Sunday, 1 January 2012

Buku baru 2012


Tutup buku yang satu itu. Pada ketika ini, di tangan aku sudah ada buku baru. Masih suci bersih dan belum ada yang mengotorinya. Menunggu untuk aku membuat perancangan yang sebaik-baiknya untuk tahun ini. Insyallah, dengan kudrat yang ada, kesihatan yang baik dan rezeki yang selalu dipermudahkan, aku  akan  membuat olahan cerita baru di dalam buku itu dengan penuh rasa sayang pada diri sendiri, Tuhan, suami, keluarga, kerjaya dan mereka yang ada di sekeliling aku. 

Tinggallah buku 2011, aku sudah melangkah banyak kali untuk bangunkan diri sehingga kini dan aku sudah banyak kali tersungkur untuk meneruskan kelansungan keberadaan aku di bumi ini.

Kalau pun ada kegagalan misi di tahun lepas, aku tidak menyesal kerana sekurang-kurangnya bila ia gagal, aku perlu berusaha lagi dan lagi sehingga aku berjaya dan dalam masa yang sama, ia akan didik aku supaya tidak pernah kalah dan putus pengharapan. 

Selamat datang tahun baru. Tiada lagi kupasan azam untuk entri ini kerana ketika ini, lebih elok untuk aku simpan dahulu baik-baik. Aku berharap, aku akan mampu  perolehi apa yang aku mahu sedikit demi sedikit.



[dari si dia]

[Inner neck maysaa dari demyrashop]

[Bukan vanila coklat]

[Moga hati ini tegar lagi]

[Jejak kaki yang tidak akan pernah berhenti untuk capai sukses]

3 comments:

  1. Love the bag kak ^^ Selamat Tahun Baru! Semoga apa yg diusahakan membawakan hasil :D

    ReplyDelete
  2. dora: ehe;D i love it too dik;D amin dik. sama jg dgn ko. moga sukses ah;D

    ReplyDelete
  3. hehe semoga sentiasanya muncul bahagia bila bila masa. Tapi kadang perlukan dugaan untuk mengingatkan yang kita masih di dunia, bukan di sorga.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...