mereka hanya tukang kirim saja benda-benda tu semua.

Atau, kalau aku mahu berfikiran negatif, mungkin borang aku tidak kena sain sebab tu yang lain sudah dapat? Okay, itu ketara sangat aku negatif kan. Aku mahu bertanya tapi, selalunya tidak ada masa yang sesuai untuk bertanya. Selalu ada halangan. Seolah-olah sudah ditakdirkan yang aku tidak perlu bertanya dan terima saja. 

Dan, kalau aku berfikiran positif, mungkin surat aku tu lambat sedikit. Fail mungkin bertimbun sebab tu borang aku lambat diproses.

Tapi, aku masih juga tidak puas hati. Aku perlu pengesahan tu sebelum aku pindah ke sekolah baru. Kalau berpindah ke sekolah baru tahun depan, kononlah kalau diluluskan, takkanlah aku kena tunggu lagi setahun, dua tahun atau tiga tahun barulah aku disahkan? Ehem. itu memang kerja tidak masuk akal.Gila!

Sudahlah. aku tidak perlu untuk menaip lebih banyak lagi dalam keadaan begini. Berpuasa menahan diri dari makan atau minum dan juga menahan amarah yang membara di dalam diri.

*lidut* lambat.

sumber: google

Wednesday, 17 August 2011

Luahan hati cikgu bila anak murid buat blog

Memang bagus bila dapat share link blog dalam fb. Selain dapat trafik tinggi, ada lagi pengaruh lain yang boleh diperolehi.

Pengaruh lain yang aku maksudkan ialah sudah ramai anak-anak murid aku yang buat blog sendiri. Bila aku klik blog mereka, majoritinya buat blog tu awal julai dan ogos ni. Amboi, bukan main lagi bercakap pasal cinta dalam blog. Padahal baru 12 tahun. Okay, aku faham, Cinta monyet memang indah. Sangat indah sebab masa ni segalanya nampak comel sebab belum lagi fikirkan macamana mahu makan makan dan minum isteri / suami/ anak bila sudah kahwin.

Perkara ni mula berleluasa tanpa sempadan bila seorang daripada geng budak-budak ni add aku dalam FB dan dalam FB tu ada link blog ni. Di sekolah, budak-budak ni siap tanya aku pasal blog segala. Aku tidaklah pula terfikir yang mereka pun akan buat blog juga. Selepas seorang tahu dan buat maka, geng sekepala yang lain pun mulalah buat juga. Sudah namanya geng kan, jadi, tidak genglah kalau tidak ikut perkembangan si kawan tu. Amboi. Amboi. Amboi berkali-kali.

Aku bukannya apa, aku suka dengan revolusi teknologi yang hanya di hujung jari ni. Suka bila ramai anak murid yang celik IT. Aku tidak kisah bila mereka buat blog sendiri. Itu sudah bagus sebab mungkin boleh melatih mereka buat karangan lebih baik di dalam UPSR. Mungkinlah! Cuma, yang aku kurang berkenan bila yang dipost dalam blog tentang i love u, u love i, i minat u, i suka u, kecewanya i bila u tak layan i tadi dan bla..bla..bla..

Perasaan macam tu memang natural. Semua orang pun alami dulu. Cuma, dulu tidak adalah dunia siber macam ni. Yang ada berutus surat saja. Aku faham perasaan mereka bila dikelilingi budak-budak lelaki yang macho dan bermuka tulus mulus. Haruslah ada rasa wah, hensemnya kau!. Aku sudah lalui benda tu semua. Memang asyik.

Tapi, aku  mahu jelaskan di sini wahai anak-anak didikku yang tersayang. 25 hari lagi UPSR. Tolonglah fokus dengan UPSR. Kejayaan tu di tangan kamu. Cikgu-cikgu sudah give all out dengan kamu. Kalau saja cikgu-cikgu  boleh bagi otak kami dengan kamu masa jawab soalan tu nanti, memang kami bagi. Tapi, itu semua mustahil. Jadi, untuk jadikan mustahil kepada tidak mustahil, tolong lupakan dulu perkara yang lain terutamanya cinta sayang kasih rindu kamu. Kalau sudah tidak tahan sangat, bagus tidak payah hadir exam UPSR nanti. Peratus keputusan sekolah pun tidak terjejas.

P/S Sila komen kalau ada yang punya cinta monyet dari sekolah rendah sampai sekarang masih bertahan..^_^

sumber: google

indah khabar dari rupa

Aku agak kecewa tadi  bila aku check duit bonus yang masuk hari Isnin lepas tidak seperti yang diharapkan. 2 hari ni, aku cuba check dalam online tapi macam biasalah bila broadband buat hal, banyak kerja yang aku terpaksa tangguh. HSPDA lah konon tapi speed 0-0. Semakin teruk perkhidmatan internet sekarang ni. Bosan betul. Jadi, aku terpaksa keluar cari bank untuk check duit tu. Since, semalam cuti, jadi, aku terperap di rumah menghadap tv dan laptop.

Ternyata, apa yang aku risaukan jadi kenyataan. Duit bonus tu kena tolak KWSP lagi. Ingatkan tidak ditolak lagi. Tapi, tu la, sudah kerja makan gaji, terima sajalah hakikat macam ni.Walaupun tidak banyak tapi, ia sedikit sebanyak merosakkan plan bajet aku. Memang aku bersyukur dengan apa yang ada, daripada tidak diberikan bonus, putih mata macam anak ikan mengelupur kena racun. 

Sabar sajalah. Syukur, syukur, syukur. Bagi lekat dalam hati. Bagi ikhlaskan jiwa. Kalau tiba masa, bolehlah keluarkan nanti KWSP tu.



boleh la belanja budak ni nanti ^_^





Wordless wednesday 8: my beautiful sisters


Tuesday, 16 August 2011

what kind of sister you are?



No 10: Sempurna
No.12: Saya rindukan Kamu
 No.15: Terbaik

Itulah adalah 3 nilai yang diberikan oleh adik bungsu aku lepas saja aku post status ni dalam fb.  Tergamam juga aku bila dia bagi ini. Bukan bermakna aku sempurna dan terbaik sangat tapi sekurang-kuranngnya selama 29 tahun hidup bersama dia, aku tahu nilai aku di mana di mata dia.

Bukan sekali dua aku bergaduh dengan dia. Malah aku pernah tampar dan cubit dia bila aku rasa ada tindakan dia yang melampaui batas. Anak bungsu yang selalu dimanjakan memang begitu. Bila dia dapat tawaran ke sekolah berasrama agama pun dia tolak sebab tidak rela jauh dari keluarga. Walhal, sekolah tu tidaklah jauh sangat dari rumah. Setakat 20 km tu, masih boleh lagi balik hujung minggu. Tapi alasan tipikal yang dia beri ialah dia tidak sanggup tinggal di asrama buat kerja sendirian dalam semua aspek harian. Walau ada kawan, tapi dia kata: dia tidak biasa. 

Aku anak sulung yang ada baran sedikit terutama bila adik-adik membantah cakap aku. Bayangkan saja, aku mula jauh dari mereka masa aku 16 tahun sehinggalah sekarang ni. Aku hanya berjumpa mereka ketika cuti semester atau cuti sekolah. Zaman sekolah berasrama, kampus dan punya profesi mengajar aku erti menghargai keluarga aku. 

Bila kami jarang berjumpa dan aku balik rumah, memang terasa diri seperti puteri raja bila mereka akan buat apa saja yang aku suruh. Misalnya: adik, tolong buatkan kakak milo, tolong iron baju ni dik, tolong goreng ayam, dik, tolong kira jawapan budak ni dik dan bla, bla. Mudah saja. 

Cuma, bila ada yang tidak kena di hati mereka atau terutamanya adik bungsu aku ni, dia akan kata: baliklah ke tempat kau, bagus lagi kau tiada. See, perkataan along tu akan bertukar kepada kau. Dan daripada kononnya merindu selalu, disuruh pula balik ke tempat yang bukan asal aku. Tapi, itu semua bersifat sementara, bila amarah dalam hati hilang, pandai dia menangis bila aku sudah mahu bergerak ke aiport. 

Dan, aku tidak akan pernah lupa bila mana dia menangis tanpa henti last year masa aku hantar dia ke sekolah sebelum aku ke airport. Rupanya, dia tidak mahu ke sekolah dan mahu hantar aku ke airport. Itu pun, aku tahu bila aku terbaca buku kecil yang dia buat sebagai diary. Dia tulis yang dia sedih sebab tidak dapat hantar aku dan angah ke airport. Sebak juga dada aku lepas baca. Jiwa kakak yang tebal untuk dia.

Dia membesar dan semakin cantik. Teringat dulu, masa dia sekolah rendah, dia suka cuba pakai kasut tinggi aku. Bukan main dia ketawa bila dia terjatuh masa pakai kasut tu. Yalah, badan belum seimbang. Sekarang ni, hampir sama besar kami. Baju aku pun muat dengan badan dia. Cuma, dia kurus lagi dari aku. Kalau orang cakap dia gemuk, mulalah dia berdiet. Makan sikit. Tapi, aku kagum dengan didikan keluarga dengan kami, dia makan dengan tertib, setiap kali dia makan, pinggan memang licin. Dia ambil makanan setakat yang dia rasa dia dapat habiskan. Alhamdulillah, mungkin itulah rahsia dia sentiasa slim.^_^.

Tahun ni, dia ada exam PMR. Mudah-mudahan dia dapat keputusan yang cemerlang. Sebagai kakak, aku mahu dia berjaya.  Tahun depan, mungkin aku kena bertegas dengan dia supaya menerima tawaran untuk tinggal di asrama. Bukan untuk menyusahkan dia tapi, aku mahu dia belajar berdikari. Tidak boleh lagi ada di bawah ketiak mama lagi. 

Since dia semakin membesar, aku dan keluarga tidak pernah bagi dia untuk keluar dengan kawan-kawan. Entahlah, aku rasa kurang selamat kalau dia keluar tanpa kami. Bukan mengongkong tapi dia sendiri rasa tidak selesa keluar dengan mereka. Berapa kali kawan-kawan dia bawa keluar ke pekan di hujung minggu atau masa cuti tapi dia menolak. Katanya dia tidak biasa.

Kes penculikan yang ada sekarang ni buat aku paranoid. Takut kalau apa-apa terjadi dengan dia. Sebab dia bukannya pernah keluar selain dengan keluarga. Mungkin macam tu lah perasaan mama dulu bila aku keluar dengan kawan-kawan aku masa aku seumur dengan adik. 

Patutlah mama selalu marah aku. Degil dan keras kepala tu jadi sikap yang sukar dikikis. Harap-harap saja anak aku tidak macam aku nanti. Mujur saja, aku berkawan dengan kawan yang memang boleh diharap, yang sampai sekarang masih bersama aku masa aku susah dan senang. Kawan-kawan  masa zaman hingusan aku yang semunya sudah jadi orang berguna. Ada kerja tetap sendiri dan bahagia seadanya. Nining, ninah, linda, dewi, haliza dan abeng kamu kawan terbaik yang aku pernah ada sehingga sekarang.

Berbalik kepada cerita adik aku tadi, aku belajar untuk jadi kakak terbaik untuk dia. Memberi apa yang dia mahu setakat apa yang aku mampu. Selalu berusaha untuk rapat dengan dia. Memeluk dia biarpun dia sudah besar. Sebab, dengan sentuhan, ia akan jadikan hubungan kekeluargaaan menjadi semakin jelekit. 

Menyayangi tanpa syarat itu adalah asas kepada kasih sayang yang infiniti.

angah, aku dan adik bungsu aku


Saya seorang Superwoman

Sebenarnya, dari dulu lagi aku selalu bekata : kalaulah aku punya lebih kuasa untuk melaksanakan kerja yang banyak dalam satu masa, mesti kerja aku jadi mudah dan senang. Tapi, hakikatnya manusia hanya dikurniakan 2 kaki, 2 tangan, 2 mata, satu mulut dan 2 lubang hidung. 

Tiada yang berlebihan tapi, aku kagum bilamana ada seseorang yang boleh jadi hebat  dengan kudrat yang ada. Jeles betul dengan orang macam tu. 

Mungkin, satu hari nanti aku boleh jadi hebat juga. Mungkin kalau tidak hebat di mata orang lain, hebat di mata sendiri pun boleh lah.

Jadi, dengan adanya Segmen aku seorang superwoman yang AKI buat ni, kira bolehlah eksen betapa aku ni ada hebat. Padahal tidaklah sehebat mana tapi, sekurang-kurangnya pernah merasa seperti superwoman untuk diri sendiri.

KLIK SINI UNTUK JOIN> SEGMEN SAYA SEORANG SUPERWOMAN
Bukan main suka aku tengok gambar superwoman tu. Seksi dan cantik. Kirim salam dengan body shape. ^_^

Baik, setelah aku fikir-fikir, ini jawapan aku.

Saya, Misya, merupakan seorang Superwoman kerana:
Google

sumber gambar
1) Boleh buat kerja banyak-banyak dalam satu masa. Sekarang ni pun, aku tengah urus Sambutan Kemerdekaan Peringkat sekolah seorang diri sebab kawan yang seorang tu cuti bersalin. Mahu tidak aku ni Superwoman sebab dari kertas kerja hingga ke benda kecil-kecil pun aku yang buat semua. Penat dan tertekan pun ada tapi, asal aku ada suami di belakang, okay, semua akan chill.^_^.

As a wife pun, aku boleh basuh baju, masak, sedia bahan (tumbuk, kupas segala) dan mengemas dalam satu masa. Lebih-lebih lagi kalau masa suntuk. Macam kipas kudung juga aku buat kerja semua ni.^_^


2) Boleh memandu berjam-jam lamanya. Itu dululah. Pernah driving 5 jam tanpa bertukar-tukar orang. Tapi, sekarang, tidak mampu lagi. Cepat penat. Mungkin sebab sudah mula tua. ^_^. Tapi, masih lagi suka bawa kereta laju-laju supaya cepat sampai ke destinasi.

3)  Boleh pakai mekap secepat mungkin terutamanya eye liner. Dulu, bukan main lagi tangan terketar-ketar masa pakai eye liner. Tapi, betullah kata orang alah bisa tegal biasa. Pakai eyeline umpama melukis muka sendiri. Since aku suka pakai eye liner yang liquid, sebenarnya itu sangat menyusahkan. Ehem. Sekarang, calit saja di mata sepertku dan ia akan jadi besar dan bulat ^_^.

sumber gambar


4) Sangat tabah dalam hidup. Berapa kali kena tipu pun masih juga berprasangka baik untuk terus hidup. Berapa banyak masalah pun, bila 100% diserahkan kepada Tuhan, semua urusan pasti akan lancar. Itulah nilai yang paling berharga dari Tuhan untuk kita.

sumber gambar
5) Terakhir, superwoman untuk supercikgu. Antara tugas cikgu biasa:
 Copy dari Facebook aku~ by Intan Jesshiela
1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi UOSR/ PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan
  ~ Ini baru tugas sebagai guru biasa, Belum lagi tugas khas. Tapi cukuplah dulu yang ini sekadar menunjukkan, betapa superwomannya cikgu.


p/s lepas buat entri ni, aku dapat rasa betapa semangat superwoman tu tengah berkobar-kobar dalam diri. Nasib baiklah hari ni aku cuti Aki. Tidaklah aku kelamkabut pergi kerja sebab lepas sahur terus buat benda ni .^_^ Support Aki ^_^.


sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...