Monday, 31 October 2011

Nenda

Aedes. Ada cerita di sebalik nama cantik ini. Nenda aku pernah mengalami sakit teruk gara-gara jangkitan dari si cantik manis ini. Hampir 2 minggu, nenda ditahan di hospital kerana demam teruk hingga dia tidak lalu makan dan minum, lemah dan seperti tidak punya kudrat lagi.

Mujurlah, Tuhan masih beri ruang dan peluang untuk nenda aku sihat semula selepas bertarung begitu lama menhadapi sakit demam ini. Aku yang berada jauh di perantauan hanya mampu mengirim doa agar dia sihat walafiat walaupun umur nenda aku sudah hampir 80 tahun. Al-hamdulillah, sehingga sekarang, aku masih ada nenda. Moga saja umur dia dipanjangkan dan aku dapat ketemu lagi dengan dia pada hari percutian aku nanti.

Implikasi dari insiden nenda, aku menyukai dengan lawan web ini   klik > Jom Ganyang Aedes


[info sihat]

Aku sudah pun mencuba soalan quiz yang berkaitan dengan Aedes.


[ Info sihat ]

Termasuk juga link ini > PENYAKIT DENGGI.


Mari kita ganyang Aedes kerana bagi aku, hidup yang hanya sekali ini perlu dijalani dengan penuh bahagia. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Mengelak lebih baik daripada mengubati.

Sakit 2.0

[google]


Alhamdulillah, sakit yang perit untuk aku jalani sudah beransur pergi. Begitu cepat Tuhan tarik nikmat kesihatan dan begitu cepat juga DIA ganti dengan nikmat sihat. Mungkin, aku lupa untuk bersyukur dengan nikmat ini kerana itulah Tuhan uji aku dengan sedikit sakit begini. Syukran Jazilan, Ya Allah.

Ironi di sebalik nikmat ini, aku terus lagi diuji dan diuji. Kali ini untuk membuat keputusan. Dan, aku tahu keputusan yang aku buat akan beri satu kesan pada diri aku atau pada mereka. Kalau aku pilih untuk diri aku: mereka kecewa. Dan kalau aku pilih untuk mereka: aku pula kecewa. Di sini tiada  situasi menang-menang. Hanya ada satu pihak sahaja. 

Sudah penat aku memikir. Mencari sedikit ruang untuk bernafas dan mengharapkan ada seseorang yang bisa menghulur bantuan. Tapi, hingga ke saat aku menaip penulisan ini, keputusannya masih begitu. Masih tidak bertukar dan masih membikin hati aku terus berkecamuk pada tahap yang tiada tara. 

Terlalu sukarkah untuk membuat pertimbangan untuk aku di dalam tugasan itu? kenapa aku diminta untuk membuat keputusan sedangkan mereka tahu keputusan itu memang tidak akan mendapat konsensus daripada sesiapa. Itulah budaya yang aku belajar di sini. Dan, apalah kuasa yang ada pada seorang seperti aku, yakni sekadar picisan yang tidak punya apa-apa untuk dijadikan sebagai sandaran supaya ada yang sudi berkata: saya setuju. Atau, akukah yang masih takut untuk bersuara meminta bantuan walaupun aku tahu jawapannya adalah: saya tidak bersetuju. 

Lalu, pabila aku sendiri sudah tahu jawapannya begitu dan begitu, perlukah lagi aku mencuba dan membuang masa untuk meminta? Ini adalah ujian untuk minda aku berfikir secara logika dan cubaan untuk melihat sejauh mana aku berani untuk bersikap asertif pada diri sendiri. 

Kuasa veto tidak ada pada aku. Kalau ada kuasa veto itu, aku tidak akan jadi begini.
Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku, lapangkanlah dadaku. Moga-moga akan ada insan mulia yang menghulur bantuan di saat-saat nafasku sudah sampai di kerongkong. Aku sudah tidak berdaya untuk berfikir. Aku penat merungut sendiri. Aku menangis tapi, mereka masih juga tidak mengerti atau mungkin mereka pura-pura untuk tidak memahami. Aku benci. Sakit begini. Cepatlah masa berlalu, biar ujian ini pergi walaupun aku masih tidak tahu sama ada aku lulus atau gagal.

Senarai nama produk kosmetik yang dilarang penggunaannya



Keterujaan setiap wanita termasuk aku untuk mahu kelihatan cantik adalah satu cabaran yang paling besar. Pembicaraan tentang isu ini menarik untuk dikongsi sesama wanita yang lain. Kita adalah wanita unggul kerana kita adalah tulang belakang setiap mereka yang digelar sebagai lelaki.

Tapi, aku selalu maklumi diri aku untuk selalu berhati-hati. Jujurlah aku katakan di sini, ada masanya aku tidak cukup untuk berjaga-jaga apabila orang seperti aku selalu menerima saja tanpa banyak soal. Misalnya: term & condition untuk setiap kad kredit  atau loan, jarang aku khatam satu persatu. Dasar percaya pada luaran kadang-kadang bagi aku keberhasilan yang kurang menyenangkan. Oh, kad kredit yang aku gunakan bertambah bunganya apabila setiap kali pembayaran minima saja yang aku langsaikan. 

Dari itu, aku sedari, dalam term & condition: jika hanya baki minima sahaja dilangsaikan, maka, jumlah hutang akan bertambah. Menyesal benar aku menamatkan perkhidmatan kad kredit dari bank yang satu dulu. Ianya tiada caj berganda kecuali bila lambat pembayaran, barulah ia ada kadar caj sebagai denda tapi masih juga tidak sebanyak bank yang sedang aku guna sekarang. Mereka pintar dalam membuat wang dan silapnya aku tidak mengamati setiap hak yang aku miliki. Kelak, kalau aku sudah punya masa, aku akan tamatkan bank yang punya caj bunga yang sudah cukup buat aku rasa, aku tertipu.

Dan, untuk sekalian pembaca  penulisan aku, aku kongsikan dengan kalian tentang informasi ini. Moga saja ada maanfaat yang kalian dapat dari pembacaan maklumat di bawah:

Maklumat ini aku dapat dari:


Klik sini: Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)

Cancellation of Notification of Cosmetic Products 

PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU
Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.
Tahun 2011
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMerkuri  


Tahun 2010
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone 
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin


 Tahun 2009
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin


Tahun 2008
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin
Senarai ini dikemaskini pada Julai 2011

 Sumber: BFPK


Sekian, terima kasih.

p/s maklumat lanjut pun kalian boleh layari link yang di atas.

Sunday, 30 October 2011

Sakit

[google]



Sudah, sekian lama aku tidak alami bebanan begini, akhirnya, aku tempuhi juga. Bukan kepalang rasa ini. Mahunya aku ambil batu dan letakkan di atas perut, biar hilang rasa menggila ini. Mengerang kesakitan hanya didengar oleh si dia. Awalnya aku masih ketawa, gembira bila si dia gagal menghabiskan level permainan burung yang marah di sisi aku yang sedang menekan perut. Lama-lama, hilang suara aku. 

Tidur dalam kesakitan tapi pedihnya datang lagi bila aku buka mata dan si dia masih juga dengan  burung yang marah itu. Tangis aku pecah dan katanya: mari ke klinik. Aku  angguk. Aku redah saja ke klinik dengan muka pucat. Kata doktor: aku keracunan makanan. Benarlah spekulasi yang ada di dalam mindaku. Kalau sudah berkali-kali aku mengunci diri di dalam bilik termenung memang sahlah aku sedang sakit. Doktor bekalkan aku, Ubat sebanyak 3 jenis tapi semuanya aku minum dengan gaya picit hidung. 

Aku benci dengan ubat. Pahit. Sepahit ujian hidup. Tapi, yang baiknya, ia mengajar erti sabar dan percaya setiap sakit itu adalah salah satu cara penebusan dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini. Untuk si dia: terima kasih kerana ada di sisi ketika sakit begini. Bagi aku, rasa sakit itu tidaklah terlalu perit bila kamu ada di sini. Aku mengharap kamu selalu ada. Mudah-mudahan sedikit masa lagi, ada ruang untuk kita saling melindungi di bawah satu bumbung.  Amin.

Teatime with Chatime

[Nuffnang]

Sudah lama aku mengidam minuman ini. Bukannya tidak ada di sini, cuma mungkin, aku berimaginasi dengan minuman sebegini yang sebelumnya pernah aku rasa di sana. Rasa di sini tidak sama di sana. Berbezanya tukang pembuat mungkin salah satu penyebab berbezanya rasa minuman ini. Oh, aku maksudkan minuman di tanah kelahiran aku: Sabah. Bukannya Chat time ada di sana tapi, kondisi minuman seperti ini yang airnya milky tea ditambah dengan pearl atau puding yang pada leher aku cukup buat dinginnya hingga mahu lagi satu dan satu.


Sebenarnya, aku mendapat baucer dari Nuffnang untuk Teatime with Chatime Publika



To be eligible for this offer, all you have to do is:
  • ~ After logging into your Nuffnang account, you will then see a bubble tea icon named ‘Chatime Publika Special’ on your dashboard
  • ~ Clicking on that icon will lead you to a special voucher
  • ~ This voucher will have your name and a set of numbers that is specific to you
  • ~ Print out this voucher and present it to the waiters at the Chatime Publika outlet
  • ~ Enjoy your delicious drink!

Tawaran yang bersifat  mesra pelanggan dan menarik untuk terus mempromosikan  Chatime Publika. Aku terus mencari butiran. Dan aku temui:


Klik sini untuk : FACEBOOK CHATIME

Antara pilihan menu:

Caramel Milk Tea, Lychee Milk Tea, Jasmine Green Mil Tea, Matcha Red Bean Milk Tea, Oolong Tea, Ichiban Roasted Tea, Sun Moon Lake Black Tea, Formosa Oolong Tea, Japanese Sakura Sencha *exhales*. 




The best part, not only will you get to mingle with the Nuffies, you will also be served with yummy-licious food from the eatfood Village food court. You can pig out to mouth watering Dry Chili Pan Mee from Kin Kin Chili Pan Mee, Hokkien Mee and Cantonese Hor Fun from Sentul Ah Yap Hokkien Mee, Steamed and Roasted Chicken Rice from Loke Yun Chicken Rice and so much more!

To our Muslim Nuffnangers, fret not as you opt for authentic Penang style Char Keow Teow and Curry Mee from Lorong Seratus Tahun café, named after the famous street of Penang. ;)[ Nuffnang website ]


Dan, pada:
Ada satu jemputan untuk bloggers yang bertuah di Chatime @ Eat Food Vilage, Publika, Solaris Dutamas. kata Nuffnang:

We’d like to invite 25 bloggers and their guests to this Teatime at Chatime session with us, and to be one of the 25 bloggers attending this bonding session, all you have to do is fill up the form below with necessary information! We’ll be in touch with you if you’re selected to attend the teatime session :)

Nuffnang,

Kamu memang berhati baik.

~ Aku senyum dan suka dengan jemputan begini. Boleh ketemu blogger-blogger lain untuk membentuk satu ikatan ukhuwah antara satu dengan yang lain. Tapi, malangya, aku jauh di sini. Di seberang laut pula. Lalu,aku fikir-fikir, ini adalah salah satu kekurangan bila jauh dari pusat ibu kota.

~ Aku redha.

Egois



Mulanya, aku mahu bersikap menerima tanpa syarat seperti yang aku lakukan sebelum ini. Kemudian, lama-lama selepas aku fikir masak-masak, aku tidak perlulah mempraktikkan sikap sebegitu untuk semua perkara. Aku perlu adun dan banding tarakan setiap keberhasilan yang akan aku dapat dalam membuat setiap keputusan. 

Aku pernah belajar bahawa: membuat keputusan perlukan pemikiran yang telus dan hati yang tulus supaya tiada penyesalan yang akan aku jalani pada masa depanku. Jadi, aku  harus jujur dengan diri sendiri. Bukan kerana aku pentingkan egois aku. Tapi, siapa lagi yang akan ambil peduli kalau bukan diri aku sendiri? 

Sekurang-kurangnya, aku tahu pro dan kontra setiap apa yang aku putuskan. Klise sebegitukah kalau aku kata: aku tetap tidak egois? Ah! ruang dan waktu yang aku ada sudah cukup untuk aku buat keputusan. Kononnya, terbaik untuk aku walau ada orang lain melabel aku sebaliknya. Peduli apa aku. Sinis benar ayat aku itu tadi. Ia monolog di dalam hati untuk membuat hati senang. Ya, kalau bukan aku sendiri yang harus menghargai diri sendiri, siapa lagi yang aku harapkan?. Tiada jawapan.

p/s aku gembira, Bahasa Melayu menjadi topik panas di dalam berita. Tibalah masanya untuk menjadikan bahasa ini unggul seperti dahulu.

Wednesday, 26 October 2011

Feminis

[ Senyum begini sekurang-kurangnya menunjukkan masih ada sisa-sisa kekuatan aku untuk terus hidup]

[ Tipikal  dan sinikal mana pun hidup, aku akan terus berdiri begini.  Atas nama  aku sedari lahir sehingga sebesar ini.  Dan, itu adalah kata titik ]


[Si feminis]

Bernafas

[ Google]
[ Kalau ada seperti kamu di sisi sekarang, sudah tentu hati ini aman selalu ]

Aku perlukan udara segar untuk aku bernafas. Niat aku adalah untuk menghindar supaya suara perempuan seperti aku yang lembutnya dipandang tinggi terus hilang begitu saja. Sudah penat aku bermain dengan kelembutan tapi pabila kelembutan tetap dibalas dengan kekurang ajaran, sudah sampai masanya aku bangun untuk nampak lebih tinggi dari biasa. 

Aku sendiri kurang mengerti, di mana silapnya sikap yang tidak punya hormat itu. Di mana hilangnya dan kalau sudah hilang, di mana perginya, bagaimana kondisinya.  Tuhan ciptakan aku sebagai manusia yang penuh dengan pelbagai rasa. Jadi, kawalan rasa aku tidaklah terlalu cantik sehingga aku tidak pernah merasa untuk marah. 

Bila emosi mengawal tingkah laku, bergemalah teriakan yang belum pernah aku laungkan selama ini. Kecewa aku bagai tiada titik. Lembutnya aku jadikan aku seperti dipijak-pijak jadi sampah ke bumi.  Tiada hormat dan sikap membuat muka adalah sikap yang paling buat aku mahu saja mendoakan supaya yang membuat muka itu terus bermuka cacat selama-lamanya. 

Kemudian, aku ingat lagi, kata-kata merupakan satu doa. Maka, aku hentikan saja. Tapi, masih juga kesabaran aku tidak mampu untuk membuat lebih dari apa yang aku mahukan. Aku hanya mahu mereka tahu menilai erti hormat pada diri sendiri dan orang lain. Ironinya, mereka tidak punya sikap itu.

Jadi,  apakah aku perlu mengikut kata peribahasa ini: Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan untuk menjadikan mereka sebagai manusia yang tahu erti kesopanan dan kesantunan?

Nafas aku masih belum berhenti tapi dada aku sudah cukup parah dengan semua ini.

Tuesday, 25 October 2011

Asertif


[google]

Belakangan ini, sejak bersosial melalui laman muka buku dan bermonolog di dalam blog ini, secara tidak lansung, aku sebenarnya sedang praktis untuk merespon kepada setiap kejadian yang direncanakan untuk aku sama ada baik atau buruk agar ia dapat aku jalani dengan baiknya.  Bukan sekali dua, aku gagal untuk menghadapi kesulitan dan lupa dengan kegembiraan yang dikurniakan untuk aku, malah, aku sudah berkali-kali merungut dan membebel seperti aku sedang protes. 

Kemudian, aku berpura-pura untuk  mengabaikan setiap rasa yang menyempit kerana separuh rasa aku adalah untuk menghayati keberadaan aku untuk terus menghirup nafas sedari lahir sehinggalah tua begini. Pahit, manisnya hidup, aku perlu terus tegar berdiri untuk menjadi orang seperti yang aku impikan di dalam mimpi dan angan aku  saban hari. 

Berusaha untuk tidak menjadi seperti Mat Jenin, tapi ada masanya, ada kelakuan yang menyifat ke arah itu. Jadi, sifat itu buat aku rasa sia-sia dan belum punya komitmen diri yang kuat. Biarpun, aku gigih dalam mencapai sasaran diri tapi, aku masih juga sulit untuk mengenalpasti objektif keberadan aku di dalam sesuatu perkara. Boleh jadi, aku umpamakan seperti bola yang akur ditendang ke sana sini dan tiada siapa yang peduli kecuali mereka yang benar-benar aku boleh gelarkan sebagai sahabat sejati. 

Dari itu, aku terus bersosial dan mencipta dunia aku sendiri. Bila aku nilai baik-baik, aku tahu, keberhasilan daripada umpama bola itu kurang menyenangkan dan berskala lebih banyak keterpaksaan dalam perlaksanaan. Hasilnya juga kurang cantik, agak kusam dan  aku menganggap aku perlu banyak latihan untuk terus belajar dari pengalaman agar aku boleh berasertif pada diri sendiri dan orang lain.

~ Yang aku tahu, Tuhan bagi aku terus bernyawa adalah untuk menjadikan hati aku tetap satu untuk DIA ~

Inner neck ninja


Lama aku cari benda ini. Pabila aku jumpa di dalam penjualan secara 'online', aku menolak untuk beli kerana aku rasa harganya tidak berpatutan untuk aku beli. Ada yang RM30, RM35,  25 dan ia belum termasuk pos. Pos pula, kalau ke Sarawak ialah RM 6, 7 atau RM 9. . Jadi, selepas kira-kira, aku batalkan niat aku. 

Menunggu dan mencari lagi tempat yang menawarkan harga cantik dan berbaloi pada pandangan mata aku memang lama. Tapi,  Al-hamdulillah, penantian aku berhasil juga untuk mendapatkan Inner neck ninja menggantikan tudung berawning yang telah aku buka awningnya di depan. Kononnya dulu, untuk menjimatkan duit. Berbeza dengan inner neck ninja yang ini, Ia dipakai mengikut bentuk muka sendiri. Oh, cukuplah dengan menutup pipi aku aku tembam. Semakin hari-semakin membesar. Alhamdulillah, itu tandanya aku sihat dan semakin bahagia. Kalau pun, mungkin kerana terlebih makan, aku tutup sebelah mata dan percaya, muka aku memang begitu dari dulu. Tembam.


Inner neck ninja (aku dapat beli RM 23 sahaja. Bukan melalui online tapi di kedai yang berhampiran dengan tempat tinggal aku) jimat banyak. Dan pencarian berhasil.


 Cara pakai : inner ni kena ikat di belakang macam ninja ^_^

Pandangan sisi

Ia boleh tutup leher bila pakai shawl yang stail  loose

Kalut

[google]


Aku ambil kata sifat: Kalut. Itu adalah singkatan untuk emosi yang ada dua hari ini. Kadang-kadang, aku tidak faham kenapa mesti begitu. Apa yang aku maksudkan begitu ialah: itu bukan tugasan aku tapi, ia diberikan kepada aku. Aku cuba menerima tanpa ada tanda soal tapi, bila aku fikir-fikir, aku tidak perlulah hipokrit, di depan menerima dengan senyuman sebaliknya di belakang, aku  bersoal jawab dengan rasa hati yang paling sebal dan menyakitkan. 

Baiknya, bila bersoal-jawab, akan ada orang prihatin, menolong untuk memudahkan setiap permasalahan dan yang tidak baiknya kalau orang berkata: terima sajalah, jangan banyak soal. Ada masanya, aku kecil hati. Yang tahu, hanya si dia dan sudah tentu Tuhan, Pencipta aku yang paling agung. 

Mahu aku suarakan, ada banyak perkara yang aku telah terima begitu sahaja walaupun di dalam hati, serasanya aku mahu berlari ke laut, menangisku. Seperti kata Dian sastrowardoyo. Entah betul, entah tidak ejaan nama artis anggun ini. Maafkan aku kalau salah.

Jadi, bila giliran aku untuk bertanya kenapa aku dan aku, sekurang-kurangnya aku bertanya  dan bukannya terus meletakkan nama pada  sesuatu perkara malah terus-terusan bilang, itu tugasan aku tanpa ada sikap sedikit profesional untuk berurusan secara tulus?. Di situ dan sekarang aku kalut. Maka, aku biarkan saja. Itu lebih baik dari membuat semua orang kalut terhadap aku. Pesimis.

Monday, 24 October 2011

risiko

Dalam tidak sedar, aku mulai sedar yang setiap kejadian yang dilalui oleh aku adalah risiko yang aku terpaksa terima denga hati terbuka atau pun tidak. Kesedaran terhadap perkara ini aku rasa semalam bila aku terbangun jam 2 pagi kerana anjing yang menyalak tanpa henti. 

Aku yang punya sikap kurang berani mula untuk berfikir dua risiko yang mungkiun aku hadapi. Risiko pertama ialah ada makhluk halus yang sedang berligar-ligar dan risiko kedua ialah ada orang yang mahu pecah rumah dan kata kerja baginya ialah mencuri. Imaginasi aku selalu jadi begini. Asal ada bunyi anjing, ia sinonim dengan hantu dan pencuri. Mngkin ada yang berimaginasi seperti aku?  
Dan, kalau ada yang sama seperti aku, sudah tentu tahu betapa gelisah dan takutnya aku. Kesan hujan yang sejuk tidak beri apa-apa kesan untuk aku malah, aku buka selimut kerana bahang panas ketakutan aku mengawal segalanya. Apa lagi yang aku fikirkan kalau bukan perkara dua risiko ini. Kalau ia hantu, ada risiko aku pengsan kerana terkejut atau sesak nafas. Dan risiko satu lagi ialah, pencuri ambil barang dan duit. Tapi yang aku paling takuti ialah pencuri yang mengugut untuk membunuh dan kalau masih bernyawa, syukurlah.

Sunday, 23 October 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1



Kadang-kadang, ada sesuatu perkara perlu dilakukan untuk menghiburkan hati sendiri. Sekurang-kurangnya, ia adalah satu cara untuk memanjakan dan memberi penghargaaan pada diri sendiri setelah lama berprofesi. 



Thursday, 20 October 2011

Tanggapan pertama

[facebook]


Aku suka memerhati dan menilai sesuatu dari pandangan pertama aku. Sewaktu temuduga, aku diingatkan berkali-kali oleh keluarga dan kawan-kawan yang selalu prihatin dengan penampilan aku supaya berpakaian kemas, senyum selalu dan berkeyakinan apabila bercakap. Selepas tu, penemuduga boleh buat tanggapan pertama yang baik untuk aku. First impression: orang kata.

Tanggapan pertama begini terus berlanjutan bila aku sudah berprofesi.  Aku pernah mengatakan kepada mereka yang aku agak bebal dalam kira-kira. Tapi, tujuan aku untuk berkata begitu adalah untuk memberikan motivasi kepada mereka bahawa kalau bebal dan tidak suka pun asal berusaha pasti boleh berjaya. Aku sebutkan satu persatu kegagalan aku masa belajar dan selepas berusaha atasinya, akhirnya aku berada di tempat aku sekarang. 

Ironinya, aku lupa yang mereka juga ada tanggapan pertama. Pabila aku mengambil alih tugas untuk membimbing mereka dalam kira-kira, aku belajar dahulu dengan si dia cara-cara untuk menyelesaiakan masalah kira-kira tersebut. Kemudian, di kelas, aku mula membimbing mereka. Menerangkan dan menunjukkan langkah. Janggalnya, mereka diam dan bila aku selesai membuat penerangan, seorang dari mereka berkata: cikgu, cikgu kata: cikgu tak pandai math, tapi, yang ni cikgu buat, pandai pun. Lalu, ada tepukan gemuruh dari mereka.

Cikgu dah pandai math. Itu siulan mereka.

Aku terkedu. Aku kata: memanglah cikgu tak pandai tapi cikgu belajar dengan suami cikgu.

Mereka tepuk tangan lagi. 

Aku senyum tidak terkata.

Sehabis kelas, aku keluar dan berfikir: Rupanya bila tanggapan pertama itu sudah begitu, orang akan tetap anggap seseorang itu begitu kecualilah selepas satu pembuktian untuk menukar tanggapan pertama itu menjadi lebih baik.

~ Untuk si dia: sayang, terima kasih untuk tuisyen tidak berbayar itu ~

Ini lanjutan entri matematik.

Wednesday, 19 October 2011

Persiapan

[Google]


2 Hari berturut-turut, ada tabiat aku yang berubah. Keinginan untuk berkemas datang tiba-tiba. Semalam, aku selongkar habis kertas-kertas yang sepatutnya sudah jadi sampah tapi masih ada di dalam laci dan fail di tempat kerja aku. Bila ada orang tanya, kenapa aku tiba-tiba mengemas, aku dengan selamba menjawab: nak pindah dah kan bulan depan, pasal tu mengemas. Amin, masinlah aku supaya aku dapat pindah ke tempat suami.

Kemudian, di rumah pula tadi, aku bungkus semua tudung ekpress aku yang sudah lama tidak dipakai tu masuk di dalam kotak. Sayang. Kalau dihitung-hitung, banyaknya pelaburan aku di dalam sesi meningkatkan keyakinan diri dalam berhias. Bukan sudah tidak berminat tapi, daripada ia bergantung tidak dipakai dan mungkin si dia pun sudah lali tengok tudung-tudung aku yang bergantung, adalah lebih baik aku simpan saja di dalam kotak. Mungkin, beberapa bulan dari sekarang, bila aku sudah sarat mengandung dan tidak sempat lagi untuk melilit selendang, aku bolehlah sarungkan tudung ini semula. Ya, otak harus bijak. Berfikir segala kemungkinan yang akan berlaku.





Selesai memborong di dalam kotak, aku susun pula selendang / shawl aku yang tunggang langgang tidak tersusun. Figura sebelah kanan itu menampakkan itulah hasil bila sudah berkemas. Ada shawl yang terpaksa digantung berlapis-lapis kerana kegilaan membeli shawl masih belum berkurangan. Aku rasa sebal dengan rasa begini. 10 bulan dalam tahun ini, tabung masih lagi berbunyi bila dimasukkan duit. Belum cukup dan rasanya tidak akan cukup kalau kegilaan ini masih diteruskan.



Belum cukup namanya pakai selendang kalau tidak ada inner. Aku kira-kira, ada lagi inner yang aku belum pakai dan yang aku pakai sekali lepas tu simpan. Bila aku fikir-fikir, aku rasa, aku perlu ada anjakan paradigma. Usaha untuk celik mata dengan sikap wasatiah dalam berbelanja. Kalau baby sudah besar, belanja bulanan pun akan bertambah juga. Kemudian, aku ingat lagi cerita hidup yang lepas, kali terakhir aku  beli inner syria pada bulan Mac yang lepas dan terbaru adalah semalam iaitu inner lace warna ungu. Itu pun berharga RM 3.30. Okaylah, aku boleh ponteng makan tengahari di sekolah dengan menggantikannya makan tengahari di rumah. 



Akhir kalam, selepas aku mengemas semua benda keperluan dan kehendak wanita ini, ia mengingatkan aku betapa banyaknya keperluan bila bergelar wanita.  Berlapis-lapis intinya tapi itulah uniknya wanita. Aku selalu berusaha untuk menghargai diri sendiri kerana WANITA, DIRIMU BEGITU BERHARGA.


~ SELAMAT MALAM UNTUK SEMUA. MOGA MIMPI YANG INDAH-INDAH.~

Tuesday, 18 October 2011

Jiran





Aku tinggal di tempat perumahan kejiranan yang pelbagai bangsa. Sebelah kiri, jiran aku adalah Makcik Cina dan sebelah kanan pula Makcik Melayu. Depan dan belakang rumah aku pun Makcik cina. Sederet di sebelah kanan aku adalah orang Semenanjung.

Sebenarnya, aku  kurang bergaul dengan jiran-jiran aku ni. Yalah, aku adalah penghuni yang balik kerja, masuk rumah dan esok kerja lagi. Maka, aku kurang bergaul mesra dengan jiran-jiran. Dalam semua jiran yang ada, jiran yang agak mesra adalah jiran aku, makcik yang tinggal di sebelah kanan rumah aku. Anak-anak dia kalau terserempak dengan aku di luar rumah, mereka akan tegur dan sekurang-kurangnya pun mereka akan senyum dan anggukkan kepala. 

Yang makcik sebelah kiri pula agak kurang mesra. Aku senyum semanis mungkin pun, dia buat macam tidak nampak kelibat aku. Jenuh juga aku senyum dan bermanis muka dan selepas banyak kali percubaan aku jadi hilang kuasa untuk terus membina hubungan. Jadinya, bila terjumpa di luar pagar, dia pandang kosong, aku pun pandang kosong juga. Tapi, dalam pandang-pandang kosong macam tu, aku kurang suka bila mereka dengan sesuka hatinya parking kereta depan pagar rumah aku tanpa ada rasa bersalah. Kemudian si dia pesan, biarkan saja. Walau dalam hati kurang suka, tapi, tidak apalah. Hormat saja jiran begitu. Sekurang-kurangnya aku ada kawan di sini biarpun hanya dengan sebelah rumah. Bukan begitu?

Dalam pada itu, jiran di depan rumah aku tu mulanya agak menakutkan. Bukan apa, pakcik tu selalu duduk di depan rumah dia dan beri aku perasaan yang kurang enak untuk buka tingkap dan pintu rumah. Jadinya, aku akan tutup pintu dan tingkap selalu. Tapi, lama-lama, aku buat macam biasa dan pakcik tu anguk-angguk juga kepala bila nampak aku. Si dia pula selalu usik aku dia kata: tu, pakcik sayang tengah angkat baju sambil pakai payung. hahaha. Tapi, betul. Pakcik tu pakai payung kalau masa tu cuaca panas ^_^

Dan, perkara yang buat aku kagum dengan keluarga pakcik tu ialah, jam 9 malam, lampu rumah mereka sudah tutup dan aku rasa, masa tu mereka sudah dalam mimpi. Kemudian, mereka akan bangun seawal jam 4 pagi untuk bersiapsiaga sebab anak dia pun ada yang baru sekolah rendah. Jam 6.30 pagi, isteri dia sudah pun selesai jemur baju. Aku tengok diri sendiri, jauh panggang dari api. Bangun selalu lambat. Jemur baju selalu petang.

Berikutan dengan kekaguman aku dengan pakcik ini, aku sudah mula belajar untuk tidur jam 10.30 dan paling lewat jam 11 malam. Itu pesan si dia juga dengan aku. Ini pun untuk elak punch card aku merah memanjang. Jadi, aku kena cepat-cepat habiskan cerita ini supaya aku boleh bersiap sedia untuk tidur.

Selamat malam semua.^_^


Monday, 17 October 2011

kilogram + pilates


[facebook]

Dalam lipatan sejarah hidup yang lepas, aku selalu berjaga-jaga dengan pengambilan pemakanan aku seharian. Aku jaga baik-baik setiap benda yang aku makan. Aku hitung berapa kali aku makan dan minum. Setiap kali makan, aku tidak akan minum bersulam air.

Tabiat aku adalah minum air selepas 30 minit makan  (kadang-kadang aku terlupa yang aku belum minum air selepas sejam lebih ) dan selepas ada pertambahan  kesedaran, aku tidak akan minum ais atau berkarbonat. Padahal ada juga masanya aku buang tabiat cuma, aku masih boleh kawal supaya tidak menjadi-jadi.

Tapi, bila umur semakin tua begini, perasaan terhadap makanan semakin meluap-luap. Ditambah lagi dengan sejak memegang status isteri orang, selera makan aku bertambah-tambah. Hasilnya, lipatan lemak di perut pun bertambah. Kata orang: perubahan hormon. Entah betul, entah tidak. Mungkin.

Aku mulai risau. Walau pertambahan kilo hanya setengah kilo dari biasa tapi takut setengah kilo akan jadi berkilo-kilo. Maka, aku sedang berfikir resolusi untuk masalah ini.

Kata adik ipar aku: aku boleh gunakan senaman jenis pilates. Oh ya, sebelum ini, aku adalah pengemar kepada senaman aerobik tapi oleh kerana aerobik banyak teknik lompat-lompat jadi, aku terpaksa lupakan buat seketika.

Si dia kata: jangan dulu aerobik, nanti ada baby, takut apa-apa jadi. Aku akur. Berhati-hati selalu. Lagipun, aku pun mahu juga tambah lagi status ini kepada isteri > ibu. ^_^.

~ ada resolusi lain kah selain senaman pilates utk senaman yang tidak perlu lompat-lompat?

[Facebook]

i want to..


Untuk kamu, di setiap kesempatan yang ada, aku berangan untuk:



~ kenapa setiap hari isnin begini, jiwa kacau menjadi-jadi?

Perasan muda


Cepatnya masa berputar. Bulan November akan datang dalam beberapa hari lagi. Bulan yang aku nanti setiap tahun. Suka dan teruja bila ia datang. Mungkin disebabkan oleh itu bulan yang telah menamatkan keperitan dan kesusahan mama selama 9 bulan kandung aku ke sana ke mari. Dan, bulan itu beri aku satu nafas untuk merasa keberadaan hidup di sini. Tapi, bukan hal ini yang aku mahu jadikan sebagai satu penulisan. Itu hanyalah metafora. Dan, isi penulisan aku adalah semua figura di bawah.

Figura ini adalah momen-momen bersama kanak-kanak ribena yang selalu buat aku gembira. Ada masanya, aku rasa aku marah, ada masanya aku sebal dengan mereka tapi, banyak masanya aku akan ketawa dan berlagak seperti sama umur seperti mereka. Perasan muda. Bulan depan, bulan November, hari terakhir bersama mereka. 

Ada seorang antara mereka pernah berkata: jiwangnya aku menulis di dalam blog. Aku senyum dan ketawa. Selalunya, aku cuba untuk menulis seperti biasa dan aku selalu berharap yang aku akan menggunakan Bahasa Melayu standard untuk meletakkan blog aku tidak merapu seperti dahulu. Oh ya, maksud aku, merapu di dalam blog pertama aku. Penggunaan bahasa aku teruk dan bila aku baca semula, aku seolah-olah tidak percaya, penulisnya adalah aku. Dari penulisan, orang akan dapat nilai macamana pemikiran dan kupasan kita. Itu yang cuba aku tekankan. Mungkin jiwang bagi mereka kerana aku menggunakan bahasa standard tapi bagi aku, itu adalah percubaan aku untuk terus mengekalkan bahasa sendiri. Aku sedang mencuba untuk menulis dengan santai dan seikhlas hati.

Di akhir penulisan ini, aku doakan kamu semua akan berjaya di dalam meneruskan keberadaan hidup di tempat lain. Bila masuk sekolah menengah nanti, teruskan berusaha hingga berjaya. Kalau mahu orang lain hormati kamu, hormatilah juga orang lain. Sayangi diri sendiri dahulu sebelum kamu sayang cinta dengan orang lain. Kalau ada cinta hati kamu buat masa sekarang, seawal umur begini, selalu percaya, kalau ada jodoh takkan ke mana. Jangan terlalu berharap dan cubalah untuk berjaya dalam hidup terlebih dahulu. Capai cita-cita dan jadikan impian kamu sebagai realiti. Kalau cinta kamu yang ada sekarang berjaya hingga ke jinjing pelamin, kirimkan kad jemputan nanti. okay.^_^






















sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...