Wednesday, 14 March 2012

aku tidak mahu dia pulang


Mata sulit untuk dipejam. Sakit masih terasa. Hati makin emosi. Sekejap-sekejap air mata menitik. Satu-persatu rasa itu datang. Aku tidak mahu dia pulang. Aku hanya mahu dia di sisi menemani aku yang sedang sakit. Tapi, tugas dan komitmen sudah menagih janji. Dia akan pergi juga sekejap lagi. Beberapa hari ini, dia sangat baik hati:

  • Kemaskan susun atur ruang tamu rumah.
  • Cuci pinggan mangkuk setiap kali selepas makan
  • Buatkan minuman panas untuk aku
  • Sapukan ubat untuk aku
  • Bersihkan bekas muntah kucing yang sungguh-sungguh buat aku pening kepala
  • Bangun-bangun tidur, dia raba dahi dan leher aku untuk pastikan masih panas atau tidak ( ini memang bikin hati aku sayu)
Dan aku, sejak malam tadi, emosi makin teruk. Hilang mood untuk bergurau. Sakitnya bisa. Tuhan, berilah damai di hati aku. Kuatkan aku.
Suami, isterimu sedang beremosi. Maafkan untuk kehilangan tawa aku. Insyallah, esok-esok, aku akan baik seperti biasa. 

2 comments:

  1. kau sakit ke? is everything ok ni?

    ReplyDelete
  2. KAK aku turut merasai kesakitan itu.aku haraf kak terus tabah melalui setiap ujian dariNYA.Kuatkan semangat kentalkan hati.jangan cepat mengalah dengan perasaan.

    INGAT! semakin ALLAH mengasihi hambanya,semakin banyak ujian yang dihulurnya.semoga jua ALLAH memberi kekuatan yang luar biasa kepada ko kak.

    Doakan kakak cepat sembuh luaran dan dalaman.senyum manis seperti gambar header itu.jangan biarkan senyuman itu hilang ditelan kesedihan dan kemurungan.huhu.

    take care kak.muah!

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...