Saturday, 31 December 2011

inner neck satin maysaa : Ia cantik

Inner ini sudah ada sebagai teman baik kepada inner ninja aku. Inner neck begini memang menyenangkan dan memberi keselesaan yang amat bagus apabila memakai shawl / pashmina. Lilit macamana pun, leher masih boleh ditutup. 

Kata Myra ( Penjual Inner ini )


Inner satin mysaa ni sangat2 la special,sebabnye:
*Inner satin ni mempunyai zip di belakang,dan sesuai untuk semua saiz muka/kepala..
*Mempunyai jahitan "tirus'' pada tengah2 dahi,untuk mengelakkan muka nmpak bulat.
*boleh digayakan dengan shawl ala2 yuna.
*sesuai di pakai ketika aktiviti riadah,aktiviti lasak dan berenang.
*sejuk jer bila pakai,tidak panas. 

( Copy paste dari demyra blogsop )

Inilah rupa inner neck satin maysaa aku :




Suka dengan silang di atas yang buat muka tidak bulat lagi 


Kalau berkenan, cepat-cepat isi borang dari blog ini http://www.demyrashop.blogspot.com/

Friday, 30 December 2011

Inilah rasa yang membikin aku mahu lari

GOOGLE


Aku tidak sangka, sebulan yang lalu aku agak lama menyendiri. Aku berhidup hanya  dengan  mereka-mereka yang selalu ada ketika aku susah dan senang. Usaha aku untuk melupa setiap kekalutan itu hanya mampu bertahan selama sebulan yang lepas. Hari ini, aku jejak kaki lagi dan kalut itu mula mengigit setiap nadi aku yang berdenyut. Ini sangat menyakitkan.

Aku mulai merasa berat kepala. Dan inilah rasa yang selalu membikin aku mahu lari dan tidak mahu berlama-lama di sisi dunia begini. Mata yang melihat dan senyum dan dilemparkan untuk aku, aku rasa ia umpama ada sesuatu di situ. Mata dan senyum itu bagai tidak ikhlas kerana ada cerita-cerita yang pahit telah aku jalani bersamanya. Prejudis sungguh aku begini.

Aku sedar, sekurang-kurangnya aku tidak boleh terus membuat pandangan seperti ini kepada mereka tetapi, setelah apa yang pernah aku lalui, aku makin tidak percaya dan serasa aku, aku tidak mungkin akan meletak apa-apa harapan atau dinding kepercayaan pada mereka lagi. Aku memilih untuk berada di dalam dunia aku sendiri. 

Biar begini. Aku harap-harap agar mereka-mereka ini tidak lagi terus menyakiti tapi aku tahu, tidak semudah itu perubahan berlaku dan seharusnya aku kena bersiapsiaga untuk menahan segala rasa bebal untuk entah ke berapa lama lagi. 

SABAR.

Thursday, 29 December 2011

Patah jadi dua

google

Ketika semua rasa gembira ini ditinggalkan di situ, hati aku sudah patah jadi dua. Biarpun ada titis-titis air yang laju bergerak keluar dari mata tapi, tiada apa lagi yang perlu ditangiskan lagi. Menangis di dalam hati itu lagi menyenangkan pada satu-satu ketika kerana ia adalah sumber kekuatan dalaman yang paling keras aku pernah ada.

Melupakan saja impian-impian ini dan aku teruskan hidup aku untuk setahun lagi akan datang. Biar aku duduk dan sendiri di sini tanpa mereka yang selama ini, tulang belakang aku yang paling ampuh. Kalau saja, umur aku masih panjang pada tahun hadapan dan sedekat-dekatnya pada esok hari, aku masih bersyukur kerana sebegini tua aku sudah mampu untuk memberi apa yang aku mampu kepada mereka. Hormat, kasih sayang, perlindungan dan wang itu saling aku adunkan bersama-sama agar aku mampu berhidup bersama-sama mereka untuk masa yang ada ini.

Selepas proses keselesaan sebulan ini, aku sudah bersemangat baru. Mahu lebih kuat bekerja, mahu lebih tabah berhidup, mahu mengatur baik-baik setiap hal yang aku perlu capai dan miliki untuk tahun depan dan 10 tahun yang akan datang juga. Pandangan aku harus ke depan, aku toleh belakang, aku ada dia, keluarga dan kawan-kawan yang begitu  tulus untuk bersama-sama aku jalani kehidupan dengan kondisi yang paling baik biar apapun duri yang perlu akan menyakitkan kami.

Sunday, 25 December 2011

percutian - Kg Tagal Luanti, Ranau #


Selepas meredakan segala rasa kecut perut sewaktu ke Desa Cattle Farm di dalam entri ini Percutian Desa cattle # 1   dan Percutian Desa Cattle # 2, kami teruskan misi percutian hujung tahun ini di Kg. Tagal Luanti, Ranau. Untuk pergi ke tempat ini, kamu  perlu memandu dari Kinabalu Park sehingga berjumpa dengan simpan sebelah kiri ke Poring dan jalan lurus ke  Ladang Teh. Tempat ini terletak berdekatan dengan ladang Teh, Ranau.

Info:

Yuran masuk dewasa : RM5.00
Yuran masuk kanak-kanak : RM 2.00
International : RM 10.00
( Yuran masuk ini adalah termasuk rendam kaki sehingga paras lutut di dalam air sungai )
 Bawa kamera masuk ke tempat ikan : RM 3.00
Beli makanan ikan : RM 0. 20 Sen




Ini adalah antara figura-figura yang sempat kami ambil sepanjang berada di sana:






[Mandi bersama-sama ikan pun boleh juga cuma bayaran RM 10 seorang dalam masa 15 minit]




[Ikan yang menghurung kaki]

[ Ikan-ikan yang sangat jinak ]



[Pemandangan dari jambatan di atas sungai]








[Jalan masuk / keluar ke tempat ikan tu, ada jual durian, ya, kami borong]


[Sebelum balik beli bunga dan sayu-sayuran]






Tamat di sini. Panjang umur dan murah rezeki, aku akan berpergian lagi bersama-sama mereka, insan-insan terpenting di dalam hidup aku.

Friday, 23 December 2011

Tutorial pakai pashmina



Sudah lama tidak buat entri sebegini. Sudah ramai juga kawan yang bertanya. Dengan ini, aku biarkan langkah-langkah di bawah bicara untuk kamu.


Ini tutorial pakai pashmina serabai-serabai. Pashmina adalah pilihan yang paling tepat kalau mahu buat style sebegini. sebab ia akan tutup depan dan belakang. Lagipun, pashmina panjang dan lebar.



Cara-cara lilit pashmina:














selamat mencuba.*_*

Wednesday, 21 December 2011

Jangan terasa sangat

Google

Pada satu masa, aku merasa aku masih lagi belum dapat digelar punya kematangan yang cukup selari dengan usia yang aku ada. Bukti perbicaraan seperti ini dapat aku jelaskan dalam misalan, aku masih terlalu mudah untuk terasa hati apabila ditegur yang terkaitan dengan pilihan aku. Dan, yang buat aku rasa paling tidak senang ialah sikap sebegitu hanya akan datang pabila bersama orang yang paling dekat dengan aku terutamanya ibu aku.

Misalan aku begini: 

Ada baju yang aku lihat cantik di mata aku dan kemudian ibu kata: baju itu kecil, lengan pendek paras siku sahaja,  tidak sesuai untuk aku sebab aku akan semakin membesar ( maksud ibu, pabila dengan adanya si kecil itu  di dalam perut ).

Aku pula masih berminat dengan baju tersebut sebab ia dua dalam satu, singlet panjang tutup punggung dan ada cardigan cuma baju tersebut jenis getah dan itu adalah sebab utama ibu kurang menyenanginya.

Akhirnya, aku letak baju dan keluar kedai, masuk kereta dan memandu untuk pulang. Ibu kelihatan tenang dan   masih bawa aku bercakap seperti biasa yang dia buat untuk pujuk aku, aku pula diam seribu bahasa. Terasa dan merajuk adalah sikap yang aku bikin aku selalu serba salah. Sikap begitu akan automatik terjadi terutamanya bila bersama ibu. 

Sepanjang memandu, aku meredakan perasaan, membawa fkiran ke aras yang normal. Jangan diturut rasa yang langsung tidak memberikan keuntungan untuk aku dan orang lain. Kemudian, aku mulai tenang dan ada perasaan bersalah berganda-ganda di dalam hati kerana terasa dengan benda sekecil itu. Aku kemudian bicara seperti biasa dengan ibu dan seperti tiada apa yang berlaku. Mana tidaknya, kalau sepanjang keberadaan aku dalam penghidupan ini, dia adalah tulang belakang aku sehingga aku boleh jadi seperti aku sekarang. Dan, sebesar begini pun, ibu masih basuhkan baju aku dan masak untuk aku walau sepenat mana pun dia. Jadi, rajuk aku pun tidaklah akan sampai ke mana.

Bila aku fikir-fikir, dengan usia yang akan menginjak ke angka tiga puluhan pada tahun depan dan status aku sebagai isteri orang, seharusnya aku lebih matang untuk mengurus emosi aku. Dan, mungkin kalau aku sudah berjaya mengawal emosi sebegini, lebih mudah untuk Tuhan kurniakan pada aku akan si kecil yang menjadi impian aku sembilan bulan ini.

Ibu, walau jannah aku pada dia tapi kewajipan aku untuk menjaga hatimu  masih tetap seperti dulu. 

Hijabi Fashion Week (HFW) Day 7: Out with friends

Hijabi Fashion Week 

Day 7 -- Out with Friends: Finish off the week by hanging out with friends! Where do you usually go? What do you usually do?

Untuk HFW yang terakhir ini, waktu begini adalah waktu yang aku tunggu- tunggu selalu. Sahabat, insan-insan yang selalu ada dalam hidup aku sedari dulu. Kalau dulu, kami ada masa yang sangat cukup untuk keluar bersama-sama, makan, membeli, menawar dan berbual-bual sehingga lupa akan masa yang berdetik. Sekarang, kami sudah ada profesi masing-masing, ada keluarga masing-masing dan sudah ada komitmen masing-masing jadi, masa yang ada sudah tidak sehaluan lagi dengan kami. Paling jauh adalah aku. Cuti-cuti sebegini sajalah masa aku bertemu mereka. 16 tahun persahabatan ini, ia masih begitu, kukuh dan semoga kita terus bersahabat selamanya.

[ oh, figura ini diambil oleh mama aku. *_* ]
                                                             

inner neck ninja- unbranded
Shawl double sided - unbranded
Inner - lupa beli di mana
blouse - Najah Collection
Harem pants - KK Plaza
Wedges - Icha Collection


[ Sahabat, akan aku sayang kamu selagi hayat ini ada ]





Percutian - Desa Cattle Farm, Kundasang, Ranau # 2


Cerita ini juga tertangguh. Kesibukan untuk pelbagai perkara yang perlu dibereskan sebelum balik Kuching bikin aku tidak sempat-sempat membuat entri ini. Ini sebahagian figura-figura percutian kami di Desa Cattle, Kundasang. Tempat ini memang indah di mata dan ia akan menjadi tempat yang akan aku tuju berkali-kali bila aku ada peluang. 


Yuran masuk  dewasa : RM 3 seorang
Yuran masuk kanak-kanak : RM 2 seorang
Merah jambu itu menawan?


Jannah ku

oh, aksi itu.*-*

Candid

2 Hati

menunggu menjadi tiga

Update status FB

Candid 2

Tempat pemprosesan susu segar 





 Candid 3
Selamat tinggal desa cattle farm

Selepas ini, destinasi seterusnya  ke Kg. Tagal Luanti, Ranau ( Tempat SPA ikan )


sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...