Monday, 9 January 2012

Serasa-rasa aku, aku sudah biasa begini

Google


Aku mahu ambil masa sebentar. Mengolah cerita hidup untuk episod yang lepas dan masa akan datang.  Minggu pertama kembali berprofesi agak sedikit sukar dan ada sedikit lega. Sukarnya sedikit cuma, kalau dilihat dengan mata hati, ia membikin hati menangis. Tapi, bukannkah aku sudah mahu berlagak kebal tahun ini? jadi, aku buat biasa-biasa saja. 

Alah bisa tegal biasa, bukan? Ada masa kelak, aku lontarkan setiap rasa yang tersimpan. Ia hanya menunggu masa itu tiba. Seperti yang aku sudah niatkan untuk transformasi di dalam kerjaya aku, aku harus lebih berani untuk bertindak. Ada banyak perkara yang aku perlu uruskan agar transformasi kerjaya ini cukup berjaya. Permulaan untuknya mengheret sedikit rasa sakit tapi itu tidak mengapa. Serasa-rasa aku, aku sudah biasa begini. Walau ada rasa sebal kerana berlaku berat sebelah dan membuat aku mahu berkata celaka sahaja, tapi, aku masih mahu bermonolog positif.

Mungkin ini satu lagi pengorbanan yang aku perlu buat bagi membantu transformasi kerjaya aku?
Mungkin.

Tapi, kata si dia, jika ditakdir dia berada di tempat aku, mana mungkin dia membuat sesuatu yang dia tidak suka. Ia akan terus tamat di situ. Tiada kesinambungan lagi. Titik. Dan di sudut aku pula, aku masih tidak mahu membuat keputusan walaupun aku sebenarnya tidak suka. Dan, senangnya jawapan ialah  aku hanya mahu sedikit pengertian dari mereka-mereka selaku pembuat keputusan. 

Penghidupan ini ada masanya begitu menuntut kekuatan. Ada masanya juga perlu biasa-biasa saja. Esok-esok, aku tahu akan banyak lagi cerita yang akan jadi isi untuk aku berfikiran begitu. Persetankan saja. Pesan si dia, keluarga dan kawan-kawan: jangan ada rasa tertekan. Jalani hidup seadanya. Ia bukan saja bagus untuk kesihatan malah, ia akan membikin hati lebih tenang dan tenteram.

3 comments:

  1. aku doakan semoga ALLAH berikan kekuatan dan ketabahan untuk kak menhadapi liku kehidupan ini kak..semoga kejayaan dan kegembiraan menyebelahi kakak kelak.amin~

    *huhu..sedih bana pan ayat ku ea*ahaks..

    ReplyDelete
  2. itulah hakikat nya kak misya....lumrah hdup..

    ReplyDelete
  3. Ho hO HO.. Apapun Kak, yang penting, relax.. Enjoy the life.. Baru bermakna hidup.. ^_^.v..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...