Tuesday, 31 January 2012

Rasa yang sulit untuk diucap





Pada setiap kisah yang aku jalani, aku cukup berhati-hati agar kisah itu berakhir atau setidak-tidaknya punya kelansungan seperti yang aku mahukan. Tetapi, kesedaran yang ada di dalam diri tetap ujud apabila sebenarnya, kita ini adalah manusia yang tiada sempurna dan aturan sebaik-baiknya adalah dari Tuhan yang telah menciptakan kita. Sudah selalu aku diperdengarkan bahawa setiap apa yang jadi itu akan adalah sesuatu di sebaliknya. Mata kasar kita sebagai manusia ini masih lagi ada hijabnya dan ia masih belum telus selagi hijab itu belum dibuka sesuai dengan waktunya. Itu aku percaya. Kisah insiden si dia terlibat di dalam kemalangan seminggu lalu sememangnya menjadi  satu kisah tentang hati yang sulit untuk aku percayai. Cuma, dengan adanya usaha untuk saling mengerti bahawa ia sudah pun terjadi, kami redha. 


Gembiranya hati, biarpun ketika itu kalau bukan saja izin dari Tuhan, aku sudah tidak dapat menjangka apa yang akan jadi. Dia selamat, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Tuhan atas kesempatan untuk aku terus jalani masa indah-indah aku bersama dia. Apa pun yang terjadi dengan kereta, aku sudah tidak peduli, yang penting dia selamat sampai ke destinasi.

Untuk menanti beberapa hari lagi dia kembali, aku ada rasa seperti orang bebal yang tiada rasa sabar. Lalu, bila saja dia datang, aku menyalami dan memeluk seperti tidak mahu perkara itu berulang lagi.. Dan, ketika itu, laju saja air keluar dari kelopak mata. Sebaknya rasa dan aku peluk erat-erat. Tuhan, Terima kasih untuk setiap kesempatan yang ada ini. Amin.

2 comments:

  1. Siapa yang kemalangan kak?ok suda dia?doakan semuanya baik2 sahaja kak.

    O pasal design tu tiada web khusus dia kak.design tu saya buat sendiri guna photoshop.gambar2 yang lain saya cari google jak pas tu saya edit,potong2,gabung2 semua guna photoshop.bila suda siap design baru buat coding template.itu la hasilnya.huhu.kalau kak mahu saya design boleh bah kak.tapi niak sap lawa bana.hihi.kak kasitau jak apa tema warna sama gambar kak mahu.tapi saya mesti log in kak punya blog la sap.baru saya dpt buat coding. .kalau kak ok.saya ok jak,hehe.kak confirm jak bila mahu a.free tek.haha

    ReplyDelete
  2. wahh.. laki kakak eksiden?? nasib juga tida apa2 kan.. ok la bha tu.. kakak steady ja.. sudah kakak baca entri si Aki tu?? ^_^.v..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...