Tuesday, 21 February 2012

rezeki itu adalah rahsia Allah yang sukar dijangka

 Jam 3 petang, aku sudah menamatkan masa hujung minggu dengan penuh kesyukuran.  Aku yang berpergian selama 2 malam 3 hari, usai bersama-sama si dia. Pemergian kali ini sangat menyenangkan seluruh perasaan. Cuma, belakangan ini, aku asyik tidur. Pantang jumpa bantal, mata cepat terlelap. Buat perangai yang bukan kebiasaan.

Jarak masih lagi menjadi permainan  untuk perkahwinan kami. Dan tempoh perkahwinan ini juga, ramai yang bertanya bila lagi aku mahu mengandung? Bila lagi aku mahu ada anak? Jujurnya, kalau saja Tuhan itu sudah makbulkan doa aku dan si dia, keluarga aku dan keluarga mentua, sudah pasti sekarang aku sudah boleh menjawabnya. Jangan pernah dibilang kami belum bersedia, tidak. Di setiap doa, kami tidak pernah lupa untuk berdoa moga-moga Tuhan murahkan rezeki kami untuk punya zuriat sendiri. Dan, aku juga sangat mengerti betapa banyak doa yang keluarga pohon untuk aku dan suami ada anak sendiri. Mereka adalah hamba Allah yang cukup-Cukup mengerti bahawa, kita itu manusia biasa yang perlu berusaha, berdoa dan bertawakal dan selebihnya itu adalah kerja Tuhan, Dia yang akan menentukan sama ada makbul atau tidak doa tersebut dan berhasil atau tidak usaha itu. Sungguh, aku sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih berada di dalam lingkungan mereka-mereka yang percaya pada aturan dan kekuasaan Tuhan. 

Kerana itu jugalah, aku masih mampu untuk melalui hari-hari aku dengan senyuman. Rezeki itu adalah rahsia Allah yang sukar untuk dijangka. Jika pada sebelas bulan yang lepas kami belum punya rezeki tetapi, rezeki kami ada pada lain cerita. 

12 comments:

  1. Betul tu. Setiap apa Allah tetapkan pada kita ada sebabnya. Bersabarlah. InsyaAllah adalah rezekinya nanti :)

    ReplyDelete
  2. ya,betul tu kak...sabar sja bh..klu ada rezeki,ada la bh tu kn...byak2 bdoa saja...=)

    ReplyDelete
  3. Rezki apa tu ya yg lain cerita?? mesti lumayan..hihi

    ReplyDelete
  4. Ketika bujang, kita ditanya bila mahu berkahwin. Bila sudah berlangsung, kita ditanya perihal anak. Mudahnya orang menjangka kita mampu mengadakannya dengan mudah. Sedangkan, semuanya atas ketentuan Dia di atas. Usaha dan doa. InsyaAllah, ada zuriat sebagai penyambung generasi kamu nanti. Moga-moga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah utk dipuaskan hati semua org sbb merekamasih menyangka ia sesenang makan kacang.:-)

      Delete
  5. Saya faham tue perasaan nya macam mana..just keep berdoa and sabar jak dear..rezeki yang kamu tunggu2 tue akan tiba juga..insyallah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an rezeki utk ada bb dipermudahkan.terima kasih mama sheng:-)

      Delete
  6. misya..anda ditag.. http://sweetylikecandycan.blogspot.com/2012/02/ini-1st-giveaway-sol-amar.html

    ReplyDelete
  7. hai kak misya,

    lama sy tdk sggh sini.

    selalu begitu, org yg tiada kaitan pun sibuk tanya, bila mau dpt keja ni? bila lg mau kawin? bila pula mau beli kereta? haisy...

    tp sy tau kak misya tabah. mdh-mdhn doa kakak n family termakbul. amin...

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...