Wednesday, 8 February 2012

Rindu



Kuasa menukar rutin sebenarnya terletak pada kesanggupan diri sendiri untuk menerima perubahan. Aku masih merangkak untuk mengajar diri lebih produktif di dalam rutin harian mahupun pada profesi aku. Ada saatnya aku sudah tidak olah untuk begini. Ia memberikan berbagai-bagai rasa yang kurang enak pada diri. Tetapi, ada masanya, aku cukup-cukup sedar diri akan ujian yang pokok puncanya adalah untuk mentarbiah hati aku. Cuma, aku ini adalah salah seorang manusia yang hatinya seperti sekeping tisu yang mudah saja untuk renyuk dan koyak. Seberapa lama pun rutin aku begini, aku harusnya menerima dengan senang hati tanpa ada sedikit ragu pun pada takdir secantik ini yang Tuhan sudah susun cantik-cantik untuk aku. Aku pejam mata rapat-rapat, kononnya aku mahu menyahkan segala ketidakenakkan ini, kemudian menyerap setiap cas positif untuk memasuki jiwa dan raga aku. Moga-moga dengan cara begini, perasaan aku tidak lagi rapuh, tidak lagi sepi dan selalu yakin yang hati kita tetap satu biarraga kita terpisah jauh. Rindu.

14 comments:

  1. diyang kuna sap.hanya sabar jo yang mampu menemani kesunyian ketika ini kak..huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pan sigo dik.mmg sabar jo tu utk terusmlum dik.amun nia ai no,aku nginum rasun dokon diam lagu eh.ahahahaha

      Delete
  2. ^_^.v.. FB peneman kesunyian.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ki, asal boring tgk fb tp, bila boring sm fb, aku tidur lg bagus.:-)

      Delete
  3. Assalamualaikum kak. ;)

    Orang bilang, makin dirindu, makin disayang. Ndapa kak. Nda lama lagi ada cuti sekolah. Kan kak? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam dik. Wah, mcm ilan fai n lovely dik.hahaha.ya, cuti sekolah tu la yg ditunggu.btw, lama sdh x jln 2 di blog ko.nnt aku pegi sana minum kupi.:-)

      Delete
  4. hai.. manusia sememangnya sentiasa mengalami perubahan, sama ada perubahan itu dirancang, disedari atau secara tidak sengaja. Namun yang penting, setiap yang berlaku ada sebabnya. Andai perubahan itu membawa kepada yang lebih baik, maka teruskan sahaja. Berjaya atau tidak hanya masa dan kekuatan diri yang menentukan. Salam ziarah & wish you all the best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sedang berusaha untuk mengadaptasi setiap perubahan yang ada.moga2dengan doa sahabat, semuanya selalu baik saja.:-) salam kenal ya.:-)

      Delete
  5. wah..dalam maksud ayat tu misya..saya pun antara paham@tidak ni..tp saya stuju ngan ko..pendek kata semua org perlukan perubahan. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tau yen, kadang kadang aku pun kurang faham dengan diri aku sebab punya banyak emosi.mungkin kromosom perempuan kali.hahahaha.

      Delete
  6. mmg sungguh mendalam mksud post kak misya ni..anyway,utk suma nya,sy doakn yg tbaik utk kak misya dan fmly...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan, berkias sedikit saja dik.klu terlalu telus takut salah erti.btw, terima kasih dik.:-)

      Delete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...